Pengalaman Bersalin Ketuban Darah
Harini nak kongsi dengan mommy-mommy and mommy-to-be tentang pengalaman saya bersalin anak kedua. Alhamdulillah, 1hb September 2016, my baby boy MAW was born at Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Easy breezy beautiful experience. Estimate Due Date (EDD) sepatutnya pada 29 Ogos tapi bersyukur sangat baby nak duduk lagi kat dalam masa tu sebab tepat pada tarikh tu mama ada satu event. Terengganu Assessment Center (TAC) untuk menjadi Pegawai Perkhidmatan Siswazah DG41 di bawah SPNT. InshaAllah kalau ada rezeki, yang penting mama dah put a step forward in achieving my dream. TAC berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam tapi alhamdulillah mama dapat balik lepas maghrib sebab dah siap mock teaching awal. To be honest, risau jugak takut tiba-tiba baby nak keluar sebelum siap TAC. Hari esoknya baby masih tak nak keluar, masa ni mama dah risau sikit sebab doktor dah bagi surat untuk admit wad pada 5 September, kalau boleh mama tak nak induce se...