Posts

Showing posts with the label #day2

Day 2 He went to Pulapol

Image
20 Ogos 2016, ada lagi kurang dua minggu mama patut lahirkan anak kecil mama ni. Harap-harap kita dua-dua kuat ye sayang, supaya kita boleh teman dan main dengan kakak Aiesyah dan nenek. Harini hari sedih, lepas solat Zohor, tak tahu kenapa, air mata yang cuba ditahan beberapa harini macam air paip bocor mengalir. Rindu sangat. Sebab sebelum ni papa terlalu dekat. Sokmo ada disisi mama. Nak makan apa terus keluar pergi beli. Kalau bosan boleh sembang macam-macam topik. Dari topik kerja sampailah topik entah apa-apa. Kalau rasa nak jalan malam mesti keluar, start enjin berdesup kesana kesini. Dari semalam nak minum air kelapa tapi bila drive pergi home tuition tadi betul-betul malas nak berhenti. Selalu papa yang akan turun. Me??? Never. Alhamdulillah dapat mengajar dan harini hari terakhir dengan anak-anak lelaki si Adam dan Afiq. Bila balik, cuba on phone dengan papa tapi papa dah busy sikit coz dah sampai Rawang, apa ntah nama tempat tu. Kubu2 gitu. Bila sampai rumah, park j...