Posts

Showing posts with the label news

kalo dah pengecut tahap ***** tak payahlah nak guna henpon

Image
Hari ni seharian ain berblogwalking dah hasilnya sungguh memberangsangkan. Ramai kawan baru yang ain dapat dan ramai juga blogger yang peramah ain jumpa so bolehla ain tambah bloglist di blog ain ni. Ain suka sangat blogger yang peramah ni means berblogging bukan nak kutip $$$  semata atau pun tumpuan mereka hanya pada blogger yang famous dan hot. Hari ni ain dah deactive account facebook atas beberapa sebab 1.   Tak suka dengan sorang minah ni. Orang nasihat dia jangan masuk perangkap boye darat tapi nak masuk jugak siap ain pula yang kena hentam. Ni ke nilai member? 2.   Dah ramai kawan ain yang deactive. Nak cuba gak skali. 3.   FB ni agak melalaikan ain minggu ni. simpan facebook dalam keranda buat seketika Tu la antara sebabnya dan insyaAllah ain akan active kembali bila semua dah stabil. Tajuk di atas tak ada kena mengena dengan alasan ain mengDEACTIVEkan account facebook ain. Deactive tak deactive, nak ngePING belog kena active jugak. (heh...

muka actors iras alien tak qada' hajat

Image
Bukak kosmo  cam bese dan aku terpandang tajuk yang sungguh gempak muka seperti makhluk asing . Korang agak makhluk asing macam mana rupa diaorang? macam aku? itu kurang asam jawabnya. Macam abg BEN10 kah? Oh!tidak. Itu sungguh kachak. Meh berkenalan dengan kembar yang obses ngan plastik surgery.  Igor Bogdanoff dan Grichka Bogdanoff Diaorang ni adalah pelakon dalam cerita apa ntah sebabnya bagi aku diaorang tak femes pun. Tak bape nak cun ar gambar di atas <-- hakikat memang dah muka macam tu nak cun kebende lagi Amacam? ni aku rembat kat famousplastik.com. Tertarik dengan dagu seperti cagu itu. Macma Chef Zam dah aku tengok tapi chef Zam tak buat eyh pembedahan cam gini. Original u! Gambar di bawah akan buat korang muntak terbahak-bahak. Sila cover mulut anda supaya saliva tidak mengalir dalam belog aku. Takut korang kagum je ngan kecantikan asli mamat dua ekar ni.. Nilai la sendiri sebab aku macam nak... uwek!

Punggung Sekinchan Didedah DI Tadika

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat sahabat yang bukan beragama Islam terutamanya Ong Yiiyoke yang tengah gedik-gedik dengan pakwe melayunya. Pergh!!! Sapa bilang pakwe melayu tak menawan.. Selamat Hari Guru untuk semua guru di Malaysia. Nikmatila hari ulang tahun anda ini dan terima kasih untuk segala bakti yang telah di curahkan. Tak ku lupa chekgu2x di sekolah! Erm, karang la wat ucapan. Ni ada berita panas dari kilang. Seorang budak misteri telah mendedahkan punggungnya tanpa rasa segan silu. Apa masalahnya ni. Meh la aku describe kan budak ni sebagai Sekincan.. cam familiar plak ngan Sin Chan kan?  Ni fakta bin bukan auta ok.. Hikhik.. censor plak tajuk aku pagi ni. Bukan apa tiap kali tengok ni kan mesti aku tak tahan nak gelak sebabnya... . . . . . . . . Nak cakap ni mangosteen cam tak bape nak logik sebab tangkai dia. Dah tu ni buah apa? Buah hati korang la kot. Sapa la yang lukis mende alah ni kat dinding tadika tempat ak...

Raja Ikan Dayung bukan Duyung

Image
Ntah apa yang berlaku ngan mata aku arini. Punya semangat baca kosmo! pagi ni. Bleh plak tersilap baca 'Raja Ikan Dayung ditemui di Sweden' jadi  'Raja Ikan Duyung DItemui di Sweden. Patut la tak gempak mana pemberita tulis. Saje je nak mengaburi anak mate I. Sib bek tak ada sape2x perasan. Kena tambah power spek ni! Korang kenal ke Ikan Duyung tu? Opsss, ikan DAYUNG. Ikan ni pun ada nama lain tau. Ingat korang je ada?  Nama lain bagi ikan ni adalah...... RAJA IKAN HERRING. Ni gambar yang di siarkan dalam Kosmo!  SIla jenguk kosmo! keyh.... Sedikit coretan karut marut dr Ain yang malumalu dengan level KERABUNANnya Bukan Duyung yang ditemui Tapi ikan DAYUNg... -fin-

Burung DItusuk Manusia

Image
Gambaran kehidupan yang sungguh tidak tenteram hinggakan seekor burung pun tidak mampu hidup dengan tenang. Burung Camar menjadi mangsa perbuatan keji manusia. Agak-agak korang kalau manusia kejam macam ni apa kita nak buat? Kita tebuk ehem2x dia je... Padan muka <--- terlebey EMO dah aku. Biarlah binatang ini hidup dengan bebas. Erm, korang nak tahu tak macam mana keadaan burung yang tertusuk damar di KEPALAnya tu? Ain tengok gambar ni terus rasa ngilu tang KAPLA... hihi Kejamkan?? Tak tahulah sapa yang tak berhati perut limpa dan usus ni. Tapi, burung ni masih mampu mengawan tau! ahaks! Productive2x... sila rujuk KOSMO! p/s : Galakkan membaca di pagi hari

Apabila Shrek menikahi Fiona

Image
Korang mesti tengok cerita kartun Shrek kan? Kalau tak tengok lagi tu sila ke kedai CD cetak rompak yang berdekatan dan cakap kat apek kedai tu " Ada cerita Shrek tak?," Lepas je korang tengok cam mana rupa Shrek tu sila bagi balik kat apek tadi. Jangan beli!!! Belilah yang original OK?! Apabila Shrek nikah dengan Fiona aka Puteri Fiona aka Princess Fiona. Ni bukan cartoon ok! Ni realiti... Perkahwinan ala-ala Shrek yang telah diadakan oleh sepasang suami isteri.. Nanti ain kahwin nak wat ala-ala angkasawanita la. hehe. Ramai yang hadir ke perkahwinan tersebut dengan sportingnya telah mengenakan pakaian watak2x kartun terkenal seperti Snow White atau Fairy GodMother. (Tingat plak masa blakon drama TESL aritu.. Ain gadi ape?? secret!!) Picture ni ain dapat di Kosmo! Seperti biasa, pagi-pagi ain akan galakkan korang utk menyinggah di Kosmo! dan baca berita terkini pagi ini. Dan inilah berita yang dah menawan bijik mata ain pagi ni sebelum ain berangkat ke tempat kerja dan...

Binatang pula ganti manusia jadi pengapit

Image
Panjang bangat kot tajuk tu kan. Kalau korang tak faham lagi boleh la nak hentuk2x kepala kat dinding tu. ^^ Binatang apa yang jadi pengapit ni? Kuda.. Rusanani... Opps.. Kak Nani jangan terasa ye.. Kucing kot.. Bukan..Bukan..Bukan.. Jawapannya adalah kangaroooooo... tu eja dalam english ke? haha kalau dalam bahasa melayu aka bahasa malaysia kita eja ada perkataan garu2x sket.. KANGGARU .. hehe Special kan? Nanti kahwin ain, ain nak cicak jadi pengapit. Huh, maunya tenggelam cicak tu? Bukan..bukan..!!! Cicak man la.. ahha jangan jeles! Cantik tak gambar ni? Bukan pengantin tu yang ain nak tunjuk tapi nampak tak telinga anak kangaroo yang ala-ala je tu? sebab apa diaorang jadikan anak kanggaru ni sebagai pengapit perempuan eh? OK2x.. Ekcheli (actually) diaorang pernah selamatkan anak kanggaru ni sewaktu melihat anak kanggaru ni duduk (duduk ke?) di sisi bangkai ibunya dalam peristiwa kebakaran hutan. *_* sedeykan? Kecil-kecil dah tak ada mak ayah.. Opss.. ayah dia tak tahulah p...

Seorang lagi remaja di tembak polis

Image
Macam mana ni? Perlu ke pihak polis dipersalahkan lagi? Kes pertama belum selesai, kes kedua sudah membuka tirai. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Dan jangan kerana seorang dua polis begini yang lain turut merasa bahang penghinaan. Tak patut begitu. Namun, kadang-kala menjadi kemushkilan dengan keadaan remaja-remaja tersebut. Kenapa tidak menyerah diri sahaja? Bukankan sepatutnya remaja ini mengambil ikhtibar terhadap apa yang berlaku pada remaja yang terdahulu. Mungkin segala yang berlaku ada hikmahnya. Remaja yang terbaru Mohd. Azizi Aziz , 17 tahun telah terkena tembakan di bahagian perut. Terdahulu Amiulrasyid Amzah, 15 tahun. Untuk selanjutnya boleh baca di sini.

Achik Spin maut kemalangan ngeri

Image
Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Achik Spin. Tak ada khabar berita tup tup baca kat kosmo! beliau dah pergi untuk selama-lamanya. Beliau terlibat dalam kemalangan ngeri sewaktu menaiki kenderaan pelbagai guna MPV. -al-Fatihah- Berita selanjutnya boleh visit kosmo!