menghadap senior melaka dan coordinator yang dotdotdot
Apa yang patut aku buat ni. Senyum atau cemberut. Cemberut tu apa ya? Aku dah bengong sebab banyak sangat travel. 3 hari 6 negeri aku singgah. Dari sabah aku flight ke KL then balik ke Trg seterusnya melalui N9 untuk ke Melaka demi UiTM di hatiku.
Member aku sume dah lepas orientasi dah aku terlewat register sebab flight dari sabah lewat. Kawan-kawan aku cakap lelaki yang amek course sama ngana ku ni 8 orang je. Sikit giler. Mesti cepat di sabar orang (aku bajet ar). Kawan-kawan aku cakap lagi, senior alim-alim, baik je. Mesti kontra ngan aku ni kan. Hari ni dah kenal roomate aku, Jidah dan Nati sorang lagi, Killa. Tapi Killa balik KL. Jidah orang N9 and Killa org Johor. Aku yang paling jauh dari Terengganu!
Isnin ni briefing ngan senior and dengar cerita coordinator nak tengok sijil-sijil yang disahkan tapi aku tak bawak macam mana ni? Doa-doa aku tak ada masalah kat sini ye!
Kawan aku cakap lagi, coordinator ni seorang yang single and cantik!!! Nanti la aku tengok sendiri ye!
Comments
thanks!