Tadah Doa Ke Iphone.

Semalam ain ikut bonda ke majlis bacaan yasin. =_=' Berlagak baik pulak. Nauzubillah. Cuma terfikir sejak sambung belajar MSU ni dah jarang ke majlis-majlis agama. Bukannya tak ada tapi.. ye la lagha sangat. Dekat MSU ada satu kelab Persatuan Mahasiswa Islam MSU (PMIMSU). Banyak aktiviti yang dianjurkan tapi tak silap ain, ain cuma sempat join beberapa je. Ain selalu ajak kawan-kawan untuk join sekali tapi hanya janji yang ain dapat. Faham-fahamlah kenapa ye.

Berbalik kepada cerita ain ikut bonda tadi. Sebenarnya tak habis kat situ. Masa bacaan yasin, ada seorang saudara ni tak lekang pegang iphone. Bertuah saudara tu dapat Iphone. Ain ni nak apa-apa punyalah payah nak bodek bonda =_='
wuuuuu... bestnya ada Iphone. =P
Mungkin dalam iphone dia ada software untuk bacaan yasin.

Fikir positif, tak baik tau fitnah orang bukan-bukan. Lepas tu, masa bacaan doa. Sebelah tangan dia tadah doa sebelah tangan lagi tadah Iphone. Mungkin dia nak rujuk doa dalam Iphone tu kot. Lepas seketika, ain terpandang dia lagi. Mana tak terpandang dah dia jadi focus of attraction kat situ. Dah la dia satu-satunya muslimin. =] Kali ni, dua-dua tangan duk tadah Iphone. 

Ain ada tulis kat facebook :

Ada sorang saudara ni asyik dengan iphone, tak hormat langsung orang baca yasin. Dari mula sampai habis sedangkan orang duk doakan arwah ayah dia sendiri. Sibuk duk kejar dunia. Geram pulak tengok.. Grrrrr #____#

Tak sangka ramai pulak yang bagi pendapat dan komen masing-masing. Saudara tu lepas je majlis bacaan yasin tu, ain ingatkan dia nak tolonglah mak dia hidangkan makanan ke apa. Tup-tup. Duk ceruk dinding belek Iphone lagi. Nak berzikir pulak ke =_=' Geram sangat.

***
Singgah BLOG INI

Artikel pasal seruan Illahi ni agak mencuit aty. Tapi semua ni pengajaran jugak untuk kita, jangan sibuk nak kejar dunia sampai lupa akhirat. Kejar dunia vs kejar akhirat. ^_^ Ain tak layak la nak cakap pasal ni. Neway, just nak kongsi cerita pasal "Iphone" je .

Comments

warsito said…
neng ane dah komen terus dah follow

mana nih follownya ane tunggu

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TeslianS to UiTM S.Alam & IPBA