Keras ke Hati Kita ?

As I open iluvislam.com , my eyes focused on this article titled " Tanda-tanda Hati Kita Keras ". Then I was wonder am I included in this category ??

I want to share something that I've learned in Macroteaching and Second Language Acquisition which are subjects for TESL students. Previously, Madam Malarselvi told us that acquiring is better than learning especially for kids ! The reason ??? Because they have spongy brain =) Means it's easy for them to absorb any information or in this case any new language compared to an adult. Adult's brain a lil bit hard ... kuikuikuikui
So, is it adult's heart also a lil bit HARD ?
I colored it =)
Abu Hurairah r.a. berkata,

"Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati adalah medium di mana lahirnya rasa cinta, benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan. Kegembiraan yang sebenar itu datang dari hati yang sering dijaga dan ia menjadi sumber bencana jika kita tidak menjaganya. Terkadang kita hidup penuh rasa gembira namun tanpa disedari itu bukanlah kegembiraan yang sebenar-benarnya. Terkadang kegembiraan yang palsu itu adalah di mana kita terus lupa tentang diri kita yang hidup sebagai hamba Allah. Terlalu gembira menikmati nikmat DUNIA.

Apa yang kita lakukan dalam seharian hidup kita adalah datang daripada lurus atau bengkoknya hati kita. Orang yang gemar mencari salah orang, melakukan maksiat, berburuk sangka, menghebahkan aib orang. Ketahui sendiri di tahap mana setiap kita berada ! :)

Tanda terpenting hati menjadi keras :-


1- MALAS melakukan ketaatan dan amal kebajikan.

Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud ;




"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." - [Surah At-Taubah:54]

2- Tidak berasa gerun dengan ayat Al-Quran.




"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3- Berlebihan mencintai DUNIA dan melupakan AKHIRAT.

Segala apa yang dilakukan adalah semata-mata untuk kehidupannya didunia. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia. Kerana itu, carilah sahabat yang mampu mendidik kita dengan mengingati Allah.


4- Kurang mengagungkan Allah.

Hilangnya nikmat Iman dalam hati. Segala suruhan ALLAH ditinggalkan malah berbangga dengan melakukan setiap laranganNya. Bahkan ada diantara mereka yang marah ketika ditegur dan dinasihat. Dan tiada rasa marah dalam hati mereka ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain. Janganlah berbangga hatta sebiji sagu pun dengan setiap maksiat dan dosa yang kita lakukan.

Tepuk Dada Tanya Iman !

Reference bagi entry ini adalah Tanda-tanda Hati Kita Keras. Dan nilai sendirilah di tahap mana kita berada.

Nota Hati : Ya Allah, sukarnya memandang orang yang telah menyakiti kita tanpa rasa benci. Tapi ain akan cuba dan ain tahu, hidup dengan kepura-puraan takkan kekal ke mana. Ikhlaskan hati dalam setiap perbuatan.. InshaAllah =)

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TeslianS to UiTM S.Alam & IPBA