Bila Baju Melayu bertemu Baju Kurung.

Assalamualaikum..

Venue : Audi 7, Sunway University
Date : 12 April 2012

"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan , supaya kamu mengingati (kekuasaan kami & mentauhidkan kami)          
   -Az-Zariyat (ayat 49)

Alhamdulillah, bulan lepas Ain, Kak Farihah (roomate), Kak Fasihah, Kak Ina, dan Saida (semua sahabat PMI) telah berjaya menghadirkan diri ke forum Baju Melayu bertemu Baju Kurung di Sunway University. Syukran Jazilan to abang-abang polis dan beberapa makhluk Allah yang tunjuk jalan aritu. Alhamdulillah tak berapa nak sesat. Dengar cerita lepas ni ada lagi event kat Monash University. Tak sabarnya, saya suka bila university buat public event.

Nor Zafry bin Norhalim
Aishah binti Mohd Ali


Kedua mereka adalah ahli panel yang diundang khas untuk forum ini. Sempat dengar sok sek sok sek dari belakang yang mengatakan bahawasanya panel asal adalah Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi. Tapi memandangkan beliau sangat sibuk maka dapatlah kami pelajar MSU ni merasa dengar talk dari panel lain. Ustazah Fatimah Syarha dan suami pernah datang MSU, remember not ? Kau Tercipta Untukku.

Kedua-dua panel sedondon berbaju cokelat. Ada pape ke? hihihihi memang ada pape pun since they are husband and wifey kot ! ;) Can I just proceed with the questions?

1) Bercinta sebelum kahwin?

Rasulullah  Khadijah.
Akhi Zafry ada bercerita tentang kisah paderi di Sepanyol yang menghalang percinttan antara paderi. Di mana, paderi adalah suci dan tidak dibenarkan untuk bercinta. CInta itu fitrah. Mana bisa dihalang satu naluri yang telah dianugerahkan tuhan kepada setiap makhluknya. Sedangkan haiwan tahu untuk berkasih sayang. Paderi berlainan jantina ditempatkan di dua kawasan berbeza. Nak tahu apa terjadi kepada mereka? MasyaAllah, tidak terduga rupanya satu terowong di bina bagi menghubungkan kedua tempat ini. Mereka berhubung kerana desakan nafsu. Maka apa yang mereka tinggalkan? Jelas terdapat banyak bayi yang dijumpai di terowong itu. Sebenarnya, bukan bayi tapi mayat-mayat kecil yang telah dibunuh demi menutup suatu keaiban. Subhanallah. 

In every 18 minutes, there's one unwanted baby born



2) Bagaimana mengelak bercinta sebelum kahwin?

Harus diingati, nilai wanita itu teramat tinggi sekiranya nilai-nilai Islam diamalkan. Ramai remaja yang tidak mempunyai pasangan samada sukarela menjaga kehormatan diri kerana Allah atau sudah puas mencuba tetapi saham tidak juga naik. MasyaAllah. Tak perlu nak jual harga diri demi sebuah cinta yang belum tahu penghujungnya. Biarlah bertemu dalam ikatan yang diredhai Allah. (nasihat untuk diri sendiri) amin.
Mujahadah itu pahit tapi balasan syurga itu manis :'(

3) Cara mengatasi remaja yang bercinta (kesan bercinta).

Bercinta dengan hati bukan dengan akal. I vividly remembered what Akhi Zafry said 'love can't be calculated'. Ianya tidak boleh dikira, separuh? suku? 3/4? tidaaakkk ! Tapi, ikut hati mati? Macam mana tu? Penyelesaiannya.. ingatlah 'dan jangan kamu menghampiri zina. Puncak bercinta adalah kepuasan nafsu. Maka, jagalah ikatan persahabatan, jangan dicemari dengan dosa dan paling utama unttuk remaja sekarang, jagalah batas pergaulan. (nasihat untuk D.A)

4) Macam mana nak menilai seseorang calon (sebagai wanita muslimah)?

Kata Ukhti Aishah ; tanya keluarga, tengok batas pergaulannya dalam kehidupan seharian dan bertanya pada orang tengah (seeloknya orang yang sudah berumah tangga).

5) Bilakah waktu mencari pasangan?

Beza pornografi dan hubungan sulit.

MasyaAllah. Kata Akhi Zafry, pornografi adalah sangat berbahaya dan never ends. Beliau tegas meminta semua pelajar terutamanya para siswa untuk tidak sekali-kali menghampirkan diri dengan 'pornografi'.

"Wahai sekalian pemuda, jika kamu mampu berkahwinlah"

Pesan Akhi Zafry, pentingkan akademik. 
Puasa ; setiap isnin dan khamis atau jika masih merasa tidak mampu puasalah selang sehari (puasa nabi Daud).

6) Meminati seseorang... then?

Proses berkahwin. Salurkan kepada orang tengah yang boleh dipercayai (sebolehnya orang yang sudah berkahwin bagi mengelak sebarang permasalahan). 

Khadijah -------------------------(perantaraan)-------------------------------------> Rasulullah


Pesanan akhir :

Elak zina hati.
Mr/ Mrs. Right : Akhlah first and good things usually does not come in package !!!

Berkenaan nikah khitbah - tak duduk sekali. Pilihan ?? - Istikarah 

We are a planner, but Allah is the greatest planner.

-the end-

p/s : kalau ada apa2 info terkurang atau terlebih, sila maklum pada saya k. Syukran cinta.

Comments

aindzaya said…
hmm...zaman sekarang ramai golongan muda pk camnie..ain pun pk cmnie jugak..untuk mencari keberkatan ALLAH...tapi cuma satu halangan ialah ibu bapa..yg ta izinkan..SUPAYA ALLAH TERUS TEGUHKAN IMAN AIN.

"Binatang pun pandai berkasih sayang. Manusia?".

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TeslianS to UiTM S.Alam & IPBA