Innalillah.

Assalamualaikum..

Dua minggu lepas pada hari Jumaat, keluarga Haji Mahmood kehilangan seorang menantu lelaki; arwah Pak Cik Nazir yang telah pergi menghadap Illahi.

Banyak yang nak ditulis tapi demi menjaga hati semua.. cukuplah sekadar itu. Semoga kenangan manis bersama akan terus diabadikan.. InshaAllah segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga Kak Nor's family tabah menghadapi hari-hari mendatang.

Minggu lepas pula, pak cik di Besut menghidap kencing manis dan terpaksa potong jari kaki beliau. Allahu. Allah duga hambanya yang kuat.

Mama pun kuat sebab dia tak penat kehulur-kehilir. Dari Kemaman > K.Trg > Kemaman > K.Trg :) Tinggal Shah Alam je mama belum ziarah tahun ni. Mama kata dia yang tua kena jaga adik-adik yang sakit.. dah terbalik katanya :P Mama kuat macam Iron Mama!

Allah, janganlah jadi apa2 kat mama.. give strength to my family!



Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TeslianS to UiTM S.Alam & IPBA