Balik rumah macam pencuri.
Assalamualaikum !!!!
I'm home in Terengganu =)
Btw, sekadar coretan peribadi untuk menceritakan pengalaman balik rumah yang sadis ever. Pengalaman after another to show that I'm growing up after all.
Macam biasa MWA hantar sampai ke "airport" seksyen 17. Lepas tu, sanggup berlari anak keluar bas mintak dia belikan topup since kredit dua-dua hp dah 'kiok'. Entah kenapalah bagus azab sangat naik bas tu, sampai sakit pinggang-pinggang. Mungkin bas tu dibawak laju sangat. Rasa macam naik kuda.
Masa sampai kat MBKT, macam biasa la turun dengan penuh gaya. Say no to all taxi drivers. "Tak apa" "Oh, tak nak" "Terima kasih" "ehem, tak nak" "tak pe lah".
Berlagak sikit.
Dengan kredit yang tak banyak, telefon mama untuk beberapa kali lepas tu, ada la orang yang jawab "Maaf, kredit anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan ini. Sila........" #damn !
Nasib baik ada sorang sahabat yang tak dikenali yang sudi jagakan beg. Lepas tu, berlari macam halilitar ke 7-11 nak beli topup, ye la kedai celah mana yang bukak waktu2 macam tu.
"Topup tak dok"
"Tak dok?"
"Tak da"
Bengong. Ingat aku tak pandai cakap Terengganu ke. Terkejut ok! Sebab aku rasa yang korang ni malas sebenarnya. Lepas tu pergi balik kat beg and dengan muka tebal mintak nak pinjam hp dengan sahabat tadi. Iphone 5 kau ! Semoga Allah memberkati awak yang saya memang tak sempat nak kenal.
Tapi mama tak jawab jugak. Ok, hangin. Terus pergi dekat teksi dan mintak dia hantar dekat depan Hotel Grand (land mark).
CERITA TAK HABIS DI SITU!!!!!
Lepas tu, hogeh2 rentap2 pagar untuk 10 minit and tak ada orang jawab. Tu tak termasuk terpekik terlolong. Malu kat jiran aih. Tapi nak buat macam mana. Dah la gelap, dah la selalu ramai penagih dadah. Buatnya kena apa menda. NAUZUBILLAH. Terus letak beg semua kat lua (tawakal je kalau orang nak rembat masa tu). Terus panjat pagar, macam pencuri yang penuh style. Nasib baik tak tertusuk duri pagar tu kat perut. Kita ni nak panjat pagar tesco kat MSU pun tak pernah tau (ok pernah sekali, tu pun ada orang tolong).
Lepas tu, ketuk pintu macam nak pecah. Mama dengan muka bersalah and tercakap sebab asyik sembang dengan mak cik semalam tu yang pagi tu tak terjaga, dan handphone canggih beliau ada kat bawah. Aku terus bukak gate amek barang dan sebab dah nak marah sangat, terus pergi mandi.
Barulah lega, terus hilang rasa nak marah and rasa macam kelakar.
Itu saja pengalaman kali ni.
LOL.
Comments