Sayonara P1 Wimax. Sehari Mencari P1.

Zaijian P1 Wimax.
Thanks for the good services provided after all this while...

Walaupun untuk lima bulan terakhir saya memang tak dapat guna langsung p1 home sebab line rumah mertua saya di Puchong tak ada coverage. Dan sepanjang perjalanan saya pulang ke Terengganu p1 on the go saya seminit-seminit je dapat online. Terima kasih sangat.

Tak diragui p1 memang laju, terutama akhir bulan lepas 21hb sampai la 12hb berikutnya. Rasa macam ada 1000000 juta hackers masa tu. Laju sangat. Sampai bila sorang dua sedara datang tumpang menempek dekat wifi dah rasa macam azab je quota. Saya suka sangat.

Masa nak kahwin haritu pun. Lagi la laju. Nak upload instant gambar pun memang langsung tak dapat dan teruslah telefon bimbit I disemadikan dalam pasu bunga.

So berakhirnya kegembiraan saya dengan menelefon call center p1. Tau tak.. punya susah saya godek incik google untuk sedekahkan saya nombor telefon call centre p1. Website p1 prefer isi form tapi bila saya isi tak berbalas. Uh, mungkin saya ni ngak gitu peka. Orang Terengganu kate 'mak nga'. Hok alooooohhh.

Bila saya dah settle dengan pembatalan servis saya pun usha la lagi website p1 untuk cari hq yg terdekat. "Ok... macam ada. Macam tak ada"

Zap ! terpandang ada satu dekat Giant Seri Kembangan yang menyediakan perkhidmatan 'registration, billing and technical support'. Berbekalkan doa I pun ajak la laki I pegi sana. Sebab I memang tak tahu jalan2 Selangor ni. Terengganu pun dok khatang lagi. Best thing happened as we reached there, kakak jual ice-cream tu kata p1 dah tak ada kat sini. Dah pindah dekat Aeon SK (depan sikit dari Giant).

Dengan plasktik ghokghak (Ganu version), kami pun pergilah ke Aeon tu. P kaunter pertanyaan depa kata p1 dah lama tutup dekat sini. Masa tu satu benda je ada dalam kepala hot** kami berdua.
"Ape bankrup beno p1 ni habis tempat dah tutup?????"

Ok, xpe... saya tetap nekad nak buat pembatalan dan dengan baik hatinya call lagi akak p1 (1300031300) , Tanya dia bangunan p1 yang beso gedabak dekat PJ tu bila waktu operasinya. Katanya 9AM-6PM dan memandangkan waktu tu lagi 3 minit nak pukul 6, saya pun mintak lah suggestion lain. Katanya dengan Sunway Giza, Kota Damansara. Saya yang blur ni pun ok saje la.

Dah selalu pergi Sunway Pyramid tu, Sunway College pun pergi jenguk. Saya ingat incik Giza ni jirang-jiran aje sekali....... MAK AIH !!! JAUH BEBENOOOOOOOOOO~

Ok, tu salah saya sebab buta jalan tak tanya betul-betul. Bila dah sampai sana guard Bangladesh tu, serious beliau teramat sangat baik siap nak tunjuk jalan pegi p1, nak pegi bayar ticket pun nak tunjuk. Salute lah !!!! Rajin. (im not being bias ok)

Bila dah sampai sana, dan alhamdulillah bila cik abang saya terserempak dengan sorang pekerja p1 tgh sembang dekat Ground Level. Tanya dia kat mana p1 and terus guide kami pergi. Guess what? she's the only worker yang ada kat situ at that time. Kalau cik abang tak jumpa dia kat bawah tadi memang melangut la kami.

Bila dah hantar 2 2 modem bagi adik p1 tu survey aku nampak belambak-lambak modem p1 orang dah hantar. Ramai jugak yang terminate ye? Ihikihikihik (itu sekadar andaian). Mungkin maintainance tumpang letak p1 tu merata2. Atau mungkin pekerja tak sempat kemas modem2 tersebut. (husnuzooon)

Bila dah terminate as semua orang dah pesan kat saya jangan lupa ambil TERMINATION FORM. Besar sangat termination form dia. Nama pun ala-ala nampak saja. tapi tetap kena simpan nak kena buat frame sebab nanti p1 cantas bantai nama I kat CTOS.. takuuuuttt. Tapi p1 baik, tak kan nak cantas nama Iols kan. Sila rujuk kebesaran gambar di bawah ini ye. Terima kasih.

durratulainhamzah.blogspot.com


Dan kini saya merindui P1 Wimax.. T_T

Comments

Encik JI said…
P1 mmg kaki tibai duit org. Good for u brjaya terminate. Kita tgk ada x bnda2 bongok dorg nk buat.

http://janganignore.blogspot.com/2014/09/p1-wimax-penipuan-atau-kontrak.html?m=1

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TeslianS to UiTM S.Alam & IPBA