Posts

Showing posts from November, 2014

Tudung Murah Sokmo [bisness online]

Image
Siapa yang berminat untuk dapatkan shawl butterfly , shawl manik berjuntai kat tepi, shawl kosong dengan sulam bunga ?? Sini lah tempatnya !! Murah2 sahaja jual. Kalau beli 3 helai ke atas, potongan lagi kencang. Nak beli dekat kedai memang mahal la ceritanya kan. Tak apa, kat sini boleh survey2 harga dulu. Berminat boleh pm saya +6010-2619574 (Ain) **kalau tak dapat whatsapp sila tmbah +6 ye. Boleh kunjungi Facebook kami www.facebook.com/bismillah2shoppe atau IG kami tudung_murah_sokmo. Untuk warga Kuala Terengganu yang berminat nak tengok semua jenis tudung/shawl yang ada boleh hubungi saya untuk terus ke rumah... inshaAllah.

Mencari Penyewa Bilik di Bandar Kuala Terengganu.

Assalamualaikum w.b.t Nak iklan sket. Mencari PENYEWA BILIK untuk rumah dua tingkat di bandar Kuala Terengganu (berhampiran Hotel Grand Continental). InshaAllah rumah agak besar dan cuma ada seorang penyewa lain. Kelonggaran diberikan untuk menyewa maksimum seramai 2 orang sebilik Kadar sewa bilik: RM250 / seorang penyewa RM300/ dua orang penyewa Memerlukan wanita bujang sahaja dan yang tahu menjaga akhlak... inshaAllah Hubungi 010-2619574 (Ain) atau 013-9306485 (Pn. Amnah) Hubungi kami untuk makluman lebih tepat atau untuk tujuan survey. Terima Kasih.

Jom tempah Pavlova area K.Terengganu.

Image
Alhamdulillah hari ni merasa makan pavlova home make buatan orang Ganu boh. Sesape yang berminat nak order pavlova ni boleh add atau message aunty ni kat FB beliau ye AUNTY SAERAH CHEK   . Dap emmm.... Tergoda tak? Harganya teramatlah mampu dimiliki, bukan RM70 bukan RM60 bukan RM50 Bukan rm40 ~ Aunty ni hantar depan pagar tau. Khas untuk rakyat Kuala Terengganu yang berminat boleh hubungi Aunty ni or anak dia Olen. Btw ini jenis yang lembut ye, bukan keras ^_^

Pengalaman Sebagai Pendidik. [Part 1]

MENCABAR. Itu perkataan yang paling sesuai untuk saya ungkapkan dengan entri kali ini. Sekarang, sementara menanti bakal anak lahir ke dunia, saya saja menyibukkan diri di alam pekerjaan dan juga sebagai pendidik. Alhamdulillah masih ada institusi swasta yang sudi menerima saya yang hampir memboyot ini. Dan Alhamdulillah juga sebab tenaga itu masih ada walaupun usia kandungan sudah mencecah 6 bulan. Perut pun tidak lah besar mana, mungkin anak pertama. (cerita pasal anak entri lain ye) Antara pengalaman yang agak syahdu sepanjang menjadi pendidik adalah apabila ibu bapa menelefon pihak institusi dalam keadaan marah. Kalau sesiapa yang rapat dengan saya maka tahulah mereka dengan perangai yang yang agak cepat baran kalau diusik. Namun sejak mengandung ni, saya pilih untuk lebih sabar. Agar bayi saya tak terikut-ikut dengan perangai negatif mamanya. Saya bahasakan diri beliau sebagai Puan X. Waktu rehat kami, beliau menghubungi dengan nafas yang tercungap-cungap t...

Dia dah jauh dari saya.

Hari ni dia dah balik ke Shah Alam. Dengan keadaan macam ni, aku tak minta untuk jauh dari dia dan dia pun tak minta nak jauh dari kami. Tapi ini lah hidup. Untuk aku dan dia terus survive, masing-masing kena berkorban. Dia berkorban untuk jihad dia dalam pelajaran. Beberapa bulan je lagi untuk dia datang balik ke sini. Dan aku, berkorban untuk seorang ibu yang keseorangan. Aku, kena bersabar. Sedikit demi sedikit untuk kembali menjadi independent macam sebelum aku ada dia dalam hidup aku. Sedih Allah je yang tahu. Nak mengadu, siapalah yang mahu mendengar. Allah je tempat aku mengadu. Tak ada siapa sudi dengar aku asyik duk mengadu rindu dia. Mesti menyampahkan.. :) Dengan perut yang makin besar, lepas ni dah tak leh manja-manja mintak picit mintak urut dah. Semua sendiri-sendiri. Nak pergi mana kena belajar kuatkan diri untuk drive malam-malam. Nak naik bilik sorang-sorang. Dah tak ada orang nak teman, bukakkan lampu.  Dah tak ada dia yang selalu tenggokkan video-video...