Dia dah jauh dari saya.

Hari ni dia dah balik ke Shah Alam. Dengan keadaan macam ni, aku tak minta untuk jauh dari dia dan dia pun tak minta nak jauh dari kami. Tapi ini lah hidup. Untuk aku dan dia terus survive, masing-masing kena berkorban. Dia berkorban untuk jihad dia dalam pelajaran. Beberapa bulan je lagi untuk dia datang balik ke sini. Dan aku, berkorban untuk seorang ibu yang keseorangan. Aku, kena bersabar. Sedikit demi sedikit untuk kembali menjadi independent macam sebelum aku ada dia dalam hidup aku.

Sedih Allah je yang tahu. Nak mengadu, siapalah yang mahu mendengar. Allah je tempat aku mengadu. Tak ada siapa sudi dengar aku asyik duk mengadu rindu dia. Mesti menyampahkan.. :)
Dengan perut yang makin besar, lepas ni dah tak leh manja-manja mintak picit mintak urut dah. Semua sendiri-sendiri. Nak pergi mana kena belajar kuatkan diri untuk drive malam-malam. Nak naik bilik sorang-sorang. Dah tak ada orang nak teman, bukakkan lampu. 

Dah tak ada dia yang selalu tenggokkan video-video mengarut kat FB untuk aku. Dah tak ada dia yang selalu masakkan masakan yang baru2 untuk aku dan mama. Yang paling sedih, dah tak ada dia yang akan berdiri dengan pintu sambut aku baru balik kerja.

I just miss u alot and as I opened this blog there are lots of ur pictures in here. I can't handle that. Thou it just passed few hours u left me, I feel so lonely. I feel like u're here with me. Sitting on this chair, Melepak dekat dapur, bergolek depan tv. Aku nampak macam dia ada. Cepat-cepat lah rasa sedih ni pergi. Pada Allah je aku berserah. InshaAllah , aku cuma perlukan masa. Untuk biasa dengan keadaan ini.

Hari ni first time jugak pergi scan tanpa suami di sisi. Selalu pantang buat apa mesti dia ada. Check up pun dia selalu ikut lepas ni kena pandai-pandai la. I just miss u so much. I know I shouldn't publish this but my heart can't take it to this extend but I'll try to take care of myself for our baby.

Cepatlah Mac kunjung tiba.. baby keluar, daddy dia pun balik <3

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TeslianS to UiTM S.Alam & IPBA