Hari ni dia dah balik ke Shah Alam. Dengan keadaan macam ni, aku tak minta untuk jauh dari dia dan dia pun tak minta nak jauh dari kami. Tapi ini lah hidup. Untuk aku dan dia terus survive, masing-masing kena berkorban. Dia berkorban untuk jihad dia dalam pelajaran. Beberapa bulan je lagi untuk dia datang balik ke sini. Dan aku, berkorban untuk seorang ibu yang keseorangan. Aku, kena bersabar. Sedikit demi sedikit untuk kembali menjadi independent macam sebelum aku ada dia dalam hidup aku. Sedih Allah je yang tahu. Nak mengadu, siapalah yang mahu mendengar. Allah je tempat aku mengadu. Tak ada siapa sudi dengar aku asyik duk mengadu rindu dia. Mesti menyampahkan.. :) Dengan perut yang makin besar, lepas ni dah tak leh manja-manja mintak picit mintak urut dah. Semua sendiri-sendiri. Nak pergi mana kena belajar kuatkan diri untuk drive malam-malam. Nak naik bilik sorang-sorang. Dah tak ada orang nak teman, bukakkan lampu. Dah tak ada dia yang selalu tenggokkan video-video...