tanda bagi yang bercinta. bukan bencinta.

hari ni sungguh membosankan dan ain sungguh keliru dengan apa yang terjadi dengan setiap orang. mengapakah dan kenapakah? kadang-kadang susah nak tafsir perangai dan tidak tanduk seseorang kan. tambah pulak jika seseorang itu berlawanan jantina. Tadi ain sempat blogwalking kejap dan menyinggah di blog sahabat ku, miss keyyah. baca entry last dia pasal mudahnya memujuk lelaki. betul ke mudah memujuk lelaki. nak tahu sila baca. tapi dulu ain pernah cakap tak suka lelaki selalu merajuk dan manja. feedback yang ain dapat sungguh menjahanamkan keperempuanan ain. boleh pulak budak tu dengan selamba kambingnya cakap "Pompuan tomboy je tak suka laki macam tu". 
Rasa cam nak suruh geng-geng totally spies p kuk pale budak tu.

****lupakan psl tu dulu****

Malam ni dengan semangat kecintaan yang menyubur dalam diri ain bersemangat nak berkongsi pasal tanda-tanda lelaki jatuh cinta dengan hebat. Para kaum adam, jika salah kongsi-kongsi la ye. Kalau betul, angguk la slow-slow.


1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa. 

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan keka sihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap. 

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya. 

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. 

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya. 

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga. 

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya. 

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. 

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain. 

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melaku kan apa saja. 

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya. 

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama. 

13. Dia sentiasa mempastikann keselamatan kekasihnya. 

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri. 


gambar hiasan
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat aripada 
kekasihn ya. 

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya . 

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain. 

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasih nya kembali kepadanya. 

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihny a. 

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. 

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti 
hatinya belum 100 peratus mencintai kekasih nya. 

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan . 





nota gusi : pakwe korang macam ni ke tak? (**,)

Comments

Keyyah said…
Mudah kan nak pujuk lelaki..lalala.

xsemua ciri2 kat atas 2 ada pada dia. tp dia pernah menitiskan air mata bila tgk Keyyah sakit..hehe

kalo ada semua ciri2 2 pd seorg lelaki, mmg bhagia lah perempuan itu..
Adeq Aien said…
hehe...
mmg bahagia kan..
(**,)
cayalah keyyah
Mr. Asada said…
hahahahaha.. boleh gelak je..

memang betul la ni. tapi takde la semua lelaki nak kongkong wanita kesayangannya.. cuma mengawasi.. lebih kepada stalker! hahaha..
Adeq Aien said…
wah..
asada..
ye ke..
(**,)
wishing u d besh!
bg sy..memang susah memujuk lelaki..pastu memang susah nk tau lelaki tu syang or jatuh ati seikhlas ke x..sbb sy xpercaya cinta lelaki ni..em, tp nk khwin ngan lelaki camne??ada pkwe pn kadang2 was2 lg..huhu..tp sy tau, dia setia ngan sy..tu je yang sy tau..sy syg dia??syg kot..huhu..
Adeq Aien said…
@Our Love Memories

mmg ssh..xdinafikan
at least u have the confidence to start a relationship
(**,)
ain amat payah nak bg kepercayaan
hans said…
tgok jenis lelaki sebenarnya

p/s : Episod 30 Siri ADKDA Boleh Dilayari Sekarang http://hanspunyablog.blogspot.com/2010/06/antara-diakau-dan-aku-episod-30.html
Adeq Aien said…
@hans

beyeh2x hans
hehe lelaki nih (refer to my hubby la) kalau die merajuk ke marah ke, sangat cepat nak baek compare to kalau perempuan (refer to me) yang merajuk. hehehe die habis je marah2 terus tetibe jd baek. kite plak yang kene marah nih merajuk sebab kene marah. hehe

tp tuh la in relationship kene ada percaya.. :D tak bersedia untuk percaya jangan bercinta.. hehe
Adeq Aien said…
@i'm the girL

btl3x mcm ain ni ha
never ready.. hehe

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TeslianS to UiTM S.Alam & IPBA