dara banyak habis
hari ni ain keluar dengan gadis melayu terhangat di pasaran aka kawan sekolah lama. kangan bangat sama mereka dan banyak perubahan yang dah kelihatan. yang pasti diaorang ni belum ada baby di luar mahupun di dalam perut. cuba bakal bapak baby tu alhamdulillah tengoknya macam dah ditemui.
gambar gedik pertama untuk hari ni bersama bersama 4 orang rakan tersayang. jom kenal2x mereka ini.
nurul izyani - OM for Office management (single)
Fatin nadirah - dip TESL (taken)
Nik nurul nadia - EC, UiTM Jengka (single)
Mastura Liyana - Ko sorang je ain tak ingat! sorry (taken)
sanggup menjelajah sekolah demi nak amik sijil tamat sekolah. alasan je tu tapi mmg best bila dapat jumpa geng geng lama. kalau la boleh jumpa kawan kawan masa zaman tadika dulu. mesti dah lain kan *macam la ain ingat. korang ingat ke?
penat penat jelajah entry ain ni tapi tak ada pun pasal dara kan? lek2x emo betul korang. apa kes dara banyak habis ni? ada banyak ngan sikit ke. bukan bukan. sila tinggal pemikiran 'kurang bersih' korang di pintu masuk blog ini ok.
citenya macam ni. tadi lepak leypak ngan member kat skolah lama --> pantai batu burok --> mydin mall --> giant ain pun beli buku dara.com dan bawak pi tuition tempat ain mengajar malam ni. tengah duk sembang ngan pekerja kat situ sambil dia duk telek telek buku ain tu boleh pulak dia kata.
"dara banyak habis."
sentap ain dengar dia cakap macam tu. dah la student laki kot duk kat depan tu ha. terbuntang luas aku pandang pompuan tu. pastu baru aku paham.
"eh, dara.com ni ha banyak habis kat kedai,"
ades, nampak sangat ain ni pun pemikiran agak kuning kuning taik ayam. ala bese la tu kan. *cover2x. tibe tibe pulak teringat satu persatuan kat facebook. PERSATUAN SALAH CAKAP. jom join! dan konklusi untuk hari ini, belilah dara.com dan hati hati bila ngomong ya!
cuci mata sket malam2 ni
kat toilet pom jadik la
Comments