tiada title yang gempak dan menarik.

Ya Allah. Alhamdulillah sangat sebab RESULT tak keluar lagi. Walaupun semalam MSU digemparkan dengan ke-update-an result yang tiba-tiba di e-klas msu. (ingat uitm je ada i-learn eh).

And ain syukur sangat dengan apa yang terjadi dalam hidup ain. Bukan bermakna ain gembira tapi semua ni dah bukak mata ain dengan seluas-luasnya. Lepas segala kepahitan yang ain lalui, sekarang ain tahu siapa yang betul-betul ada di sisi ain bila ain susah, bila ain sedih. Dan ain tahu siapa yang betul-betul ikhlas dalam persahabatan dan yang paling penting siapa yang betul-betul percaya pada ain dan yang teramat penting ain tau siapa untuk ain percaya.

Jenis ain, kalau berkawan ain akan hargai sangat persahabatan tu. Sebab tu ain tak nak sebab faktor jarak, persahabatan ain ngan kawan-kawan akan putus. So not me ^_^ Alhamdulillah saya masih baik dengan kawan-kawan kat Kuantan, Melaka and kawan-kawan sekolah. Baik sangat-sangat.

Tiada ungakapn perpisahan dlm persahabatn walaupun maut mnjadi noktahnya kerana seorang SAHABAT itu terlalu istimewa dlm doa saudaranya yg lain biarpun tanpa bayangnya. =)

Suka sangat dengan quote di atas. Dulu masa jadi KP, ain ni bukan lah baik sangat and obviously dah nama pun KP yang tegas, mesti ramai je yang tak suka. Tapi, masa tu fikir untuk sekolah je. Lagipun ain student baru, tiba-tiba jadi pengawas then jadi KP =) Gila kuasa? Dah rezeki.

Tapi sekarang, dengan orang-orang yang tak suka ain tu. Dah rapat, insyaAllah. Suka sangat ! Ada tu yang rapat giler-giler. Tu la orang dah cakap JANGAN BENCI SANGAT NANTI JATUH SAYANG... kuikuikui. (mcm abang encem tuuuu)

Dan JANGAN SAYANG SANGAT NANTI SAKIT HATI PULAK (ni ain yang cakap). Tapi betul la ada few people (girls only ok) in my life, ain sayang sangat-sangat. Ain terlampau sayang sampai tak fikir keakraban tu satu hari nanti akan end. Sebab terlampau sayang and terlampau rapat ain lupa untuk jaga limitation ain sebagai seorang yang hanya bergelar kawan. Ain tak pernah sangka ain kuat untuk hadapi semua tu. Tapi...

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya"


Alhamdulillah ain kuat. Ain sepatutnya dah lama sedar. Tapi bila fikir-fikir balik.. ain ada ramai kawan rapat tapi since datang sini baru ain pandai nak berkakak and beradik. Tapi ain silap. Ain tak reti jaga diri sendiri. Ain tak reti bawak diri. Since datang sini, ain dah tak macam dekat Melaka and Kuantan yang suka hangout dengan sesape je. Ain kat sini asyik berkepit dengan this few people je. Ain dah tak peduli orang lain sebab that time ain fikir I have everything and everyone. It is more than enough.

Ain rindu roomate ain ! Aishah Zainal. Since last month dia dah banyak motivate ain untuk jadi insan yang lebih baik. InsyaAllah. Semalam ain kenal dengan kawan-kawan baru. Kak Wahyu, Kak Ela, Kak Ain... Semua ni sahabat-sahabat PMIMSU. InsyaAllah, ain akan manfaatkan peluang yang ada.

Ain rindu sangat sebenarnya. Tapi untuk jadi macam dulu sangat mustahil. Setiap kali ain rindu, satu je ain buat. Ingat balik kenangan manis yang ada. (ni kawan ain yang India bagi tips tau) Then I'll smile.

Sekarang ain tengah nak khatam artikel ni. SILA BACA. Macam menarik, nanti ain conteng-conteng lagi ye.

Tak lupa nak thanks kat kawan-kawan kat MSU yang ambil berat !! Erk, tak lupa KBM, UiTM (nanti ngamuk2 kat wall ain plak)

nota hati : Suka la bila orang tuh berani ! =) Appreciate that!

Comments

solomolo said…
carilah sahabat yang betul-betul ikhlas untuk bersahabat...
tempat anda bole berkongsi dan bercerita...
bukan sahabat hanya di waktu senang...
di waktu susah, kita dilupakan...
sesungguhnya, sahabat sejati memang sukar untuk ditemui...

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TeslianS to UiTM S.Alam & IPBA