Kau Tercipta Untukku ♥

Assalamualaikum.

Maniskan tajuk article kali ni ? Kau tercipta untukku dan aku tercipta untukmu. Jiwang ke ? Asif la ye. Sebenarnya ni satu lagi forum yang dianjurkan oleh PMIMSU (Persatuan Mahasiswa Islam Management and Science University). Istimewanya program ini adalah kerana panel jemputan merupakan novelis Islamic yang sangat dikagumi dan yang zahir, sangat romantik...

 

.Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi.


 


Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul.
Tautan Hati.
Denyut Kasih Medik.
Sebarkan Cinta-Mu.
Syabab Musafir Kasih.

Di atas ni adalah antara karya-karya kedua mereka. Tak rugi baca tau. Sebenarnya tak tahu pun DKM adalah salah satu karya Dr. Farhan Hadi. Kalau tengok sahabat-sahabat kat MSU, ke sana ke mari ada je yang kelek buku tu. Ingatkan buku study diorang, almaklumlah budak medik tak mainlah buku nipis-nipis ni kan. Ada ukhti ain yang amek MBBS ; Kak E (Izzah) , dia yang paling smangat bawak buku tu slalu. Tapi since ain ni bukan student medic, semangat nak baca tu agak tipis tapi Kak E cakap rugi tak baca ! So macam mana ni ??? Nak kena habiskan semua bacaan yang ada sekarang then nak tambah buku baru. Alhamdulillah, mama ain pun suka sangat kalau beli buku ni sebab dia pun book worm. Seronok dia bila ain cakap dah tak nak letak novel kat almari dalam rumah ni. 

Ok, asfi ye melalut pulak. Program 'Kau Tercipta Untukku' adalah forum ketiga sempena Minggu Penghayatan Islam 2012. Kata naqibah saya, short sem ni bakal diadakan konsert. Tahun lepas Shahir AF dah datang MSU ! tahun ni sapa?

Carilah pasangan yang high class.. bukan putera raja yang dicari tapi mereka yang :-
1. Meletakkan Allah ditempat teratas
2. Cinta kita kerana Allah
3. Mujahadah melawan nafsu
4. Menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia

Dia yang tercipta untukmu bukanlah dia yang digelar teman lelaki atau teman wanita. Sebaliknya mereka adalah zaujan dan zaujah (^^,) romantik kan Ustazah Fatimah dan Dr. Farhan ni (usha gambar di atas) ^_^ #melting

Pesan Ustazah Fatimah Syarha, persiapan diri adalah penting. Dambakan yang soleh / solehah , maka solehah /soleh kan lah dirimu terlebih dahulu. Asif ya, ain lupa panel mana yang pernah pesan macam ni tapi mesti korang pun dah selalu dengar ' Cari pasangan bukan untuk diri sendiri tapi fikir siapa yang selayaknya menjadi bapa / ibu kepada anak-anak anda. 

Ain tak tahu lah silap atau benar bahawa ada antara audience yang expect forum ini akan menyentuh tentang alam bercinta di usia remaja yakni sebelum meninjakkan kaki ke alam perkahwinan. Sebenarnya, tak ada istilah bercouple sebelum kahwin. Tapi kalau tengok umat Islam zaman sekarang, dah tak amek kisah semua tu kan. Semoga Allah membuka pintu hati setiap mereka. 

Sebenarnya ain nak sentuh pasal forum ni saja tapi cam melalut ntah apa-apa plak kan. Emosi lebey ni namanya. Ok2, sebelum berakhirnya forum ni. Di saat Farihah dan ain sendiri dah off camera masing-masing. Kumpulan Mestika tampil di atas pentas. Hah ! Kelam kabut nak on dan adjust button record. Kusut betul, boleh pulaj terlupa ada persembahan istimewa. Alhamdulillah, ain dah sempat record. Sila usha klip video di bawah k !



Klip video sepanjang forum Kau Tercipta Untukku pun dah siap di upload ( muat naik :P)
sila rujuk 3 link

www.youtube.com/durratulfarihah

www.youtube.com/ainheartz

www.youtube.com/farihahhf

Kita tak sempat nak ambil gambar dengan Ustazah :'(


Comments

aindzaya said…
forum yang bermakna.. thanks ain sudi sharing bersama 'ain'..:p

nice to meet u..keep in touch!

"Harga diri dan iman.".

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TeslianS to UiTM S.Alam & IPBA