Posts

Showing posts from 2014

PROMOSI FAREEEDA JUALAN AKHIR TAHUN

Image
Berminat untuk dapatkan NEW ORIGINALFareeda Aisya Cantik dan sesuai untuk dipakai oleh semua orang Harga berbaloi-baloi murah RM168 termasuk postage Saiz 10.5 & 11 NEW & ORIGINAL Fareeda Sofiyya Plain dan Fareeda Sofiyya Set Fareeda Soffiyya Plain  RM168 termasuk postage Saiz 10.5 & 11 Fareeda Soffiya Set RM178 termasuk postage Saiz 10.5 & 11 whatsapp/ sms : 010-2619574 (ain)

Tudung Murah Sokmo [bisness online]

Image
Siapa yang berminat untuk dapatkan shawl butterfly , shawl manik berjuntai kat tepi, shawl kosong dengan sulam bunga ?? Sini lah tempatnya !! Murah2 sahaja jual. Kalau beli 3 helai ke atas, potongan lagi kencang. Nak beli dekat kedai memang mahal la ceritanya kan. Tak apa, kat sini boleh survey2 harga dulu. Berminat boleh pm saya +6010-2619574 (Ain) **kalau tak dapat whatsapp sila tmbah +6 ye. Boleh kunjungi Facebook kami www.facebook.com/bismillah2shoppe atau IG kami tudung_murah_sokmo. Untuk warga Kuala Terengganu yang berminat nak tengok semua jenis tudung/shawl yang ada boleh hubungi saya untuk terus ke rumah... inshaAllah.

Mencari Penyewa Bilik di Bandar Kuala Terengganu.

Assalamualaikum w.b.t Nak iklan sket. Mencari PENYEWA BILIK untuk rumah dua tingkat di bandar Kuala Terengganu (berhampiran Hotel Grand Continental). InshaAllah rumah agak besar dan cuma ada seorang penyewa lain. Kelonggaran diberikan untuk menyewa maksimum seramai 2 orang sebilik Kadar sewa bilik: RM250 / seorang penyewa RM300/ dua orang penyewa Memerlukan wanita bujang sahaja dan yang tahu menjaga akhlak... inshaAllah Hubungi 010-2619574 (Ain) atau 013-9306485 (Pn. Amnah) Hubungi kami untuk makluman lebih tepat atau untuk tujuan survey. Terima Kasih.

Jom tempah Pavlova area K.Terengganu.

Image
Alhamdulillah hari ni merasa makan pavlova home make buatan orang Ganu boh. Sesape yang berminat nak order pavlova ni boleh add atau message aunty ni kat FB beliau ye AUNTY SAERAH CHEK   . Dap emmm.... Tergoda tak? Harganya teramatlah mampu dimiliki, bukan RM70 bukan RM60 bukan RM50 Bukan rm40 ~ Aunty ni hantar depan pagar tau. Khas untuk rakyat Kuala Terengganu yang berminat boleh hubungi Aunty ni or anak dia Olen. Btw ini jenis yang lembut ye, bukan keras ^_^

Pengalaman Sebagai Pendidik. [Part 1]

MENCABAR. Itu perkataan yang paling sesuai untuk saya ungkapkan dengan entri kali ini. Sekarang, sementara menanti bakal anak lahir ke dunia, saya saja menyibukkan diri di alam pekerjaan dan juga sebagai pendidik. Alhamdulillah masih ada institusi swasta yang sudi menerima saya yang hampir memboyot ini. Dan Alhamdulillah juga sebab tenaga itu masih ada walaupun usia kandungan sudah mencecah 6 bulan. Perut pun tidak lah besar mana, mungkin anak pertama. (cerita pasal anak entri lain ye) Antara pengalaman yang agak syahdu sepanjang menjadi pendidik adalah apabila ibu bapa menelefon pihak institusi dalam keadaan marah. Kalau sesiapa yang rapat dengan saya maka tahulah mereka dengan perangai yang yang agak cepat baran kalau diusik. Namun sejak mengandung ni, saya pilih untuk lebih sabar. Agar bayi saya tak terikut-ikut dengan perangai negatif mamanya. Saya bahasakan diri beliau sebagai Puan X. Waktu rehat kami, beliau menghubungi dengan nafas yang tercungap-cungap t...

Dia dah jauh dari saya.

Hari ni dia dah balik ke Shah Alam. Dengan keadaan macam ni, aku tak minta untuk jauh dari dia dan dia pun tak minta nak jauh dari kami. Tapi ini lah hidup. Untuk aku dan dia terus survive, masing-masing kena berkorban. Dia berkorban untuk jihad dia dalam pelajaran. Beberapa bulan je lagi untuk dia datang balik ke sini. Dan aku, berkorban untuk seorang ibu yang keseorangan. Aku, kena bersabar. Sedikit demi sedikit untuk kembali menjadi independent macam sebelum aku ada dia dalam hidup aku. Sedih Allah je yang tahu. Nak mengadu, siapalah yang mahu mendengar. Allah je tempat aku mengadu. Tak ada siapa sudi dengar aku asyik duk mengadu rindu dia. Mesti menyampahkan.. :) Dengan perut yang makin besar, lepas ni dah tak leh manja-manja mintak picit mintak urut dah. Semua sendiri-sendiri. Nak pergi mana kena belajar kuatkan diri untuk drive malam-malam. Nak naik bilik sorang-sorang. Dah tak ada orang nak teman, bukakkan lampu.  Dah tak ada dia yang selalu tenggokkan video-video...

Best ke kahwin.

Image
Puas fikir nak tulis apa dekat entri kali ni. Bukak tutup je dashboard ni dari tadi. Tangan gatal nak menaip tapi tak ada idea. Ada idea tapi rasa tak sesuai, so simpan dululah jawabnya. Bukak folder kat laptop dan terjumpalah gambar-gambar kenangan sekitar bulan Mac-April tahun ni. Jeng jeng jeng... Alhamdulillah.. rasa macam baru semalam kenal MWA. Kadang-kadang bila tak da kerja sambil golek2 boleh teringat first trip kami ke Johor dalam kumpulan. Taip tu lah !! time tu lah tau!! Padahal few months sebelum tu (Sept, 2012) baru je saya menjadi antara facilitator yang handle orientasi beliau. Ada lagi gambar kami ramai-ramai. who knows kan dalam ramai-ramai tu ada bakal laki kite rupanya... *gelak sorg3* Sebab tu orang kata, jangan pandang sebelah mata atau jangan remeh pada sesiapa. Mungkin hari ni dia bukan siapa-siapa kita, esok-esok? siapalah yang tahu.  Kalau zaman sekolah dulu memang ramai frenemy (gaduh bagai nak rak). Saya pun dah tak inigat dah siapa tapi dul...

CERITA TANPA TAJUK.

There was a story... Seorang wanita, awal 30-an yang merantau jauh ke negara orang demi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, hanya setahun setengah diperlukan dan dalam tempoh itu dia terpaksa meninggalkan suami serta dua orang anak tersayang yang masih kecil. Hidup di bumi orang tidaklah begitu menyenangkan. tambahan sewaktu hatinya tertinggal di bumi Malaysia. Setahun berlalu, dan di saat dia bersedia untuk menamatkan pelajaran dengan sisa-sisa semester yang ada, sesuatu yang tak diduka berlaku. Peristiwa dia jatuh sewaktu mendaki gunung mengubah segalanya. Hilang dari sekelompok sahabat-sahabat. Eric, Susan, Fatimah dan Husna semuanya tidak berjaya menjejak wanita itu. berita sedih itu disampaikan kepada si suami. Terduduk, terpaku, bagaikan jiwa terhenti berdetap. Itu yang dapat dihgambarkan dengan perasaan si suami. Dipandang wajah anak-anak kecil yang rindu akan belaian ibu mereka. Bagaimana untuk menjejak? Keluar dari negara pun dia tidak...

In love with Mr Instax Mini

Image
On a very peaceful evening, which was actually today, I scrolled down my Timeline and dush! I found something.. a very cute advertisement about Instax Mini. The heck is that? Something like camera right? I got my own digital camera, I got my S4.. do I need this little thing?? Ok enough.. move on! Oh wait, it's cute!!! the pinkish look is so adorable... it said "harga kilang". I should just pm that sister and oh my god!! the price is so adorable RM200!!! People said 'celah gigi aje tu'. But well not in my celah gigi. Yes its cheap for this little instax but to let go of RM200 for this thing is... not worth it. Hurm, maybe. Ahha! I think so. But, the colour!!! selfie??? Mini album??? Oh, I hate the creator of this instax mini. Can you please exclude the pinky one. There are thousands colours out there.. kelabu taik ayam, kuning taik itik,cokelat taik lembu... why it must be MERAH JAMBU !! I am thinking. Sabar ye anak mommy. Tunggu kamu lahir dulu la gamak...

SABUN ALPHA ARBUTIN DOUBLE WHITE [BORONG & RUNCIT]

Image
Alpha Arbutin Soap mengandungi campuran alfa. Menghalang enzim tirosinase yangbertindak balas dengan melanin dalam kulit. Dengan itu mengurangkan parut dan tempat-tempat gelap. Kulit menjadi semula jadi. Alfa juga menghalang proses pigmentasi melanin dalam setiap langkah. Boleh melaraskan warna kulit menjadi lebih putih dalam masa yang singkat. Cara penggunaan: Gunakan sebagai sabun biasa seperti yang dikehendaki, Hasilnya kulit lebih putih dan lebih cerah, bintik-bintik hitam, parut akan pudar. KELEBIHAN SABUN ALPHA ARBUTIN 1) Menggantikan sel kulit lama kepada sel kulit baru. 2) Menjadikan kulit semakin lembap. 3) Di formulasikan dari SWITZERLAND. 4) Mengurangkan bintik-bintik hitam, jeragat, jerawat serta parut-parut. 5) Kulit semakin pulih dan sihat. 6) Menjadikan kulit licin dan gebu. 7) Mampu menjadikan kulit semakin sekata dalam masa 7 hari/dengan penggunaan secara konsisten. SMS/WHATSAPP/TELEGRAM : +60102619574 (AIN) CARA PENGGUNAAN :- 1-...

Bawal Satin Bidang 50.

Image
Assalamualaikum, kami menjual bawal satin bidang 50 dengan harga panas. RM10/sehelai Mudah bentuk dan tidak jarang. Rujuk no. untuk pilihan warna. 1. Dark Purple 2. Cream 3. Hot Red  4. Green Leaf 5. Off White 6. Sweet Peach 7. Baby Pink 8. Baby Blue 9. Light Purple 10. Dark Blue 11. Black Pearl STOK LIMITED. SMS/whatsapp/telegram : +60102619574 (AIN) / +60133360595 (WAIE)

PROMOSI TELEKUNG LYCRA UNTUK RAYA HAJI.

Image
Telekung Lycra Korea High Quality RM35 Assalamualaikum bloggers and readers !! Nak dapatkan  telekung lycra korea high quality ?? Penting ke high quality? tapi... MURAH !!! Yes ! dan iya.  High quality  maknanya :- - Sejuk dan lembut bila di pakai - TIDAK jarang - Labuh - Kain tidak terlampau ringan - Selesa untuk dibawa ketika melancong - Senang di simpan - Tidak berkedut - Senang di bawa - Lebih mudah? tak perlu melipat bagai nak rak ! :) - Free Size Telekung Lycra dengan pelbagai warna. Untuk orang dewasa -  RM35/psg Untuk kanak-kanak(4thn ke atas) -  RM25/psg COD : Puchong Postage is accepted !! ^_^ Perniagaan kecil-kecilan oleh saya dan suami. Sekiranya berminat sila like page kami di facebook dengan KLIK SINI  atau whatsapp/call/msg -   0102619574  (Ain)   0133360595   (Waie) Antara warna yang ada. Gambar diambil menggunakan Samsung S4. Contoh gambar dari encik ...

Sayonara P1 Wimax. Sehari Mencari P1.

Image
Zaijian P1 Wimax. Thanks for the good services provided after all this while... Walaupun untuk lima bulan terakhir saya memang tak dapat guna langsung p1 home sebab line rumah mertua saya di Puchong tak ada coverage. Dan sepanjang perjalanan saya pulang ke Terengganu p1 on the go saya seminit-seminit je dapat online. Terima kasih sangat. Tak diragui p1 memang laju, terutama akhir bulan lepas 21hb sampai la 12hb berikutnya. Rasa macam ada 1000000 juta hackers masa tu. Laju sangat. Sampai bila sorang dua sedara datang tumpang menempek dekat wifi dah rasa macam azab je quota. Saya suka sangat. Masa nak kahwin haritu pun. Lagi la laju. Nak upload instant gambar pun memang langsung tak dapat dan teruslah telefon bimbit I disemadikan dalam pasu bunga. So berakhirnya kegembiraan saya dengan menelefon call center p1. Tau tak.. punya susah saya godek incik google untuk sedekahkan saya nombor telefon call centre p1. Website p1 prefer isi form tapi bila saya isi tak berbalas. U...

My Practicum Life in SMK TTDI Jaya #Throwback

Image
Assalamualaikum *mood : berbahasa melayu* Hari ni nak update. Kenangan lampau setelah melangkah keluar dari MSU untuk semester terakhir. Last batch yang dapat tahu tempat intership adalah kami-kami. Chekgu Yenny, Chekgu Adria dan Chekgu Iols. Ingat dapat pegi Seoul ke NY ke, rupanya ke SMK TTDI. Sekali drif ke sekolah 5 minit dah sampai. Masa sebelum kahwin memang kaki drift saya ni. Suka tekan minyak lebih-lebih tanda 'boicoooot'. Alhamdulillah memandangkan saya cuma duduk dekat Apartment brunsfield tu, jadi tersangatlah dekat. Cuma masa balik je jem sikit tapi kurang dari 15 minit selalu dah sampai rumah. *teringat-ingat kepenatan tiap kali sampai rumah* Hari Pertama : Tiga orang cikgu praktikal ni dah macam apa terkontang kanting dekat pejabat. Dah lah hari terakhir untuk minggu tu. Segannya Allah je tahu. Tengok semua orang keluar masuk untuk 'punch' kad kehadiran tu. Aisey, senonoknya jadi cikgu. Pukul 7.30 dah sampai ke sekolah. Agak lama jugak ...

Dulu masa berjalan, Hari ini masa berlari.

Image
Assalamualaikum. It's been awhile since last I edited the whole thing about this beloved and precious blog. I miss it. Part of my harta karun is this diary of mine. Untuk anak cucu baca esok-esok dan kenali siapa nenek mereka ini. Duh!  Harini mood edit muncul sebab teman suami pergi kampus, Management and Science University (MSU). Dah lama tak menyinggah selama mungkin sejak habis praktikal di SMK TTDI Jaya bulan Mei haritu. Anak-anak murid ku, nanti teacher update pasal kamu ye. Rindu budak comel 4 Zeta dan 4 Neutron. Comey ke? =) Tengok teacher la kan. Satu hari di MSU, dari u-cafe ke cinnamon cafe, ke library, ke surau. Payah nak jumpa muka-muka lama. Semua brand-new-look. Dulu, masa jadi konon-artis-sangat kat MSU, pergi mana ada orang tegur, pasti ada yang ajak lepak. Rindu korang sangat-sangat tau tak! Hati ni rasa nak jerit masa duduk dekat cinnamon cafe sorang-sorang. Boleh tak bila aku pandang kiri aku nak nampak kawan-kawan facilitor, pandang belakang nak na...

Teman Suami ke Tce Takle (Kedai Memancing Awek) Terengganu.

Image
Assalamualaikum dan hai semua. Sebelum ni iklan telekung lycra, bisnes tetap jalan tapi curhat hati tetap harus diteruskan supaya blog tidak mati dan tiadalah jiwa yang sepi. ( iiiiii... pak mat jual topi pi pi..) Kelmarin teman hubby kesayangan pergi kedai Tce Takle di Bukit Bayas, Kuala Terengganu. Katanya nak beli mata kail. Yang cangkuk2 tu kan? Sat , nak google. Thanks google.. i lap u after my hasben Tengok luaran kedai tu macam.. gulp! sakai buruk je. Bila mana encik hasben tolak pintu untuk I (I kan princess), ternganga sikit mulut I and tercakap plak "WOOOOOWW'. Serius, dalaman dia memang unexpected. Meriah habis and exclusive gilak bak hang.  Kalau dah decoration and arrangement meriah bagai,sah-sahlah harga satu-satu produk nak kena mark up. Tak gitu?? I sekarang jadi accountant keluarga so kena berhemat sket. Tapi enick hasben cakap kedai tu murah. Beriya dia kata murah. Iye lah tu gamaknya. Yang menariknya kedai ni, pekerja dia perempuan. Mul...