ta manis la buat macam ni bukan ta senonoh

Human being aka manusia aka homo sapien ni mudah dipengaruhi termasuklah aku, ko, dia dan mereka. setuju? Dalam hidup ni kalau bukan sahabat yang paling mempengaruhi mesti family. Kalau bukan family mesti BFF. kawan jugak tu. Tadi kawan ain ada add sorang mamat ni aka kawan lama kami kat facebook, lepas dia tahu tu kawan ain terus remove. Nampak jelas nak lupakan kawan-kawan lama. Baik tak yah kenal ngan orang macam tu.
.sayang kawan-kawan skolah lama ain.
.picha ini sungguh gedik.


So, sebagai kawan sila jangan berbuat demikian terhadap saya, dia dan mereka. Juga terhadap aku, dia dan kamu.

  1. Jangan nak menjaja cerita. Baik atau buruk tak perlu nak tawaf dari profile ke profile mahupun dari id ke id untuk menyebarkan berita itu sebab ianya mungkin disalah tafsirkan atau akan disebarkan dengan pelbagai versi.
  2. Jangan berkasar. Meskipun dah ditakdirkan korang mmg jenis kasar tapi cuba berlembut dengan kawan. Dengan someone special boley pulak lembut-lembut ni. [--__--]
  3. Jangan mendesak dan jangan angkuh. Kalau nak terus ngan pangai angkuh jugak sila berkawan dengan penghadang di highway ye.
  4. Jangan guna orang tengah. Ingat kapel ke nak guna orang tengah bagai. Apa-apa yang berlaku dalam persahabatan lebih baik korang luahkan sendiri. Lebih bermakna.
  5. Jangan seterusnya adalah Jangan tidak ikhlas dalam persahabatan. Tak ikhlas boley pusing blakang meh ain nak tendang bontot anak itik tok wi.
Itu lah yang ain nak cakap. ta manis la buat sahabat kita macam tu (yang di atas, jenguk sket) tapi bukan tak senonoh (**,).kenapa guna ta? terpengaruh la dengan kwn. .ain sayang sangat kawan-kawan ain. Termasuk kawan-kawan baru di blogger dan di gengblogger!  Persahabatan tak mengenal tempat, situasi dan atmosphera!


ta = tak


Sape yang tak sayang sahabat kan?

Comments

mrs.JamaL said…
memang tak manis...haih...
Adeq Aien said…
**(**,)**
haha..
tau xpe
Ieqa Swetluv said…
yg penting jangan amik kesempatan dalam persahabatan =)

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TeslianS to UiTM S.Alam & IPBA