ANDAI SEORANG LELAKI ITU DATANG. . .

Andai seorang lelaki datang kepadamu  . . . . . .
  • ketika kau perlukan teman...
  • dengan ciri-ciri lelaki idaman...
  • dengan menegur dan membuatmu terhibur...
  • Adengan  menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
  • dan menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
  • dan memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...
  • sambil merapatkan badannya kepadamu...
  • tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
  • DAN waktu itu, apakah tindakanmu.......????


MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,
"Kau sangat comel pada mataku" 
"Kau dah seperti adik kandungku"
 "Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua" 
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
 "Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku" 
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti" 
"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku" 
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"

TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?

Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN diri untuk BERUNDUR 
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR 
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!
Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki...

Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...

******
Apa yang aku tahu, jodoh tu tak kan ke mana dan kakak aku cakap, kalau dah bercerai- berai jangan asyik salahkan jodoh andai tak ada usaha untuk mempertahankan. Bagi aku yang masih single-but-not-really-available ni jodoh tu memang tak kan kemana sebab semua telah di tentukan. Tapi, kita kenalah berdoa selalu agar dipertemukan dengan jodoh yang sesuai buat diri kita.

pssst : credit to Adnin Nabihah +_+

Comments

Fariq Jalil said…
no komen..
sbb sy bkn wanita.. heh
Adeq Aien said…
@Fariq

=.='
sy tau tuh.. hehe

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TeslianS to UiTM S.Alam & IPBA