10 TIPS atasi kesepian

KESEPIAN? KESUNYIAN? apa lagi perkataan yang synonym ngan perkataan ni ye? Any idea? bley sumbangkan. http://emo.huhiho.com Kawan2x selalu tanya ain...

  • Tak bosan ke jadi anak tunggal?
  • Tak sunyi ke duk umah sorang2x?
Para anak tunggal sila jawab soalan ni ! Tapi yang ain tahu setiap orang akan pernah merasai saat kesunyian aka kesepian dalam hidup msg2x. Mungkin di sebabkan korang jauh dari keluarga. Mungkin juga korang sedang menghadapi sesuatu masalah atau korang sunyi sebab tak ada pasangan hidup? ye ke? I got nobody to but im happy! hehe. Ok! Lets move on to the tips! 

1. Positifkan pemikiran kamu ! Kenali diri sendiri dan cari bakat yang korang ada. Sentiasa bayangkan diri korang ni menarik kerana pemikiran mampu mengubah segalanya. ^^ orang pun lebih suka kepada individu yang berfikiran positif.

2. Buat apa yang kamu inginkan ! Kalau korang dah lama tanam azam nak masuk kelas muzik atau kelas bahasa Urdu, JUST GO FOR IT! Sekrg2xnya ini mampu membina rasa percaya diri korang.

3. BE YOURSELF !! Tak perlulah bercita2x membina untuk memiliki badan gebu seperti Adibah Noor dan tidak perlulah bersusah payah mengubah diri menjadi Donald Trump. Cukup la dengan apa yang kamu ada, sebab setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Jangan sampai org menyukai korang yang sll berpura2x.. no no no

4. Bergabung dalam sesuatu kelab. kadang-kala adalah lebih baik utk kita melakukan aktiviti secara berpasukan. Mungkin ada yang lebih meminati sports atau kelas agama. Semangat berkumpulan mampu mambantu kita mengisi kekosongan. 

5. Sibukkan diri! Kamu lebih pentingkan hasil yang akan korang persembahkan dan bukannya apa yang korang akan dapat dari org lain. Rely on urself.. erk.

6. Isi masa kamu dengan melakukan sesuatu yang istimewa. Utk body builder (bukan bob the builder) mungkin boleh mengisi masa pergi ke gym. Para wanita pula mungkin gemar menghiasi rumah atau ke salun kecantikan. Bila hari kita terisi, masa seakan pantas berlalu, ye tak?!!! (mrh plak aku)

7. Hiasi diri ! Berani gunakan warna terang untuk pakaian kerana warna terang lebih menyerlah dan mampu mempengaruhi perasaan orang lain terhadap korang! ye tak? Tapi jangan la terlebey make up atau terlebey sarat aksesori tu, lain pulak jadinya,

8. Jangan terlalu kritis terhadap diri sendiri mahupun orang lain. 1 je korang kena pegang, NOBODY IS PERFECT! 

9. Selalu tersenyum dan mengucapkan salam apabila berjumpa atau berselisih dengan rakan-rakan samada yang akrab mahupun tidak. Kalau dah korang terserempak dengan coursemate yang tak berapa nak rapat tuh tak salah kalau say 'hye'

10. Jangan lokek utk memuji!!! Ni difokuskan kepada kaum hawa. Bukan apa, dari apa yang ain tahu, diornag takkan puji kecantikan girls lain atau kejayaan girls lain. Jeles kowt? Tapi tak semua macam tu ok! Kadang-kala kita harus memberi pujian secara ikhlas and logik la sket kot ya pun nak amik aty, ye tak? Takkan kaki tgh berbalut korang leh cakap "chantek kaki awk," .....http://emo.huhiho.com


By David D. Burns -Intimate connections

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TeslianS to UiTM S.Alam & IPBA