November 17, 2012

Istanbul. . . What A Day !


Assalamualaikum w.b.t
Biar pun terlambat still nak ucap Salam Maal Hijrah dan jangan lupa saudara kita di GAZA !!


Alhamdulillah, walaupun hari ni bukanlah antara hari yang paling menggembirakan tapi perasaan gembira tu tetap ada. Hari ni hantar mama dan mimi balik Terengganu dari Shah Alam.. mmg sedih tp tak apa, perjuangan di bumi Shah Alam belum selesai. Pagi tadi lepas hantar mama terus ajak Estila (best buddy) keluar dengan kawan dia lagi sorang. Pukul 10 pagi dah terpacak kat Space U8, guard pun kalah la kut.  Tapi tak ada apa-apa so pergi la ke Sunway Pyramid. 

The best part was. . . . . STAR ARCHERY !!

Selama 21 tahun hidup tak pernah pegang anak panah pun tau ! Apa lagi nak belajar cara memanah. Selalu tengok dalam tv je. So tadi feeling2 la sikit tp asyik tak kena sasaran. Tapi pengalaman tu yang berharga. Next time kalau ada modal lagi nak pergi lagi. Sampai terer, boleh jadi wakil MSU :p


Istanbul Aku Datang . . . Realiti di sebalik sebuah filem. Ain tak pelik kalau jalan cerita ni adalah realiti bagi seseorang. Sebab, same thing happened to one of my buddies. Bercinta berpuluh tahun tanpa ikatan tapi kalau bukan jodoh kita, tak kan ke mana jugak. Belajar terima hakikat untuk lepaskan apa yang bukan menjadi milik kita. 

Anyway, Lisa sangat cute and awesome. Suka scene dia gila-gila but the character changed after she knew the hidden things about her boyfriend. Dian (Lisa) became matured. Itu berlaku dalam realiti. Pengalaman mengubah seseorang. 

Tapi ada yang baik and tak baik jugak dalam cerita ini. Tapi tak sabar-sabar nak tengok life of P1 ( ye kot)... 

p/s : thanks for reading . . .