August 12, 2015

On Our Way Back to Terengganu.. seram shejukkk

Assalamualaikum... 

Cerita ni dah lama nak tulis dalam blog tapi asyik tak ada masa je. Almaklumlah, kebusyan melanda iols. Haritu dah post dekat fb nak cerita pasal perjalanan balik dari Perak ke Terengganu. 

Last Raya, we went to Melaka and Perak before heading back to Kuala Terengganu. Sadly and unsurprisingly that my husband and I were not that good with maps and we have the faith in 'Waze'. So that it, the first trouble started. My eyes were half open and I just started the Waze and let him drive alone. Hours after, I woke up and realized that we are in a peak of an unknown mountain. It said we are heading to Cameron Highlands. Oh yeay !!! Not funny at all.. we need to go back and we are somewhere near CH. Kill the waze. But then again, my eyes were so jealous with me and refused to open themselves. o one more time, I slept like Wirdatul Aiesyah. Half an hour later, I woke up and realized the petrol was giving a signal.

WE NEED TO FIND A PETROL STATION.. NOWW!!!!!!!!

Cut the 'interesting' story, we found a Chinese family asking for help since they couldn't start their car but sadly we were unable to help. They asked us to stop nearby and asking for petrol since the station quite far.. like another hour to go. So, as expected we stopped at a stall and they sold petrol in few bottles.. kui99x.... pity us.

The scary journey goes like this......

As passed the hills, the waze 'said' that we need to proceed via Gua Musang. So, we thought that it's gonna take about another few hours so let have Kepci first (KFC). Bad decision ever, we waited 2 hours and half for the queue. There were hundreds of people and sorry to say, the workers were too slow.

We made it.. I meant, we ate peacefully thou Wirda didn't feel good. The Waze said that we need to go through Jalan Aring. Damn it! There goes the story. The road was so peaceful and quite and creepy and dark with no light AT ALL !! There were no car. We were positive that it should be ok but then my husband asked me to accompany him but my eyes said NOOOOOO...

Then my mom said " aku ada benda nak kabo..." but she refused and fell asleep. And as to accompany my beloved muchuk munchie husband. I recite short surah using my hp. Swear to God I was sleepy with my baby on my lap.

Once we passed the scary path, we stopped near Kuala Berang and slept in the car for about AN HOUR AND HALF. So you wanna know what and why I said it was scary and creepy?

1 ) My eyes saw something as my husband driving. But as I turned it was nothing. Yes, it was nothing. Maybe my feeling but I felt disturbed.

2 ) My mom saw something crossed the car.

3 ) The dam was just beside the road. Can't imagine if my husband couldn't control the car.

4 ) It was the road not taken since there were seriously no car but there were 2 kedai makan. So, are them for real?? 

5) My husband said no one use the road since road tax wouldn't cover if anything happened.

I'm glad for installing al-Quran apps in my hp. Do that my dear muslims unless u're hafiz/hafizah.. :)
That's y story. Be good. 

June 29, 2015

Doter and Momma.

2 weeks to 4 month-old..

My dear Wirdatul Aiesyah,
This is my note regarding your progressions. I think I should write them since I might not remember the very details of you in years time. I will slowly recap everything and post it here so that I have a guideline for my future kids (amin) and who knows maybe you'll read this in future (amin).

2 weeks to 4 month-old..

Which is actually last week, Wirdatul started to roll over by herself. First week of 3 month, she was able to lift her head. BF baby kot, must have strong bones. Calcium mama pun kena topap selalu, kalau tak nanti Wirdatul getting stronger, mama pula lembik macam bubur mekdi.

Baby swing.

Papa bought you a swing when we were visiting Puchong during my convocation. You refused it ! I never saw/read any child refusing swing. I thought it could be my last attempt to calm you. You're so attached to me. After few trials by nenek and papa, now I am able to do my works (including writing your stories here). You will fall asleep in it thou it just for at least 2-3 hours (sometimes 30 minit je pun). So conclusion, berbaloi dapatkan swing. And my baby still active like usual.

Overly attached [daughter-momy].

First week of 1 month-old, sadly informed that, I can't provide you milk. Lack of knowledge maybe. Only few weeks later, I started to full breastfeeding you. Since I do not own any full time job at that moment, I was able to give fully attention to you. Up until now, I still bf you. The causes?? you're overly attached to me. Why did I say so? See these situations :

1. Each time mama was not around, you will cry out loud. OUT LOUD means VERY VERY loud like 3 to 4 babies' voices at one time.

2. You'll stop crying immediately when mama hug you. Easy right? When others tried to calm you, they need to bring you "berjalan-jalan" sampai puas.

3. You refused bottle for the first 15 minutes. (nenek told me)

4. Whenever I entered the room (when you're sleeping), you'll woke up and cry. -_-



Actually, I don't mind. Tapi kesian jugak dekat penjaga-penjaga kamu yang lain. Lenguh bahu tau. Tapi my baby is so cute. Waking up in the middle of the night but still can smile and bergurau dengan mama. Mama bangun dia bangun, Mama tido dia dush sana dush sini. Jangan cepat besar sangat. Mama gonna miss the little you. My cutie little pumpkin.. Muah muah muah muah.

your momma,
after bersahur on 29th June 2015
You're in the swing for 1 hour.
Bonito ! Mi amor!

June 26, 2015

Be grateful. Be OK.

Sometimes, things don't turn out as we expected them to be. I feel sorry for the future me. Everything needs to be reset from the very beginning. Lucky that I have my family with me. First mission, unlike other bachelors , I would like to ensure the future of my beloved Wirdatul. Second, to fight the best for my family.
Time please be good with me.
Happy Ramadhan to all. May Allah bless each and everyone of us. Forgive us IF we ever did any mistake to any of you.

Wa'ie & Ain
-sitinggidansicomel-

June 20, 2015

Dugaan 3rd Ramadhan.

Assalamualaikum Gif Animation assalamualaikum gif

Alhamdulillah, hari ke 3 Ramadhan dapat puasa penuh walaupun hari ini dugaan hebat sangat dari Allah. Nangis juga bila diuji. Sejak 1 Ramdhan tiba-tiba waktu bangun sahur, dapat rasa ada sesuatu tak kena dengan tekak. Hari pertama ingat selesema biasa. Masuk hari ke 2 , I knew it's gonna be tonsil tapi tak expect pula hari ke 3 dah jadi bengkak sampai macam ni. Maka, jadilah hari ni yang agak menduga.

Mungkin Allah bagi peringatan sebab bangga sangat konon dapat puasa penuh sebab breastfeeding(bf) baby... the mommies should know the reason behind it. Hambeeek kau.. sekali tuhan tunjuk sikit, terus goyang hati nak teruskan puasa. Jenuh nak berganti nanti dengan bf lagi. Astaghfirullah... 

Tadi pergi Klinik 1 Malaysia Tok Adis, lepas tu terpaksa keluar dengan hati hampa sebab nrse kata kami ada ubat kumur je. Alahai, tonsil saya ni dah nak tutup tekak rasanya. Tak jalan kalau kumur saja. Dalam 2 minit gerak, dengan hati yang sayu dan terfikir mana lagi nak cari klinik tiba-tiba terpandang Klinik Kumpulan Muslimah. Sebenarnya seminit je dari Klinik 1 Malaysia Tok Adis.

Mula-mula masuk takut juga, macam tak ada orang. Padahal baru pukul 2.15 ptg. Waktu rehat kot. Dulu siap tawaf Taman Tok Adis beberapa kali sebab nak cari klinik ni malangnya tak jumpa. Mama selalu cerita pasal doctor di klinik ni; anak kawan baik dia. Mama selalu kata dia baik. Tapi perlu ke aku ambil pusing? hehehe

Hari ni first time jejak kaki masuk, suka tengok staff dia baik. Bila jumpa doctor ; Doctor Fadhilah memang baik. Tersangat baik. Dah la masa masuk tengah bf baby. Ibu-ibu tahu lah kot kerenah anak kecil, mana nak lepas dari bf kalau duk bertepek dengan mama dia. (Moga-moga dapat bf sampai 2 tahun). 

Doc Fadhilah baik sangat, Dia entertained my baby girl siap ajar cara menyusu. ( malu tapi mahu belajar). Lepas tu memandangkan aku tak boleh cakap, dia layan je tahan telinga dengar perkataan demi perkataan yang aku nak cakap. Lepas tu baby terjeluak (apa istilah korang panggil la) dia yang cepat-cepat ambil tisu dan lap.

HUHUHUHU.. baby nangis.  SALAM !

May 4, 2015

Terima Kasih Autumnz Breast Pump, Muah !

Grooooooohhhhh... Groooooooooooooooooooooohhhhhhhhhhhhhhhhhh..

Salam untuk semua dan para ibu. Hah ! Korang tau ke tidak bunyi apa tu. Tu bunyi mesin rumput besar tapak tangan AKA electric breast pump  yang mula-mula aku beli sejak melahirkan anak comel pertama (comel ke? haruslah anak I kot :p) Malas nak publish jenama breast pump tu sebab walaupun bunyi sekuat mesin rumput tapi jasa dah banyak kat baby I sejak kena jaundis dulu.

Lepas tu, dengan berhempas pulas kumpul sikit demi sikit duit dan akhirnya dapatlah merasa breast pump yang baru. Tu pun sebab mama belanja. Fuh~



Saya beli Autumnz Single Electric Breastpump dan dapat dua hadiah percuma di atas. Senang ! Boleh guna manual waktu tengok tv atau boleh guna free cable connect ke powerbank. Alhamdulillah. Sejak guna pump ni susu makin bertambah. Nak tau macam mana dan kenapa kena tanya saya privately k. Bila-bila masa saya boleh pump walaupun waktu tengah menyusu anak dan paling best, bunyinya langsung tak mengganggu sesiapa. Lagi best sebab tak sakit. Praised to Allah.

Berminat nak dapatkan Autumnz Single Electric Breastpump dengan harga murah? Klik sini
Boleh hubungi 010-2619574 untuk maklumat lanjut dan harga terlajak baik di pasaran.

March 27, 2015

Pengalaman Bersalin Anak Sulung Part II

Sambungan dari Part I

maaf la.. panjang sangat. I need to take a break =)

So tepat jam 3 lepas dah call suami, nurse tolak saya masuk labour room. Bangga dan bahagia sangat dapat bersalin dekat HSNZ. Mujur tak pilih private hospital sebab bagi saya layanan dekat sini pun lebih dari baik. Mungkin sebab hospital baru. Dulu kita selalu ditakut-takutkan dengan cerita jururawat garang tak hengat. Tapi pengalaman saya, dari monthly check up dekat Klinik Kesihatan Gong Tok Nasek, Klinik Kesihatan Air Jernih, HSNZ, semua jururawat baik sangat. Dan sangat bertolak ansur. Alhamdulillah. Rugi siapa yang buang duit pergi klinik swasta =p Tapi if going to gomen spital is too mainstream , pleased yourself k dearest friends.

Bila masuk labour room, mula-mula agak full la tiba-tiba nurse tolak masuk bilik 10 sebab patient dari bilik tu kena pergi OT (operation theatre) untuk czer. Subhanallah. Masa tu Allah je tahu, harap-harap jangan jadi macam kakak tu. I refused czer.

Tepat 3.30, saya dah terbaring atas katil.. menahan sakit yang teramat sangat. Tarik nafas dalam-dalam. "rabbi yassir wala tu'assir" "astaghfirullahalazim".. macam2 saya baca untuk kurangkan rasa sakit tu. Tapi dalam sakit sekali skala tu (contraction) sempat jugak msg suami suruh cepat-cepat masuk. Msg mama minta maaf. Lepas tu baru suami muncul and genggam tangan dia. 

Lepas tu doktor check bukaan lagi dan hampanya doktor kata bukaan masih 2-3cm. Ya Allah. Doktor kata, "saya bagi awak 4 jam je. Kalau bukaan masih tak ada kita terpaksa proceed czer." Subhanallah. Can miracle happen in 4 hours? 

Masa tu setiap kali sakit, saya akan mengiring badan. Sakit, hanya Allah je tahu. Masa tu teringat dekat mama. Dosa-dosa dengan dia. Sempat msg dia minta maaf. Nurse siap pesan kalau tak tahan sakit boleh minta ubat. Dalam pukul 5 macam tu nurse cucuk kat bontot tapi seriously, tak ada la kurang mana sakit pun tapi ubat tu buat saya tertidur. Mata cik suami dah merah dah. Masa ni baru kami tahu, sakitnya mak-mak kami melahirkan. Ya Allah. besar pengorbanan mereka.

Jam 7.15 bukaan masih sama. "Puan Ain, kita terpaksa operate sebab jantung baby dah lemah dan bukaan pun masih sama". Allah !!!!!!!!!!!!!!! masa tu rasa jantung ni gugur kat lantai. Boleh nampak cik suami macam nak rebah. Sempat berdiskusi dengan doktor tu. Berpandangan dengan cik suami. Saya mintak dengan doktor nak call mama kejap. Suami call mama dan cakap kena czer. Tahulah apa reaksi mama masa tu, umpama air mata darah mengalir. Dari pukul 11 tadi, tak puas dia duk dalam musolla (mama cerita balik). Bila suami bagitahu nak czer. Dia dah tak cakap dengan orang dah. Solat hajat saja, sebab dia tahu sakitnya keadaan selepas czer.

Cerita ke bilik OT.

Lepas sign dua borang dalam keadaan mamai dan doktor pun dah terangkan risiko czer, saya di angkat ke troli dan terus ke bilik OT. Troli yang terakhir ke bilik OT tu contraction datang lagi. Subhanallah, hebat sangat sakit dia. Suami tak dibenarkan masuk dan dia boleh tunggu kat garisan merah tu je. Dapat rasa tangan dia cuba bagi kekuatan kali terakhir. Masa tu mintak kebenaran dengan doktor untuk mengiring sebab nak tahan sakit.

Tiba-tiba "argggghhhhhhh............" hehe.. dari labour room istighfar semua tiba-tiba boleh menjerit tahan sakit. Masa tu betul-betul tak tahan. Sorang nurse yang agak senior tiba-tiba tanya "awak ni meneran ni. Awak rasa nak meneran ke?," whoever you are.. thanks puan jururawat. Terima kasih sangat sebab cakna keadaan saya. 

Out of sudden, saya rasa macam dah poo poo kat atas katil tu. Dalam hati terfikir jugak. Alahai kenapa la boleh poo poo waktu macam ni.

Masuk-masuk dalam OT, nurse tadi pun tengok. " KEPALA DAH NAK KELUAR!!!". Apa lagi dengan dekat 10 orang dalam OT tu, masing-masing duk pegang kaki, tangan, angkat kepala saya pastu suruh teran. Tarik nafas, teran perlahan-lahan. Masa tu dah rasa macam soccer. Terengganu lwn JDT :p First teran kasar gelojoh sikit. Masa tu dah lupa semua pesanan orang and dah lupa ada minor asma. Pastu yang ke dua dah relax sikit. Pastu keluarlah baby yang comel dengan normal delivery di bilik OT.

Masa tu perasaan happy campur tak percaya sangat. Miracle. Alhamdulillah Allah. Terima kasih mama sebab doakan. Sesungguhnya doa ibu tiada hijab. Berkat doa semua orang, keluarga, keluarga mertua dan rakan-rakan. Saya tak perlu czer.

Tak putus-putus saya ucap terima kasih dekat semua nurse-nurse dan doktor yang ada kat situ. Nurse pun terkejut dan lepas tu soalan yang asyik di tanya diorang "macam mana awak boleh nak meneran dalam bilik OT" hehe. Kuasa Allah tiada tandingan.

CERITA SUAMI.

Doktor bagi baby dekat dia dan doktor cakap beranak normal. Tak sempat czer. Mujur ada suami, mujur encik suami sempat terbang dari KL. So, sempatlah azankan baby kesayangan. Lepas dah azan dan puas peluk baby, dia berlari cari mama dekat musolla. 

"Mama !! ain dah beranak normal. Baby cantik sangat," (ni ayat mama bagitahu)
Mama menangis dah tak ingat dunia. Allah, dari tadi dia memohon pada Allah. Allah Maha Mendengar.

LEPAS BERSALIN

Masa tu nurse dah siap tolak ke wad 3C. Sempat greet kawan-kawan. Diorang semua pelik sebab tadi nurse bagitahu ain kena czer tup-tup siap boleh letak kepala atas bantal, siap boleh panggil orang lagi nak bercerita. *kagum* :P

After a moment, mama dan MWA masuk. Masa tu nampak muka mama happy sangat. First time, (selama saya besar) mama cium dahi saya. Masa tu syahdu sangat. Ah, thats all. Im learning to take care of her feeling after this.

And most of all, this experience teaches me to respect and hargai my mom and my MIL. ^_^

Semoga anakku tersayang, menjadi anak yang solehah buat mama dan papa.

AMIN.

March 26, 2015

Pengalaman Bersalin Anak Sulung Part I

Assalamualaikum dunia.
Senyum pada semua. 

Alhamdulillah 2/3/2015 saya telah selamat melahirkan seorang puteri inshaAllah bakal menjadi anak solehah. Amin.

Macam mana saya bersiap untuk bersalin? Tiba-tiba terus sakit atau bagaimana? Sebelum ni, puas menjelajah setiap blog untuk mencari tips tentang bersalin. Sejujurnya saya betul-betul zero knowledge tentang proses kehamilan. 
Nurse selalu pesan, waspada tanda-tanda bersalin seperti tumpah darah, ketuban dan sakit contraction. Masalahnya bagi saya, semua saya tak tahu macam mana (nama pun anak sulung). Selama mengandung 9 bulan tak pernah rasa contraction yang betul2. Kalau main2 tu adalah. Rasa macam senggugut kecil jew.

Let's focus on the real story.

Tarikh 1/3/15.. baby agak tidak aktif. Bukan tak gerak tapi tak aktif, being in my tummy for more than 9 months.. I knew my baby well. Pagi2 bangun dari katil, dia mesti akan gerak sekali. Pastu, kalau sujud lama-lama baby pun akan tendang2. Sempit kut dalam perut tu. Tapi hari tu, baby macam main tampar-tampar je. Tak bergegar langsung perut macam hari-hari selalu. Pkul 9 malam, hati rasa tak tenang. Terus ajak mama drive pergi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Doktor ctg jantung baby, ultrasound and lastly check bukaan. Oh Allah !! sebelum ni selalu baca dekat blog orang sakitnya nak check bukaan so sebelum doktor check saya konon-konon dah bersedia tapi seriously it was painful... (not really painful but for the first time... its PAINFUL)

Doktor kata tak ada masalah tapi sebab mommy dah cakap baby kurang actif, so doktor cadangkan untuk induce. What is that? Pendek cerita, induce ni adalah method di mana doktor akan paksa beranak dengan memasukkan something (idk) into you =). I paused a while, thinking about the consequences. The day after tomorrow is my due date and yes I am worried about my baby. I don't feel good about anything. Neither the induce thinggy nor the baby. I know nothing. Whom should I refer to?? I feel hopeless for a moment. Macam-macam tanya doktor pasal induce, doktor kata dia akan induce pagi esok, pastu petang sampai la baby terasa nak keluar. Kalau baby tak nak keluar jugak, akan di ikhtiarkan lagi.

And yes, the know-nothing-me said yes with heavy heart. Before going to the ward, I run to my mom. I told her that she can't come with me since no visitor is allowed except during waktu melawat. Pity her. She needed to go back home and I knew she scared to go back home alone and it was pass midnight. Funny thing was that she had to drive my manual-viva and she was clueless to reverse the car for the very first time.


2nd March 2015

I made friends with all 4 future mommies in that room. I am fully bless to know them. Thou it was one day, it meant a lot to me. Realy miss Kak Nuyu, Kak Wani, Ika, Kak Ainun !!!!! Rakan bercerita non-stop.

Pagi tu pukul 6 am doktor induce dan check bukaan. Masih 2cm. Lepas induce tak boleh gerak selama sejam. Lepas tu pukul 11 am dah rasa contraction. Ingatkan contraction main-main macam selalu. Harus tak, tiba-tiba je contraction tiga minit sekali. Sakit mak oii.. Allah je yang tahu, masa tu baru rasa apa yang Kak Nuyu and Kak Wani rasa.

Tiba-tiba (mode seram..) zush !!! air ketuban pecah !! atas katil pulak tu.. semua pandang. Bila pandang Kak Nuyu siap cakap "ain rasa air ketuban ain pecah la". Diaorang kata diorg pun dengar bunyi tu. Dan saya pun gigih berjalan cari nurse dan cakap ketuban pecah. Nurse relax je dan suruh saya balik ke katil. Tengok nurse relax saya pun relax je la~! Pkul 2 doktor panggil untuk check bukaan, masa tu mama dan sayang saya baru je keluar sebab waktu melawat dah habis. Doktor cek dan tiba-tiba doktor cakap ... 'mekonium' !! zap!! I knew what is it. Sumpah hati rasa cuak sangat. Terus doktor kata hantar dia masuk labour room.. immediately. I called MWA "patah balik. Saya dah kena masuk labour room. Baby dah berak dalam perut"

***** continue Part II *****

January 4, 2015

Alkisah Murid Tahun 3 dan Iphone

Assalamualaikum.

Smartphone dan manusia memang susah untuk tidak dikaitkan. Baik dewasa, kerjayawan mahupun kanak-kanak hatta mereka yang masih di alam hingusan sudah mengenal kegunaan smartphone. Salah ke ? Tak, banyak guna smartphone ni sebenarnya. Macam mak Ain sendiri, guna smartphone untuk berhubung dengan saudara mara terutama waktu-waktu sekarang dimana ada seorang mak cik Ain yang dah ditimpa musibah banjir. Nanti akan diceritakan.

Persoalannya sekarang, apa pendapat umum tentang sikap ibu bapa yang dengan entengnya memberi smartphone kepada anak-anak diawal usia 6 tahun (yang sudah bersekolah)?

Pemerhatian dari dalam keluarga terdekat dan juga pelajar-pelajar Ain sendiri, ada beberapa keluarga yang membenarkan anak-anak untuk bermain tablet/smartphone sekadar untuk bermain games dan melayari Internet di waktu lapang. Namun, ibu bapa mereka tidak terus menjatuhkan tablet/smartphone itu menjadi hak milik total anak-anak mereka. Sekadar menggunakan dikala perlu.

Pemerhatian kedua, ada ibu bapa yang merasakan lebih mudah jika si anak mempunyai smartphone atau tablet sendiri dengan alasan:

1. mudah untuk dihubungi pada bila-bila masa.
2. tidak kebosanan kerana waktu diisi dengan melayari Internet.
3. tidak perlu untuk keluar dari rumah untuk hiburan.
4. merasakan anak-anak lebih dekat dengan wujudkan group 'whatsapp'.
5. tidak berkongsi smartphone dengan anak.

Ada yang kurang bersetuju dengan alasan yang diberikan? Ain selitkan sedikit berkenaan alasan numbor 4. Tidak tahu ada betulnya atau tidak betul. Ibu bapa sekarang terlalu sibuk dengan kerjaya. Perlukah mereka dipersalahkan? Sedangkan mereka cuma berusaha mencari rezeki dan simpanan untuk anak-anak kelak. Namun, demi kesenangan dari sudut ekonomi, sesuatu dipertaruhkan. MASA. Masa bersama anak-anak yang memerlukan sepenuh perhatian. Dunia....... Betulkan whatsapp membantu mengeratkan hubungan ibu ayah dan anak? Tepuk dada tanya iman ^_^

Cerita yang Ain nak kongsikan adalah berkaitan seorang pelajar darjah 3 (pada tahun 2015) dan Iphone 5s. Ini bukan pelajar Ain, sekadar sebuah cerita realiti dan pengajaran pada semua terutamanya ibu bapa moden dan bakal ibu bapa *saya!!* yang masih merangkak dalam mengenal erti pendidikan anak-anak.

Ain namakan pelajar ini Zaza. Zaza seorang yang baik. Lemah lemut. Tidak terlalu aktif mahupun pasif di dalam kelas. Seorang yang sangat berpotensi dan pandai dalam akademik. 
Awal dulu, Ain pernah duduk semeja dengan beliau dan beberapa pelajar lain. Sekadar masa rehat dan mereka bercerita tentang keluarga, aktiviti harian dan hobi masing-masing. Yang menariknya tentang Zaza, dia menggambarkan ayahnya sebagai seorang yang 'addicted' dengan smartphone. Tambahan, ayahnya banyak masa di rumah kerana ayahnya itu seorang 'big boss' *pandai budak ni gambarkan*.  

Setiap hari, Zaza pasti akan bawa Iphone 5s dia ke tempat belajar. Ain tak ada masalah dengan itu, asalkan tidak digunakan waktu pembelajaran sudah dikira bagus. Tapi, hati Ain suatu hari terdetik nak tengok Iphone 5s ni macam mana. Maklumlah, nak beli Iphone, botak la kepala nanti. Handphone sekarang pun mak yang hadiahkan.. T_T sob sob sob.

Siap ada password lagi !!! Amboii, teacher dulu tingkatan 1 baru dapat rasa pegang handphone 'butterfly' tu pun mak punya. Cemburu sangat. Lepas je dia masukkan password, tiba-tiba terbukalah aplikasi Youtube. Masa tu, jantung ni rasa nak berhenti setengah saat. Tak percaya dengan apa yang Ain nampak. Apa yang budak ni tengok? Video apa ni?? Video bukan-bukan !!!!

Masa tu Ain rasa kaku sangat. Rasa macam orang tak betul pun ada. Ain ada berbincang dengan seorang kawan, macam-macam Ain tanya. Ain sendiri tunjuk video tu kat dia. Persoalan dalam kepala Ain:

1. betulkah apa dia tengok ni?
2. budak darjah 3 dah ada perasaan ke tengok benda-benda macam ni?
3. kalau mak ayah dia tahu apalah rasa hati mereka?

Ain pulangkan balik Iphone 5s dekat pelajar tu tanpa sebarang soal. Tapi Ain tanya dia beberapa 'hidden questions' :

1. Selalu dekat rumah Zaza buat apa?
Main handphone je.

2. Main handphone kat mana? Tak ada aktiviti lain ke?
Tak ada apa nak buat sebab cuti sekolah. Selalu main handphone dalam bilik atau ruang tamu. 

Ada beberapa soalan lagi tapi rasanya tak penting. *asif asif asif*. Conclude la sendiri cerita ini. Bukan niat di hati nak memburukkan pelajar sendiri ataupun keluarganya tapi sekadar pengajaran buat semua terutamanya diri ni yang masih daif dalam memahami pembentukan keluarga. Tepuk dada tanya iman. Sebagai hamba yang lemah. Doa senjata yang terbaik. InshaAllah.