Pengalaman Bersalin Anak Sulung Part II

Sambungan dari Part I

maaf la.. panjang sangat. I need to take a break =)

So tepat jam 3 lepas dah call suami, nurse tolak saya masuk labour room. Bangga dan bahagia sangat dapat bersalin dekat HSNZ. Mujur tak pilih private hospital sebab bagi saya layanan dekat sini pun lebih dari baik. Mungkin sebab hospital baru. Dulu kita selalu ditakut-takutkan dengan cerita jururawat garang tak hengat. Tapi pengalaman saya, dari monthly check up dekat Klinik Kesihatan Gong Tok Nasek, Klinik Kesihatan Air Jernih, HSNZ, semua jururawat baik sangat. Dan sangat bertolak ansur. Alhamdulillah. Rugi siapa yang buang duit pergi klinik swasta =p Tapi if going to gomen spital is too mainstream , pleased yourself k dearest friends.

Bila masuk labour room, mula-mula agak full la tiba-tiba nurse tolak masuk bilik 10 sebab patient dari bilik tu kena pergi OT (operation theatre) untuk czer. Subhanallah. Masa tu Allah je tahu, harap-harap jangan jadi macam kakak tu. I refused czer.

Tepat 3.30, saya dah terbaring atas katil.. menahan sakit yang teramat sangat. Tarik nafas dalam-dalam. "rabbi yassir wala tu'assir" "astaghfirullahalazim".. macam2 saya baca untuk kurangkan rasa sakit tu. Tapi dalam sakit sekali skala tu (contraction) sempat jugak msg suami suruh cepat-cepat masuk. Msg mama minta maaf. Lepas tu baru suami muncul and genggam tangan dia. 

Lepas tu doktor check bukaan lagi dan hampanya doktor kata bukaan masih 2-3cm. Ya Allah. Doktor kata, "saya bagi awak 4 jam je. Kalau bukaan masih tak ada kita terpaksa proceed czer." Subhanallah. Can miracle happen in 4 hours? 

Masa tu setiap kali sakit, saya akan mengiring badan. Sakit, hanya Allah je tahu. Masa tu teringat dekat mama. Dosa-dosa dengan dia. Sempat msg dia minta maaf. Nurse siap pesan kalau tak tahan sakit boleh minta ubat. Dalam pukul 5 macam tu nurse cucuk kat bontot tapi seriously, tak ada la kurang mana sakit pun tapi ubat tu buat saya tertidur. Mata cik suami dah merah dah. Masa ni baru kami tahu, sakitnya mak-mak kami melahirkan. Ya Allah. besar pengorbanan mereka.

Jam 7.15 bukaan masih sama. "Puan Ain, kita terpaksa operate sebab jantung baby dah lemah dan bukaan pun masih sama". Allah !!!!!!!!!!!!!!! masa tu rasa jantung ni gugur kat lantai. Boleh nampak cik suami macam nak rebah. Sempat berdiskusi dengan doktor tu. Berpandangan dengan cik suami. Saya mintak dengan doktor nak call mama kejap. Suami call mama dan cakap kena czer. Tahulah apa reaksi mama masa tu, umpama air mata darah mengalir. Dari pukul 11 tadi, tak puas dia duk dalam musolla (mama cerita balik). Bila suami bagitahu nak czer. Dia dah tak cakap dengan orang dah. Solat hajat saja, sebab dia tahu sakitnya keadaan selepas czer.

Cerita ke bilik OT.

Lepas sign dua borang dalam keadaan mamai dan doktor pun dah terangkan risiko czer, saya di angkat ke troli dan terus ke bilik OT. Troli yang terakhir ke bilik OT tu contraction datang lagi. Subhanallah, hebat sangat sakit dia. Suami tak dibenarkan masuk dan dia boleh tunggu kat garisan merah tu je. Dapat rasa tangan dia cuba bagi kekuatan kali terakhir. Masa tu mintak kebenaran dengan doktor untuk mengiring sebab nak tahan sakit.

Tiba-tiba "argggghhhhhhh............" hehe.. dari labour room istighfar semua tiba-tiba boleh menjerit tahan sakit. Masa tu betul-betul tak tahan. Sorang nurse yang agak senior tiba-tiba tanya "awak ni meneran ni. Awak rasa nak meneran ke?," whoever you are.. thanks puan jururawat. Terima kasih sangat sebab cakna keadaan saya. 

Out of sudden, saya rasa macam dah poo poo kat atas katil tu. Dalam hati terfikir jugak. Alahai kenapa la boleh poo poo waktu macam ni.

Masuk-masuk dalam OT, nurse tadi pun tengok. " KEPALA DAH NAK KELUAR!!!". Apa lagi dengan dekat 10 orang dalam OT tu, masing-masing duk pegang kaki, tangan, angkat kepala saya pastu suruh teran. Tarik nafas, teran perlahan-lahan. Masa tu dah rasa macam soccer. Terengganu lwn JDT :p First teran kasar gelojoh sikit. Masa tu dah lupa semua pesanan orang and dah lupa ada minor asma. Pastu yang ke dua dah relax sikit. Pastu keluarlah baby yang comel dengan normal delivery di bilik OT.

Masa tu perasaan happy campur tak percaya sangat. Miracle. Alhamdulillah Allah. Terima kasih mama sebab doakan. Sesungguhnya doa ibu tiada hijab. Berkat doa semua orang, keluarga, keluarga mertua dan rakan-rakan. Saya tak perlu czer.

Tak putus-putus saya ucap terima kasih dekat semua nurse-nurse dan doktor yang ada kat situ. Nurse pun terkejut dan lepas tu soalan yang asyik di tanya diorang "macam mana awak boleh nak meneran dalam bilik OT" hehe. Kuasa Allah tiada tandingan.

CERITA SUAMI.

Doktor bagi baby dekat dia dan doktor cakap beranak normal. Tak sempat czer. Mujur ada suami, mujur encik suami sempat terbang dari KL. So, sempatlah azankan baby kesayangan. Lepas dah azan dan puas peluk baby, dia berlari cari mama dekat musolla. 

"Mama !! ain dah beranak normal. Baby cantik sangat," (ni ayat mama bagitahu)
Mama menangis dah tak ingat dunia. Allah, dari tadi dia memohon pada Allah. Allah Maha Mendengar.

LEPAS BERSALIN

Masa tu nurse dah siap tolak ke wad 3C. Sempat greet kawan-kawan. Diorang semua pelik sebab tadi nurse bagitahu ain kena czer tup-tup siap boleh letak kepala atas bantal, siap boleh panggil orang lagi nak bercerita. *kagum* :P

After a moment, mama dan MWA masuk. Masa tu nampak muka mama happy sangat. First time, (selama saya besar) mama cium dahi saya. Masa tu syahdu sangat. Ah, thats all. Im learning to take care of her feeling after this.

And most of all, this experience teaches me to respect and hargai my mom and my MIL. ^_^

Semoga anakku tersayang, menjadi anak yang solehah buat mama dan papa.

AMIN.

Comments

Unknown said…
Tahniah ain da bsalin :-)
Sy xde rzki nk bsalin nrmal..tpksa czer.
Xsbr nk tgk bby :-)

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TANDA-TANDA BERSALIN