PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Assalamualaikum.

Hari ini masih dalam mood berpantang #6hari. Kena fokus berpantang dengan ketat cukup 2 minggu dan lepas tu ikut la sikit-sikit mana yang dan. Kenapa 12 minggu? Sebab bidan kata cukup dah macam tu, tapi bab makan kena ambil masa macam pantang bersalin juga. Nak kena jaga rahim biar kuat dulu. 

Lagipun aku keguguran masa 10 minggu usia kandungan. Nak kata dramatik, tak la sangat. Tapi terkesan sampai bila-bila. Aku tahu mengandung masa 6 minggu, dalam 6 minggu tu dah bermacam benda aku buat dan makan. Aku latih budak menari, aku makan benda-benda tajam, aku sibuk program sana-sini. Ye la, aku pun tak tahu aku mengandung dah dulu duk test asyik negative je. Period cycle memang tak berapa nak betul macam tuan dia. 

Cukup 7 minggu, aku pun dah habis program sana-sini, aku bleeding. Sikit je, mcm jarum besarnya. Cuak hanya tuhan je tahu. Aku refer KLINIK FAMILY, Kuala Terengganu dan doktor tengok rahim ok cantik je. Cuma nampak kantung, baby tak nampak lagi. Doktor kata, kalau bleeding sikit-sikit selalu tak ada apa-apa cuma kena follow up lagi.

Minggu ke 9, masih bleeding dengan kuantiti yang amat 2x ganda dari sebelum. Masa tu, aku drive ke Kota Bharu. Nak jumpa tok laki kita kat sana lah. Ni lah dugaan PJJ. Masa memandu aku cuba sebolehnya untuk tenang, for my baby kan. Dan, keadaan tak berubah pun.

Masa kat KB, ada satu haritu sakit sangat perut. Macam nak beranak. Dalam kepala dah prepare for the worst. Mujur HRPZ II sebelah berek je. Doktor kat ED kata tak ada apa. Bukaan pun tak ada lagi, just bear with the pain. Ubat tahan sakit doktor bagi paracetamol. Doktor kata, kalau ada pendarahan yang terlalu banyak,datang.

Aku pun balik dengan hati yang tak berapa nak terbuka. Sakit perut tu dah hilang tapi badan sangat-sangat lemah. Tak bertenaga. Rasa macam baru lepas beranak. Masa contraction tu datang, memang menangis. Dia pulas habis. Macam nak beranak kan. 

Petang tu juga, suami aku berjaya dapatkan appointment dengan doktor pakar. Rezeki sungguh. Doktor scan, speculum lagi. Yolk Sac nampak katanya, tapi baby tak dapat tengok lagi. Kalau ikut sejarah beranak, memang rahim aku ni tebal. Masa ni, doktor kata darah yang keluar tu normal selagi tak keluar darah yang macam isi ikan. Terima kasih sangat doktor, pegawai dan staff di HRPZ II. Baik dan ramah sangat.
Doktor kata keputusan terang dan kantung pun makin membesar,

Malam tu, ada darah berketul keluar tapi sebesar 2 jari je. Merah hitam dan bukan isi ikan. So aku let it slides.

Esoknya, masak sotong sambal petai. Tiba-tiba 30 minit lepas makan, aku alergik. Masa tu, ingat nak tahan sebab tak nak masuk wad tapi, oxygen betul-betul tak sampai otak. Sempit gila memang tak dapat tarik nafas dalam. Ni first time jadi, mujur la HRPZ II tu sebelah rumah. Sampai sana, doktor bagi neb aku terus ok. Lega sangat! Lega sangat tak payah cucuk-cucuk. Kononya.... lepas tu kena cucuk la sebab doktor kata alergik kena cucuk adrenaline and cucuk apa lagi ntah kat tangan tu. Boleh tahan. Kebal. Sampai la doktor kata nak ambil darah nadi sebab nak cek oxygen. 

Darah Nadi. SAKIT. SENGAT. Macam kena sengat tebuan. Sakit sangat. Rasa macam hilang kejap tangan aku. Doktor kata mungkin kena tendon. Perih la kalau ingat. Result keluar, memang oxygen kurang dan doktor suruh pakai bantuan pernafasan. 

Teruslah masuk wad ED. Wad sementara. Doktor pakar suruh bermalam sebab mengandung takut nanti kesan alergik tu datang lagi dalam tempoh 12 jam. Esok pagi rasa bersemangat dapat keluar. Sekali tak lepas, POTASSIUM/SODIUM kurang sangat dalam badan. Sebab tu lah aku selalu lembik, berdebar-debar tak tentu fasal. Petang tu, lepas result darah keluar, doktor lepas aku balik tapi atas nasihat la.

Panjang pulak cerita alergik. Alergik SEAFOOD ok! Kegemaran aku tu. Selama ni ok je. Tak puas hati betul dengan sotong ni. Dasar sajat! 

Dua hari lepas keluar wad, aku ke UTC Kelantan untuk cek gigi Wafiy, tiba-tiba terhantuk lantai dan berdarah, Dah la mama baru wean off dia  3 hari, Gusi masih berdarah dan doktor tak boleh buat apa. Cuma tunggu je. Ada kemungkinan masalah pada gigi kekal. Mama tak nak bimbang lagi fasal ni, benda tak tahu jadi ke tak. So, Wafiy balik 2 hari tak minum botol sebab sakit sangat.

Mungkin sebab banyak sangat berjalan, dukung Wafiy lagi (terpaksa). Malam tu memang tak boleh tidur. Rasa sakit perut tapi bearable. Boleh tahan. Pukul 5 pagi, masih tak dapat tidur. Sakit. Tapi tak sesakit beranak. Lepas tu dapat tidur. Esoknya bangun dengan keadaan perut masih kemut-kemut. Lepak dengan mama dekat ruang tamu and tiba-tiba aku rasa kain batik basah dengan darah. Cepat-cepat ajak suami pergi HRPZ II. Sekali lagi, mujur la spital tu sebelah betul dengan rumah.

HARI DI MANA MAMA KEHILANGAN MY FUTURE BABY.
Darah keluar memang banyak dan berketul-ketul. Doktor scan, katanya kantung masih elok terletak. Tak crumple (macam berkedut-kedut). Doktor takut yang keluar tu menses. Doktor suruh ambil air kencing and masa kat bilik air tu la segengam ketulan macam isi ikan keluar. Tak sakit langsung masa keluar. Cuma pening sebab darah memang silih berganti pad dan kemut-kemut kat ari-ari. Sebab kurang darah, tu yang pening. En. suami aku ambil janin tu letak dalam bekas dan bagi doktor. 

Doktor scan tengok dah kosong. Tapi seminggu lagi kena check up di Hospital Sultanah Nur Zahirah, KT untuk pastikan tiada yang tertinggal. Lepas tu, doktor bagi MC dan boleh balik. Tak ingat dah kakak kat katil sebelah tu. Beliau dah 3 bulan dan tumpah darah, harap-harap baby akak selamat.

Aku pun balik. Lepas 2 hari suami hantar balik KT. Nanti bab berpantang dan mengurut ada rezeki aku cerita, So, itu saja coretan mama Ain untuk pengalaman gugur awal. Tak ada rezeki. Doakanlah Durratul Ain dikurniakan rezeki untuk ada anak kembar lepas ni ye. Terima kasih. 

p/s : mama ni jenis akan bermimpi masa awal mengandung. Macam Aiesyah dan Wafiy dulu. Awal-awal mama dah mimpi jantina. Anak Cik Su dan Acu pun mama ada termimpi. Dan untuk anak mama kali ni, pun mama ada mimpi. Mimpi keluar kantung. Lepas bukak kantung tu keluar baby besar. Comel. Tapi masa mimpi tu tak tahu pun mengandung. Wallhualam.

Comments

Unknown said…
Sy nk cte yg sy pulak.. Sme tp 1st scan 4mggu nmpak la kantung tu. .2nd scan yg 8 mggu tu sme.. Xbesar² xnmpak ape.. Tp yg peliknya sy xde bleeding.. Skrg sy kne rujuk pakar kt hospital pulak nk tw cner..
durratulaien said…
Semoga dipermudahkan setiap urusan... inshaAllah fikir yang baik-baik, pasti baik hasilnya
Anonymous said…
Saya pon sama,smlm scan nampak kantung ja..saya dh 7weeks++..doc suruh tggu lagi 2mggu..skrg awak mcm mana?
Unknown said…
Assalamualaikum puan ain,
Terberkesan sgt coretan puan.
Skrg sy disahkan mengandung 10 minggu, tp scan hanya nampak kantung je. Dan baru2 ni ada pendarahan mcm org datang bulan.

Apa pendapat puan.
Awak skrgn mcm mana? Kantung tu keluar sendiri / cuci di hosp? Kes saya sama mcm awak
jeniper lopeh said…
saye bru pregnent 6 minggu , tp alami pendarahan tanpe henti . doa kan baby selamag ye
Anis said…
Mcm mne baby puan skrg? Okey tak?
Unknown said…
Salam puan ..mcm ne keadaan baby sekarg?
Unknown said…
Semuga baby selamat
Ei-Na said…
Sy 9 mggu pregnant.. hari ni bleeding.. klu kandungan kali ni gugur lagi.. mksdnya dah 3x sy alami fasa kesedihan... 7 thn menanti dgn penuh harapan...
xee xia said…
Salam nak tanya..sy dh upt kt rumah n mmg line psitif.klo ikut period 6mgu kndungan.sjk smlam sy rsa skit di ari2 dan harini 10.30pg jumaat time kencing keluar la 2 ketul isi.sy ada bwak benda tu ke kk..kk ckp mmg gugur..kmdian refer hosp,bila refer hosp sri manjung doc cek air kencing scan semua dia ckp xmengandung.dan yg keluar tu xtaW apa..sedangkan msa sy cek upt mmg naik 2line dan sah2 la mengandungg kan.oh yea sblum tu sy dh buat scan di swsta mmg nmpk kntung cuma xbrp jelas..skrg mc pon sy xdpt.tunggu lg seminggu utk cek up semula dan 6mgu lg utk taw apa isi yg keluar tu..pening sy memikirkan apa yg keluar tu..ada yg brpengalaman mcm yg sy alami skrg
xee xia said…
Salam nak tanya..sy dh upt kt rumah n mmg line psitif.klo ikut period 6mgu kndungan.sjk smlam sy rsa skit di ari2 dan harini 10.30pg jumaat time kencing keluar la 2 ketul isi.sy ada bwak benda tu ke kk..kk ckp mmg gugur..kmdian refer hosp,bila refer hosp sri manjung doc cek air kencing scan semua dia ckp xmengandung.dan yg keluar tu xtaW apa..sedangkan msa sy cek upt mmg naik 2line dan sah2 la mengandungg kan.oh yea sblum tu sy dh buat scan di swsta mmg nmpk kntung cuma xbrp jelas..skrg mc pon sy xdpt.tunggu lg seminggu utk cek up semula dan 6mgu lg utk taw apa isi yg keluar tu..pening sy memikirkan apa yg keluar tu..ada yg brpengalaman mcm yg sy alami skrg

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TANDA-TANDA BERSALIN