Posts

Showing posts from July, 2023

Pengalaman VBAC

 Alhamdulilah. 06-06-2023 selamat melahirkan seorang lagi khalifah Allah. Anak lelaki saya yang ke-4. Muhammad Adwa Wafri. Mama sempat bagi nama ni masa braxton hicks. Perjalanan VBAC tidak semudah yang difikirkan dan tidak sesukar yang disangka. InshaAllah semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu-ibu yang inginkan kelahiran VBAC. Kerana saya sendiri mendapat sokongan yang maksima daripada sahabat-sahabat di sekolah. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik dan sokongan semua terutama Kak Anis yang sentiasa kena kacau tak kira waktu. 02-06-2023 Doctor mohon untuk daftar masuk wad untuk proses induce tepat pada hari due date 03-06-2033. Bukaan masih sama sejak 38w iaitu 2cm. Daftar masuk HTA 10 pagi. Direzekikan wad 8A jam 8 malam. Syukur, malam tu dapat tidur atas katil empuk daripada kerusi besi di wad emergency😂 03-06-2033 Saya dah search every detail about all type of induce. Tapi akhirnya atas saranan doktor pakar, saya diberikan induce belon atau foley bulb. Induce jam