Pengalaman VBAC

 Alhamdulilah.

06-06-2023 selamat melahirkan seorang lagi khalifah Allah. Anak lelaki saya yang ke-4. Muhammad Adwa Wafri. Mama sempat bagi nama ni masa braxton hicks.

Perjalanan VBAC tidak semudah yang difikirkan dan tidak sesukar yang disangka. InshaAllah semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu-ibu yang inginkan kelahiran VBAC. Kerana saya sendiri mendapat sokongan yang maksima daripada sahabat-sahabat di sekolah. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik dan sokongan semua terutama Kak Anis yang sentiasa kena kacau tak kira waktu.


02-06-2023

Doctor mohon untuk daftar masuk wad untuk proses induce tepat pada hari due date 03-06-2033. Bukaan masih sama sejak 38w iaitu 2cm. Daftar masuk HTA 10 pagi. Direzekikan wad 8A jam 8 malam. Syukur, malam tu dapat tidur atas katil empuk daripada kerusi besi di wad emergency😂

03-06-2033

Saya dah search every detail about all type of induce. Tapi akhirnya atas saranan doktor pakar, saya diberikan induce belon atau foley bulb. Induce jam 11 pagi. Masa ni tak ada rasa sakit langsung. Berharap sangat contraction tu datang dan cepatkan proses kelahiran. Alasan foley bulb induction kerana, doctor kata kalau masukkan pitocin, doktor tak boleh control tahap kesakitan saya. Saya sangat reda masa ni. Cuma mampu berdoa foley bulb mampu trigger contraction.

Dari jam 11 pagi, lepas amal doa-doa dari adik ipar, dengan izin Allah jam 2 petang dah rasa contraction tapi skala dia cuma 2-3. Lewat petang tu baru perasan ada tanda. Tapi berbeza kali ni, bukan cecair lendir merah tapi darah ketul-ketul macam kita keguguran tu. Subhanallah takut sangat masa ni. Kepala seorang makhluk overthinking mula fikir macam-macam. Masa ni tak berhenti lagi berjalan keliling wad. Sambil-sambil baca surah, doa dan zikir. *nanti share


04-06-2023

Memandangkan foley bulb tak jatuh sendiri, doktor cabutkan. Masa ni sedih sangat bila doktor cek bukaan hanya 3cm tapi Doktor Savinth Raj memang sangat positif. Masa ni syukur sangat dapat doktor ni sebab apa yang keluar dari mulut dia semua positif dan memberi semangat untuk kita turut jadi positif. So masa ni walaupun hanya 3cm, saya positif dapat bersalin normal. Darah ketul-ketul masih keluar cuma contraction macam chipsmore. Waktu malam tu, banjir jugak mama minta pada Allah tolong hadirkan rasa contraction. Sebab kalau tak ada contraction tak ada bukaan. Nangis.........


05-06-2023 

Harini contraction datang kerap dari tengahari. Tapi masih boleh tahan. 1/10 kadang 1/20 kadang 1/30. So boleh ambil masa untuk tarik nafas. Tapi bila contraction datang, sakit macam nak tercabut pinggang. Terus buat tips yang Siti Jamumall share tu. Goyang-goyang pinggul, inshaAllah kurang sikit rasa sakit.

Lewat petang lepas asar kerap dah contraction 1/10. Masa ni tengah berdiri rakat pertama memang tak boleh duduk. Ya tuhan sakit sangat. Tapi masih boleh senyum-senyum berjalan lepak katil member.

Lepas maghrib, contraction dah dasssaaaat setiap 10 minit dan 5 minit. Masa ni happy sangat dengan harapan bukaan dah banyak. Minta doctor cek jalan, Guess what??????

MASIH 3 CM!!!!

Masa ni sumpah kecewa amat. Rasa helpless. Dah mula tak mampu nak tahan sakit. Mintak suami datang malam-malam buta walaupun tahu tak boleh jumpa. Dapat jumpa dekat luar wad je sekejap. Sakit nak beranak anak dia tapi bapaknya tak dapat teman. Haru sangat. Masa ni seketul Durratul Ain tak mampu nak menitis setitik pun air mata sebab takut kalau nangis nanti tiba-tiba lelah ke, jantung laju ke lagi haru. Mama kena kuat kalau nak normal.

Masa ni berulang alik keluar masuk toilet sebab rasa nak uk uk. Tambahan lagi, sebab bilik share berdua, boleh duduk lama-lama dalam toilet. So the best way untuk kurangkan rasa sakit contraction tu adalah MANDI AIR PANAS. SANGAT MEMBANTU. Rasanya daam 3x jugak mandi sementara masuk LR.

Husband datang jam 10 malam, dia kata "Cakap sakit. Ni elok je jalan". Ni ayat sebijik doktor yang sambut Muhammad Aidil Wafiy. Sakit weh tapi masa tok laki datang segar kejap. Lepas masuk wad, terus sakit balik. XxX#$$##Xxx!!!

Masa ni tok laki request nak stay tapi saya larang bersungguh sebab rasa helpless, dah rasa contraction seharian tapi bukaan tak ada memang kecewa gila. Terus masuk bilik, layan contraction sambil makan kurma. Tak berhenti guna tips Siti Jamumall. 


06-06-2023

Jam 12 malam, sakit dah tak tertanggung. Masa ni dah nekad, nak ubat tahan sakit. Cepat-cepat tekan loceng, nurse datang cepat je. Dia cakap nak ubat tahan sakit kena cek jalan dulu. Masa ni sikit lagi nak menitik air mata. Sumpah tak nak cek jalan sebab kecewa sangat. Tapi nurse tu pujuk slow-slow. Jom la cek jalan dulu ye.

Ambil masa setengah jam nak jalan dari katil ke bilik ctg. Masa ni dah pegang sink. Sakit betul weh. Tiba-tiba ada nurse yang tengah pegang baby cakap "Awak ni macam meneran je". Saya tanya "3CM boleh rasa macam ni ke nurse". "Eh rasanya awak ni dah banyak bukaan".

Masa ni ada rasa geram jugak sebab she kinda put the idea of pushing out the baby. Baru perasan rupanya betul-betul rasa nak meneran, dari tadi tak perasan. 10 minit jugak doctor nak sampai. 

FULLY DILATED!!!!

"Puan, kepit kaki jangan teran"

"Puan, jangan teran! Kita tingkat 8 ni, Labour Room tingkat 4"

"Kalau sayang anak jangan teran lagi puan"

Dalam Labour Room macam masuk maraton berlari 2 orang nurse dari level 8 tolak sepikul mama ni sampai la masuk bilik kosong. Doktor sempat cakap sabar, jangan teran sebab tak fully ready lagi. Tapi doktor dan nurses ni buat kerja laju yang amat.

2x teran.... 

ZUSHHHH!!!! 

Banjir labour room nurse kata sebab ketuban tak pecah lagi sebelum ni. Maka dengan izin Allah lahirlah seketul Muhammad Adwa Wafri dengan berat 3.37 kg. Papa sampai ngam-ngam bila baby dah dibersihkan. Papa bagi Adwa, tapi sumpah masa ni penat sangat. I just told him. I don't want to hold him. I'm too exhausted. Penat macam nak tercabut nyawa dari petang menahan contraction. Allahuakbar.

1.41 lahir baby Adwa. Jam 4 dah masuk wad balik. Nurse semua terkejut sebab cepat sangat proses. Biasalah dia kata dah anak ke-4. Tapi diorang tak tahu betapa seksa menahan sakit sorang-sorang dekat katil.

Sekian, the history of VBAC by Durratul Ain 💓

Gravida 5 Para 4 💓💓💓💓💓

p/s : thanks to all doctors and nurses of HTA.

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TANDA-TANDA BERSALIN