December 31, 2013

Happy New Year, Babe !

Assalamualaikum

Happy New Year to fellow friends!

Semoga tahun 2013 yang berlalu memberi seribu kenangan manis untuk terus dikenang selagi hayat dikandung badan. Dan semoga tahun ini kita semua akan lebih matang dan dewasa dalam mengharungi kehidupan yang mendatang. Paling penting, semoga rahmat Allah masih bersama kita hingga ke syurga.. amin!

I wish I can update a FB status but it might be too long. 2013 brings lots of pahit manis moment to my life. More than I can imagine. It might be too privacy but uh, I don't mind sharing. So I can smile while typing all these things.

 Jan - The year began. I don't remember when and where did I celebrate NY. But this month had been a hectic month ever with my commitment as facilitator and a TESL students. Nothing special happened. Hey, something special did happen !! I met Dato' Dr Shiekh Muszaphar for the second time. Oh God, I can still remember sitting next to him for the second time and being able to snap a picture with him. I have no reason why I like him so much. #astronaut #malaysian

5th January 2013
Reaching the star with DDSMSA


6th January 2013
13th Graduation Day of MSU
Picture taken with Kak Soleha yet that day I met Abg Rain, Kak Wahyu and few other seniors and colleagues. 


Tahun Melawat Malaysia Event with buddies
Azmirul, Alep, Azmeer, Sab, Syegha and me !

Feb - I officially met him as someone special. I knew him before but it's not that serious. Ok, itu kelakar bila ingat. Thanks for the #IM4U event for bringing us closer. #geli
March & April - tak ingat apa2 langsung. Mana boleh tak ingat bila on March lah kali pertama kaki ni melangkah ke Guangzhou,China bersama rakan-rakan Kelab Penyayang MSU. Suka duka dengan Sabrina kat sana. I miss being there. Jalan sampai kaki rasa macam nak patah.
Missing this... and I want to go there one more time
Edited by Sabrina Afandi
May - My birthday!! on 6th, I can still remember how sweet of MWA. Kuar rumah then dia datang dengan bawak kek depan pintu rumah. Huh, masa tu boleh pulak sweet muwet. #melting bila ingat. I'm not into celebrating my birthday since last year. Dah angka dua so... slow sikit bab2 birthday. Rasa tua :'(
June to Sept - Ayu left us. I can still remember how sad I was. She has been part of me in MSU. Mek Kelate. Nasib ada Digi Buddies, sekarang pun dapat sembang dengan dia. In August I was able to once again receive the Dean List Award from Dr NorHisham; Dean of SESS. Thanks Allah for that.


Oct - I completed my semester in MSU. *except for intership on upcoming February. Rasa mcm bebas sangat, sebebas burung yang terbang di udara. No longer a facilitator. I miss being a very busy student yet I think that's all I can contribute. Tapi sekarang, sampai mati pun ain akan rindu jadi fasilitator. Rindu kawan-kawan faci yang dah macam keluarga,
Nov - Things change
Dec - Engagement !! Alhamdulillah :)



Anyway, berpuluh event dah pergi untuk tahun 2013. It was another awesome year. Syukur diri ini masih merasa nikmat dari tuhan yang Esa. Sematkan segala kenangan manis dalam ingatan..,,
Untuk tahun 2014, tak berani nak letak azam. Nak kurus, nak makin tinggi, nak makin comel, nak makin apa.. huhu... apa nak jadi, jadi lah. Yang penting berharap tahun-tahun mendatang, ain akan jadi seorang yang lebih baik. Manusia tiada yang sempurna tapi yang pasti, perubahan ke arah yang lebih baik adalah penting.

Tadi ada semangat nak tulis , sekarang malas sangat. Esok2 la sambung.. nak upload gambar yang tak diupload di facebook. Pape je la, tapi tahun 2013 macam MWA je jadi watak utama dlm hidup iols. Laka-laka.

Sekarang MWA sebok celebrate NY dengan kawan-kawan. Ingat ke dia kat kita? Macam tak je.. huh ! Iols jugak sorang2 dekat rumah. Tak pe2x, dah tak lama nak tamatkan job jd pengganggur terhormat ni.. demmit !!!!




December 28, 2013

Relieve tension at PBB #mama

Assalamualaikum

This evening mama felt very stress and she asked me to drive to PBB. OMG, there were so many people at the beach and mama said "kita je beghehi duk dalam rumoh," *angguk2. Couldn't agree more.

We parked our #vivaforever and took few photos before going to #aiskrimgoreng stall. Too sweet la this time. Lost my appetite! Apa2 pun each time eating aiskrim goreng mesti teringat moment2 dulu dengan Ong YiiYoke.



Sikalang, itu amoi sula ala balak baru. Bukan nak kenalkan kat guwe donk. *isk99x!





Mama looks so sweet with her smile. Selalu kemut je mulut2 suruh senyum. Lately she's being so lemah. Pity her. Ya Allah panjanglah umur mama. amin amin amin amin amin amin.

She took care of me by herself since I was 0 years old. I only have her in this life. Dia la tempat aku meluah rasa sedih, tempat aku kongsi kegembiraan. She's my besties and sekarang. Aku pelan2 berusaha untuk jadi tempat dia bersandar. She needs me the most now.

After my engagement day, mama pernah bagitahu "aku rasa macam baru semalam aku duk mandi mu". *sedihsedih* I'm growing up now. No longer budak hingusan yang yakyak pun tak reti nak basuh. Dah ready nak basuh yakyak anak dah pulak ni. *amboiii ain!!!*

She's the permata berharga dalam hidup aku. Muka tak sama tapi iols bukan anak angkat ok. *lempang hidung sapa cakap iols anak angkat*. Muka ite ni ikut muka bapak kita kat nogori nun. Apo kan dayooooooo.... ^_^

Anyway, I'm glad having mom yang tahu ilmu agama sebab since sekolah rendah aku mesti refer mama kalau ada doubt pasal agama Islam and aku selalu wonder, kalau mak orang tu bukan ustazah atau guru bahasa arab, macam mana dia nak jawab anak dia tanya.. *ni ada dalam fikiran aku masa aku darjah2*. Sekarang dah ada jawapan dah untuk tu, nak tau tanya k... :P

Mama...


December 27, 2013

21.12.13 Our First Step #EngagementDay

Assalamualaikum.

It must be shocking news to my friends and silent readers. That I have officially engaged !! Naa.. its not with my commitment :p its with a real human being with 2 legs, 2 lubang hidung, 2 feet, 2 eyes.

21.12.13

It should have been a cute date with the absence of #3. isk99x  Its owkeyh, its still look good on cake. Wanna see them? Tutup mata dulu
.
.
.
.
.
.
.
.
Haha gambar dalam henpon lagi. Malas nak transfer. Later on ah!=P



That day all my pak ciks and mak ciks came to my house except two pak ciks; Pok Cup and Pok Ta. Need to record this. I'm a teacher what. I have started the preparation weeks ago with my mom. So, tak ada apa sangat pun yang mak ciks pak ciks tolong except memasak ayam percik untuk event tu. Boleh bukak kedai ayam percik diorang ni. Tapi dengar cerita dah surrender #benderaputih. Nasib badan la ye anak2 sedara yang lain. The day sebelum sekadar masak biasa untuk family. Anyway alhamdulillah everything goes well.

**TERIMA KASIH diucapkan pada Pok La yg menyarung cincin untuk MWA, tolong basuh sikit lantai kat luar rumah ni, tolong buat keluar kerusi meja untuk kegunaan keluarga, Udi yg menjadi pengacara majlis, Kak Chik yang tolong beli garam, cili dan kotak tisu. Ipa dan Mina untuk ayam percik & kerutuk, Abu kerana tolong memasak dan terima kasih setinggi2 gunung kinabatangan untuk Kak Yah yang sudi potong daging, buat nasi dagang dengan MOK LONG dan telah men-settlekan timbunan pinggan mangkuk. Tidak lupa pada kawan baik mama dan sepupuku Kak Nor yang sudi datang dari Klang. #mintak maaf ya andai ada yang tertinggal lagi. *peace*

My strong mama is surviving.. *fightingfighting* 

21.12.13

You will see this on the entire post :P Kiddo !  the event went well. Bunch of tenkiu to the awesome and sporting photographer; Mahzan Mohd for all the great pictures *so far* So I credit him a bit. And yes, its under my budget.. ehem2, almaklumlah. Saya ni got no work yet. Nak practical bulan 2 ni lepas tu baru mampu nak cari makan sikit. InshaaAllah. amin. 





A day before, my family member bising2 sebab tak pergi spa. I told them it's not like I'm getting marred. If yes, I would have been to any pengantin spa. Ahha !!! berangan. Sorry for those who asked. We have not yet discuss about the marriage :P Try asking me next year ye.

Pokoknya, I got no one to make me up up to the sky. So the night before like few hours before mid night I text my best friend, Noor Fatihah Salleh (wei, aku hafal lagi no nama hang. Macam masa sekolah2 dulu la) *feeling tingkatan 1 kejap*
Alhamdulillah dah tuhan rezekikan dia datang teman aku di hari gabraku. Masa tu family tunang aku ni cam lambat sikit sebab Angah dia sampai dari Kedah. Jauh tu. So aku chill je la sembang2 dengan Mak si Damia ni dalam bilik. And when I saw they arrived. Jantung macam dah terjun ikut tingkap. Seriau beb rasa dia. Pastu mula la nak melompat atas katil la. Nak hilangkan rasa cuak je. Tapi Allah tu sentiasa faham kita. Sebab dia tahu keadaan kita, dia hantar sorang kawan baik kita.

Eh lupa pulak, motif kita nak bagitahu Fatihah yang make up kita haritu. Sebab tu ramai orang cakap kita santek. Bukan perasaan la.. kita tau kita tak santek, tapi kita nak puji Fatihah je. And would like to thank her. So kita credit dia sikit dekat sini.


Kalau tak dop mung , Ah ! isk99x *nangis leleh ingus* hahahahahaha 

Si Fatihah Salleh ni bukan main sembang itu ini dengan I. Topik adalah secret. I was sitting on the chair listening to her but spiritually absence. Telinga ni duk dengar apa orang luar berucap. Allah, masa berdoa tu rasa macam2. Ok, baru tunang ok. Tunang. Kalau kahwin macam manalah. Stop! Takuuuuttt~ Anyway, Hisyam baca doa memang awesome. No wonder he refused to devote himself with the Architecture thinggy. Proceed what you deserve best bro. Moga Allah merahmati kami.

Going out... ditemani mak ciks Iols.

Nak tahu rasa dia macam mana? Allah.. hati mampu istighfar je sebelum mak ciks masuk, lepas tu blank kejap yang penting jalan tak mau sangkut apa2 no. Da la kain masa tu ala2 princess.. Malu Iols.

Dan pap.. boleh pulak tunang Iols tu duk terselit tepi pelamin. Macam tak da tempat lain. Tak pe jadikan je bahan untuk masa depan :P Ada modal sikit. And thanks to Abil n QAIL for coming.

Ada apa2 yang Iols lupa nak bagitahu ke? Tak apalah Iols dah lenguh2 ni sakit kena ambil darah so Iols nak benti kat sini dulu. Shall see you next time. Kalau rajin Iols update pasal apa2 je including baju.. *kalau rajin la kan* sorry peeps ! Anyway anyhow, keep the du'a for me. And thanks for doing that each time you remember me. Semoga Allah membalas jasa muslimin muslimat yang berbuat kebaikan... amin

Sekian, terima kasih kepada mereka yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung.


p/s : maaf kene attack sebab kurang berterima kasih.. dusssshhh !!!

December 11, 2013

La Tubqi Ya Qalb.

Aku berjalan-jalan di Pantai Batu Burok. Ombak tidak kelihatan dilindungi tembok yang gak berdiri. Bunyi ombak mengejutkan aku yang sendirian. Setiap bunyi itu pasti akan membuat aku berpaling penuh bimbang.. seolah-olah ada seseorang yang datang untuk menerkam aku.

Aku sendirian. Cuba menghapus air mata yang telah memberi seribu kesakitan pada setiap anggotaku. Bahkan mataku kian membengkak. Kian sakit. Sakit umpama ditumbuk. Impak tangisankah?

Di sana sini dapat aku lipat mereka merempit. Sangat meresahkan aku yang sendirian. Aku hadir untuk mencari ketenangan. Dalam solatku dan kini alam ciptaan Illahi mampu membuat aku terasa sangat tenang. dan tangisan itu akhirnya tamat di situ.

Aku bimbang dan takut pada mereka yang hatinya tidak aku ketahui. Aku bingung. Perasaan ini hampir sama dengan apa yang aku rasa 2 tahun dulu. Aku pernah jatuh sejatuh-jatuhnya. Aku pernah hilang keyakinan diri. Seolah-olah tiada apa yang mampu menyelamatkan aku. Waktu itu, hanya sejadah yang menjadi tempat untuk aku semadikan titisan air mataku. Pun begitu, aku sentiasa bersyukur kerana Iman aku tetap bersamaku. Syukur kewarasan masih menemani diri ini. Berkat doa dan didikan mama.

Ujian demi ujian Allah berikan agar aku semakin rapat dengannya. Aku akui Imanku terkadang naik, terkadang turun. Tatkala ia turun pasti Allah akan menguji aku dengan sesuatu.

Dua tahun dulu, saat aku jatuh rupanya Allah ada hadiah yang terlalu istimewa untuk aku. Iaitu mengenali ukhti2 pmi ku. Sahabat yang mampu membawaku ke jalan yang diredhai Allah yang sentiasa berpesan dan tulus menasihati bimbang aku tersilap langkah. Itulah sahabat.
Aku insan yang berdosa. Aku lemah. Bumi Allah sangat indah tapi kenapa masih ada manusia yang berhati kejam.