La Tubqi Ya Qalb.

Aku berjalan-jalan di Pantai Batu Burok. Ombak tidak kelihatan dilindungi tembok yang gak berdiri. Bunyi ombak mengejutkan aku yang sendirian. Setiap bunyi itu pasti akan membuat aku berpaling penuh bimbang.. seolah-olah ada seseorang yang datang untuk menerkam aku.

Aku sendirian. Cuba menghapus air mata yang telah memberi seribu kesakitan pada setiap anggotaku. Bahkan mataku kian membengkak. Kian sakit. Sakit umpama ditumbuk. Impak tangisankah?

Di sana sini dapat aku lipat mereka merempit. Sangat meresahkan aku yang sendirian. Aku hadir untuk mencari ketenangan. Dalam solatku dan kini alam ciptaan Illahi mampu membuat aku terasa sangat tenang. dan tangisan itu akhirnya tamat di situ.

Aku bimbang dan takut pada mereka yang hatinya tidak aku ketahui. Aku bingung. Perasaan ini hampir sama dengan apa yang aku rasa 2 tahun dulu. Aku pernah jatuh sejatuh-jatuhnya. Aku pernah hilang keyakinan diri. Seolah-olah tiada apa yang mampu menyelamatkan aku. Waktu itu, hanya sejadah yang menjadi tempat untuk aku semadikan titisan air mataku. Pun begitu, aku sentiasa bersyukur kerana Iman aku tetap bersamaku. Syukur kewarasan masih menemani diri ini. Berkat doa dan didikan mama.

Ujian demi ujian Allah berikan agar aku semakin rapat dengannya. Aku akui Imanku terkadang naik, terkadang turun. Tatkala ia turun pasti Allah akan menguji aku dengan sesuatu.

Dua tahun dulu, saat aku jatuh rupanya Allah ada hadiah yang terlalu istimewa untuk aku. Iaitu mengenali ukhti2 pmi ku. Sahabat yang mampu membawaku ke jalan yang diredhai Allah yang sentiasa berpesan dan tulus menasihati bimbang aku tersilap langkah. Itulah sahabat.
Aku insan yang berdosa. Aku lemah. Bumi Allah sangat indah tapi kenapa masih ada manusia yang berhati kejam.

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TANDA-TANDA BERSALIN