December 31, 2013

Happy New Year, Babe !

Assalamualaikum

Happy New Year to fellow friends!

Semoga tahun 2013 yang berlalu memberi seribu kenangan manis untuk terus dikenang selagi hayat dikandung badan. Dan semoga tahun ini kita semua akan lebih matang dan dewasa dalam mengharungi kehidupan yang mendatang. Paling penting, semoga rahmat Allah masih bersama kita hingga ke syurga.. amin!

I wish I can update a FB status but it might be too long. 2013 brings lots of pahit manis moment to my life. More than I can imagine. It might be too privacy but uh, I don't mind sharing. So I can smile while typing all these things.

 Jan - The year began. I don't remember when and where did I celebrate NY. But this month had been a hectic month ever with my commitment as facilitator and a TESL students. Nothing special happened. Hey, something special did happen !! I met Dato' Dr Shiekh Muszaphar for the second time. Oh God, I can still remember sitting next to him for the second time and being able to snap a picture with him. I have no reason why I like him so much. #astronaut #malaysian

5th January 2013
Reaching the star with DDSMSA


6th January 2013
13th Graduation Day of MSU
Picture taken with Kak Soleha yet that day I met Abg Rain, Kak Wahyu and few other seniors and colleagues. 


Tahun Melawat Malaysia Event with buddies
Azmirul, Alep, Azmeer, Sab, Syegha and me !

Feb - I officially met him as someone special. I knew him before but it's not that serious. Ok, itu kelakar bila ingat. Thanks for the #IM4U event for bringing us closer. #geli
March & April - tak ingat apa2 langsung. Mana boleh tak ingat bila on March lah kali pertama kaki ni melangkah ke Guangzhou,China bersama rakan-rakan Kelab Penyayang MSU. Suka duka dengan Sabrina kat sana. I miss being there. Jalan sampai kaki rasa macam nak patah.
Missing this... and I want to go there one more time
Edited by Sabrina Afandi
May - My birthday!! on 6th, I can still remember how sweet of MWA. Kuar rumah then dia datang dengan bawak kek depan pintu rumah. Huh, masa tu boleh pulak sweet muwet. #melting bila ingat. I'm not into celebrating my birthday since last year. Dah angka dua so... slow sikit bab2 birthday. Rasa tua :'(
June to Sept - Ayu left us. I can still remember how sad I was. She has been part of me in MSU. Mek Kelate. Nasib ada Digi Buddies, sekarang pun dapat sembang dengan dia. In August I was able to once again receive the Dean List Award from Dr NorHisham; Dean of SESS. Thanks Allah for that.


Oct - I completed my semester in MSU. *except for intership on upcoming February. Rasa mcm bebas sangat, sebebas burung yang terbang di udara. No longer a facilitator. I miss being a very busy student yet I think that's all I can contribute. Tapi sekarang, sampai mati pun ain akan rindu jadi fasilitator. Rindu kawan-kawan faci yang dah macam keluarga,
Nov - Things change
Dec - Engagement !! Alhamdulillah :)



Anyway, berpuluh event dah pergi untuk tahun 2013. It was another awesome year. Syukur diri ini masih merasa nikmat dari tuhan yang Esa. Sematkan segala kenangan manis dalam ingatan..,,
Untuk tahun 2014, tak berani nak letak azam. Nak kurus, nak makin tinggi, nak makin comel, nak makin apa.. huhu... apa nak jadi, jadi lah. Yang penting berharap tahun-tahun mendatang, ain akan jadi seorang yang lebih baik. Manusia tiada yang sempurna tapi yang pasti, perubahan ke arah yang lebih baik adalah penting.

Tadi ada semangat nak tulis , sekarang malas sangat. Esok2 la sambung.. nak upload gambar yang tak diupload di facebook. Pape je la, tapi tahun 2013 macam MWA je jadi watak utama dlm hidup iols. Laka-laka.

Sekarang MWA sebok celebrate NY dengan kawan-kawan. Ingat ke dia kat kita? Macam tak je.. huh ! Iols jugak sorang2 dekat rumah. Tak pe2x, dah tak lama nak tamatkan job jd pengganggur terhormat ni.. demmit !!!!




December 28, 2013

Relieve tension at PBB #mama

Assalamualaikum

This evening mama felt very stress and she asked me to drive to PBB. OMG, there were so many people at the beach and mama said "kita je beghehi duk dalam rumoh," *angguk2. Couldn't agree more.

We parked our #vivaforever and took few photos before going to #aiskrimgoreng stall. Too sweet la this time. Lost my appetite! Apa2 pun each time eating aiskrim goreng mesti teringat moment2 dulu dengan Ong YiiYoke.



Sikalang, itu amoi sula ala balak baru. Bukan nak kenalkan kat guwe donk. *isk99x!





Mama looks so sweet with her smile. Selalu kemut je mulut2 suruh senyum. Lately she's being so lemah. Pity her. Ya Allah panjanglah umur mama. amin amin amin amin amin amin.

She took care of me by herself since I was 0 years old. I only have her in this life. Dia la tempat aku meluah rasa sedih, tempat aku kongsi kegembiraan. She's my besties and sekarang. Aku pelan2 berusaha untuk jadi tempat dia bersandar. She needs me the most now.

After my engagement day, mama pernah bagitahu "aku rasa macam baru semalam aku duk mandi mu". *sedihsedih* I'm growing up now. No longer budak hingusan yang yakyak pun tak reti nak basuh. Dah ready nak basuh yakyak anak dah pulak ni. *amboiii ain!!!*

She's the permata berharga dalam hidup aku. Muka tak sama tapi iols bukan anak angkat ok. *lempang hidung sapa cakap iols anak angkat*. Muka ite ni ikut muka bapak kita kat nogori nun. Apo kan dayooooooo.... ^_^

Anyway, I'm glad having mom yang tahu ilmu agama sebab since sekolah rendah aku mesti refer mama kalau ada doubt pasal agama Islam and aku selalu wonder, kalau mak orang tu bukan ustazah atau guru bahasa arab, macam mana dia nak jawab anak dia tanya.. *ni ada dalam fikiran aku masa aku darjah2*. Sekarang dah ada jawapan dah untuk tu, nak tau tanya k... :P

Mama...


December 27, 2013

21.12.13 Our First Step #EngagementDay

Assalamualaikum.

It must be shocking news to my friends and silent readers. That I have officially engaged !! Naa.. its not with my commitment :p its with a real human being with 2 legs, 2 lubang hidung, 2 feet, 2 eyes.

21.12.13

It should have been a cute date with the absence of #3. isk99x  Its owkeyh, its still look good on cake. Wanna see them? Tutup mata dulu
.
.
.
.
.
.
.
.
Haha gambar dalam henpon lagi. Malas nak transfer. Later on ah!=P



That day all my pak ciks and mak ciks came to my house except two pak ciks; Pok Cup and Pok Ta. Need to record this. I'm a teacher what. I have started the preparation weeks ago with my mom. So, tak ada apa sangat pun yang mak ciks pak ciks tolong except memasak ayam percik untuk event tu. Boleh bukak kedai ayam percik diorang ni. Tapi dengar cerita dah surrender #benderaputih. Nasib badan la ye anak2 sedara yang lain. The day sebelum sekadar masak biasa untuk family. Anyway alhamdulillah everything goes well.

**TERIMA KASIH diucapkan pada Pok La yg menyarung cincin untuk MWA, tolong basuh sikit lantai kat luar rumah ni, tolong buat keluar kerusi meja untuk kegunaan keluarga, Udi yg menjadi pengacara majlis, Kak Chik yang tolong beli garam, cili dan kotak tisu. Ipa dan Mina untuk ayam percik & kerutuk, Abu kerana tolong memasak dan terima kasih setinggi2 gunung kinabatangan untuk Kak Yah yang sudi potong daging, buat nasi dagang dengan MOK LONG dan telah men-settlekan timbunan pinggan mangkuk. Tidak lupa pada kawan baik mama dan sepupuku Kak Nor yang sudi datang dari Klang. #mintak maaf ya andai ada yang tertinggal lagi. *peace*

My strong mama is surviving.. *fightingfighting* 

21.12.13

You will see this on the entire post :P Kiddo !  the event went well. Bunch of tenkiu to the awesome and sporting photographer; Mahzan Mohd for all the great pictures *so far* So I credit him a bit. And yes, its under my budget.. ehem2, almaklumlah. Saya ni got no work yet. Nak practical bulan 2 ni lepas tu baru mampu nak cari makan sikit. InshaaAllah. amin. 





A day before, my family member bising2 sebab tak pergi spa. I told them it's not like I'm getting marred. If yes, I would have been to any pengantin spa. Ahha !!! berangan. Sorry for those who asked. We have not yet discuss about the marriage :P Try asking me next year ye.

Pokoknya, I got no one to make me up up to the sky. So the night before like few hours before mid night I text my best friend, Noor Fatihah Salleh (wei, aku hafal lagi no nama hang. Macam masa sekolah2 dulu la) *feeling tingkatan 1 kejap*
Alhamdulillah dah tuhan rezekikan dia datang teman aku di hari gabraku. Masa tu family tunang aku ni cam lambat sikit sebab Angah dia sampai dari Kedah. Jauh tu. So aku chill je la sembang2 dengan Mak si Damia ni dalam bilik. And when I saw they arrived. Jantung macam dah terjun ikut tingkap. Seriau beb rasa dia. Pastu mula la nak melompat atas katil la. Nak hilangkan rasa cuak je. Tapi Allah tu sentiasa faham kita. Sebab dia tahu keadaan kita, dia hantar sorang kawan baik kita.

Eh lupa pulak, motif kita nak bagitahu Fatihah yang make up kita haritu. Sebab tu ramai orang cakap kita santek. Bukan perasaan la.. kita tau kita tak santek, tapi kita nak puji Fatihah je. And would like to thank her. So kita credit dia sikit dekat sini.


Kalau tak dop mung , Ah ! isk99x *nangis leleh ingus* hahahahahaha 

Si Fatihah Salleh ni bukan main sembang itu ini dengan I. Topik adalah secret. I was sitting on the chair listening to her but spiritually absence. Telinga ni duk dengar apa orang luar berucap. Allah, masa berdoa tu rasa macam2. Ok, baru tunang ok. Tunang. Kalau kahwin macam manalah. Stop! Takuuuuttt~ Anyway, Hisyam baca doa memang awesome. No wonder he refused to devote himself with the Architecture thinggy. Proceed what you deserve best bro. Moga Allah merahmati kami.

Going out... ditemani mak ciks Iols.

Nak tahu rasa dia macam mana? Allah.. hati mampu istighfar je sebelum mak ciks masuk, lepas tu blank kejap yang penting jalan tak mau sangkut apa2 no. Da la kain masa tu ala2 princess.. Malu Iols.

Dan pap.. boleh pulak tunang Iols tu duk terselit tepi pelamin. Macam tak da tempat lain. Tak pe jadikan je bahan untuk masa depan :P Ada modal sikit. And thanks to Abil n QAIL for coming.

Ada apa2 yang Iols lupa nak bagitahu ke? Tak apalah Iols dah lenguh2 ni sakit kena ambil darah so Iols nak benti kat sini dulu. Shall see you next time. Kalau rajin Iols update pasal apa2 je including baju.. *kalau rajin la kan* sorry peeps ! Anyway anyhow, keep the du'a for me. And thanks for doing that each time you remember me. Semoga Allah membalas jasa muslimin muslimat yang berbuat kebaikan... amin

Sekian, terima kasih kepada mereka yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung.


p/s : maaf kene attack sebab kurang berterima kasih.. dusssshhh !!!

December 11, 2013

La Tubqi Ya Qalb.

Aku berjalan-jalan di Pantai Batu Burok. Ombak tidak kelihatan dilindungi tembok yang gak berdiri. Bunyi ombak mengejutkan aku yang sendirian. Setiap bunyi itu pasti akan membuat aku berpaling penuh bimbang.. seolah-olah ada seseorang yang datang untuk menerkam aku.

Aku sendirian. Cuba menghapus air mata yang telah memberi seribu kesakitan pada setiap anggotaku. Bahkan mataku kian membengkak. Kian sakit. Sakit umpama ditumbuk. Impak tangisankah?

Di sana sini dapat aku lipat mereka merempit. Sangat meresahkan aku yang sendirian. Aku hadir untuk mencari ketenangan. Dalam solatku dan kini alam ciptaan Illahi mampu membuat aku terasa sangat tenang. dan tangisan itu akhirnya tamat di situ.

Aku bimbang dan takut pada mereka yang hatinya tidak aku ketahui. Aku bingung. Perasaan ini hampir sama dengan apa yang aku rasa 2 tahun dulu. Aku pernah jatuh sejatuh-jatuhnya. Aku pernah hilang keyakinan diri. Seolah-olah tiada apa yang mampu menyelamatkan aku. Waktu itu, hanya sejadah yang menjadi tempat untuk aku semadikan titisan air mataku. Pun begitu, aku sentiasa bersyukur kerana Iman aku tetap bersamaku. Syukur kewarasan masih menemani diri ini. Berkat doa dan didikan mama.

Ujian demi ujian Allah berikan agar aku semakin rapat dengannya. Aku akui Imanku terkadang naik, terkadang turun. Tatkala ia turun pasti Allah akan menguji aku dengan sesuatu.

Dua tahun dulu, saat aku jatuh rupanya Allah ada hadiah yang terlalu istimewa untuk aku. Iaitu mengenali ukhti2 pmi ku. Sahabat yang mampu membawaku ke jalan yang diredhai Allah yang sentiasa berpesan dan tulus menasihati bimbang aku tersilap langkah. Itulah sahabat.
Aku insan yang berdosa. Aku lemah. Bumi Allah sangat indah tapi kenapa masih ada manusia yang berhati kejam.

November 20, 2013

The thing that changed.

Assalamualaikum..

I would like to tell ya that...I am so bored staying at home doing nothing !!
I am suppose to find a part time job but guess what? Something is about to happen and I should just concentrate on that thing

Things to share...

First !
I am so afraid to even think that I'll be going for intership next year.
Second !
2014 gonna be a BIG YEAR for me... inshaAllah.
Third !
I can't wait to graduate and knowing the fact that someone should be there on my big day ;-) (Uh, why am I so sweet talker)
Forth !
Am I ready?
Fifth !
Career?
Sixth !
Why do I need to change.. and how will I change myself. I've put a stop to my really bad behaviour which is getting angry easily. I need to learn to become a positive person. For future. But, at some point it caused me tears. I feel like something is hidden. Ah, entahlah. But I'm happy to make others happy.

That's all. Muahx!

November 7, 2013

That Exact Moment.


I stalked my own FB last night and I found this picture. Guess what. It was taken on Sept 2012. A year ago ! And for no reason. I am saying that........ this is special. 

We never know someone whom we don't even recognize his/her absence yet..... they becomes the best part of us.

I was the OC and it reminds me the good time I had with my facilitators. It's upset to make a full stop for the FACILITATOR. Yet I am grateful to Allah for giving me someone whom I can rely the most.

This picture somehow.. shows that kadang-kadang orang yang kita cari tu sebenarnya ada je dekat dengan kita cuma lambat atau cepat kita sedar. 

Anyway,

MWA....He is my brother, my best friend, my punch bag, and adorable pak cik.


nota kaki : jambu air betul gambar. Masa ni kompem pangai masing2 boleh buat gaduh. hihihi99x. Anyway, I love seeing that person in this picha. Make me smile =)





September 28, 2013

Balik rumah macam pencuri.

Assalamualaikum !!!!

I'm home in Terengganu =)

Btw, sekadar coretan peribadi untuk menceritakan pengalaman balik rumah yang sadis ever. Pengalaman after another to show that I'm growing up after all.

Macam biasa MWA hantar sampai ke "airport" seksyen 17. Lepas tu, sanggup berlari anak keluar bas mintak dia belikan topup since kredit dua-dua hp dah 'kiok'. Entah kenapalah bagus azab sangat naik bas tu, sampai sakit pinggang-pinggang. Mungkin bas tu dibawak laju sangat. Rasa macam naik kuda.

Masa sampai kat MBKT, macam biasa la turun dengan penuh gaya. Say no to all taxi drivers. "Tak apa" "Oh, tak nak" "Terima kasih" "ehem, tak nak" "tak pe lah".

Berlagak sikit.

Dengan kredit yang tak banyak, telefon mama untuk beberapa kali lepas tu, ada la orang yang jawab "Maaf, kredit anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan ini. Sila........" #damn !

Nasib baik ada sorang sahabat yang tak dikenali yang sudi jagakan beg. Lepas tu, berlari macam halilitar ke 7-11 nak beli topup, ye la kedai celah mana yang bukak waktu2 macam tu.

"Topup tak dok"
"Tak dok?"
"Tak da"

Bengong. Ingat aku tak pandai cakap Terengganu ke. Terkejut ok! Sebab aku rasa yang korang ni malas sebenarnya. Lepas tu pergi balik kat beg and dengan muka tebal mintak nak pinjam hp dengan sahabat tadi. Iphone 5 kau ! Semoga Allah memberkati awak yang saya memang tak sempat nak kenal.

Tapi mama tak jawab jugak. Ok, hangin. Terus pergi dekat teksi dan mintak dia hantar dekat depan Hotel Grand (land mark). 

CERITA TAK HABIS DI SITU!!!!!

Lepas tu, hogeh2 rentap2 pagar untuk 10 minit and tak ada orang jawab. Tu tak termasuk terpekik terlolong. Malu kat jiran aih. Tapi nak buat macam mana. Dah la gelap, dah la selalu ramai penagih dadah. Buatnya kena apa menda. NAUZUBILLAH. Terus letak beg semua kat lua (tawakal je kalau orang nak rembat masa tu). Terus panjat pagar, macam pencuri yang penuh style. Nasib baik tak tertusuk duri pagar tu kat perut. Kita ni nak panjat pagar tesco kat MSU pun tak pernah tau (ok pernah sekali, tu pun ada orang tolong). 

Lepas tu, ketuk pintu macam nak pecah. Mama dengan muka bersalah and tercakap sebab asyik sembang dengan mak cik semalam tu yang pagi tu tak terjaga, dan handphone canggih beliau ada kat bawah. Aku terus bukak gate amek barang dan sebab dah nak marah sangat, terus pergi mandi. 

Barulah lega, terus hilang rasa nak marah and rasa macam kelakar.

Itu saja pengalaman kali ni. 

LOL.

September 10, 2013

Sacrifaction for 24 hand-made hampers.

Assalamualaikum.

Nothing much to say, just feel like updating my beauty talaga blog and I got a story to be kept in this diary of mine.

First time being in charge to make 24 hampers. Sebelum ni selalu tolong orang lain je. It's not that easy to buy lots of things for 24 hampers using very limited budgets. Thanks to MWA for taking me to NSK, Klang. Things there are cheaper where I bought all the stuffs needed yet still remains under budget. But, no one seems to say thanks and still saying " I can buy cheaper ". Go ahead dude!

Things did not stop there. Thanks to my besties; Kak Effa and Aina for helping me. I did not hope much from anyone. Just give me a break from all the complaints. Its not a sweet moments to carry everything from home and no one knows bout that. And yes! saying everything is a crap!

Ok.. what am I saying.

Just wanna thanks to MWA for all the hard work. *kenyit mata sket*



August 25, 2013

We ARE The Girls. 10 of Us. We ARE Friends. Past Present Future.

Assalamualaikum and big Hi to all

Nothing much to say.

Cuma nak pahatkan wajah-wajah kesayangan hamba di blog ini. Untuk dijadikan kenangan yang akan dibawa di masa hadapan.

Deyla. Nick. Zira. Mastow. Aten. Yan. Aimi. Pipox. Bie. Ain.

Ada 10 antara kami. Satu geng? Yes *angguk-angguk sampai pening*. Dulu masa sekolah SMK Bandar yang sekarang dah jadi SMK Dato' Razali Ismail, kami selalu lepak sama-sama lepas kelas. Habis je kelas, terus pegi solat Zohor then menapak ke kedai Cek Ani *kalau tak salah betul la nama ni*. Kedai tu murah sangat. Tak sampai RM2 dah cukup nak survive sampai ke petang. Lepas tu menapak ke kelas dan sembang itu. Gosip ini. Kalah Kiah Propa. Tapi seronok.

Tak sangka. Kekal jugak 10 orang ini, walaupun payah betul nak kumpul sekali. Cukup whatsapp sebagai pengikat silaturrahim. Alhamdulillah.

Dulu pernah cakap dekat Deyla dan Pipox (kalau tak salah). Pernah buat janji untuk jumpa sekali ramai-ramai 10 tahun dari sekarang dan tengok apa akan jadi dengan kita semua waktu tu. Diam tak diam, dah LIMA tahun berlalu. And we are still studying walaupun Yan dah ada kerja sekarang. Jelous betul dengan orang yang dapat kumpul duit sendiri ni -_-" 

Another 5 years to go. I'll pray the best for each and everyone of us. 

Friends till Jannah.

Jangan jadikan jarak penghalang kepada persahabatan yang sangat awesome ini.


Deyla and Nick.
Thanks for Beraya at my house and give the semangat for me to start Beraya too.
Lots of loves to both of you.


Yan and Bie.
At this time, we were at Yan's house for rumah terbuka.
Pictures here and there.
Jumpa jugak rakan-rakan sekelas lelaki yang lain walau tak rapat.
Cukup sekadar bersua muka kowt.


Aimi.
Among all I miss her so much since this is the first time I saw her after 5 years.
Dialah paling cantik dulu, kini dan selamanya.
Kahwin dulu kot ni.

Maaf yang lain tak ada gambar sebab tak berkesempatan jumpa raya ni. Tunggu Eid Mubarak akan datang ye. Aku akan jelajah sorang demi sorang. I will. InshaAllah. LOT OF LOVES.


August 24, 2013

Exposure to Wild Paradise of Zoo Negara 2013




Assalamualaikum and Hi friends.

Minggu lepas, sahabat-sahabat MSU bersama Kelab Penyanyang telah mengadakan program (rujuk title) <-- mcm surat rasmi plak!


It has been few times I came to Zoo Negara but this is the first time that I have the chance to get to know how all the animals are taken care. As for me and my team were given a task to work with SHOW SESSION, words can express my excitement! I always watch the Animal show event when I went to Guangzhou, China. I get to know how they actually works. The staffs and the animals. As they were five of us, so the tasks are given separately to each of us and I got the chance to clean the cages with all the don't-know-how-to-describe-animal :) One thing for sure is that, these animals are not tame.




Mula-mula masuk bersih kandang, rasa macam nak tercabut jantung tengok semua haiwan berbulu. SAYA TAKUT KUCING walaupun kekadang kucing takut ngan saya. Soalan pertama yang saya tanya kakak Dewi tu " Kucing ada tak kat dalam ni? " Ok, mungkin aku lupa sekarang event Exposure to Wild Paradise bukan Exposure to Cat Paradise. Tapi same la tahu, kot-kot ada kucing terlepas. Tak naya aku kat situ? -_-.

Kitaorang tak brunch sebab sakan bekerja. Tu menyebabkan perut saya masuk angin dan terus pening dan tak dapat buat shift petang. Bukan sengaja pun. Tapi terima kasih untuk Kakak Sabun sebab ajak saya ronda-ronda zoo negara. Untuk beberapa jam, kaki dan kepala sangat memberikan kerjasama sebelum akhirnya terlentok di Fast Food Restaurant dan Bangku menunggu.

Kesimpulannya, tahniah untuk Wan Nur Aina Mardhia sebab dah berjaya teruskan program ni walaupun banyak halangan. bravo bravo bravo bebeh! 

Takziah untuk Ayah Musa yang terpaksa terima lebih kurang 16 jahitan sebab tangan beliau dicakar Cheetah.

Semoga berjaya untuk Sabrina Afandi untuk cuka epal kita walau I tak mulakan lagi misi tu.

Beberapa keping gambar dan terima kasih untuk Azmeer aka Chipsmore sebab kongsi gambar-gambar ni :)

August 5, 2013

"RaMadHAn WitH tHe PersOn v3Ry MeaNingFull A&W"

Ramadhan hendak melabuhkan tirainya..terasa sedih sangat kerana pemergian ramadhan tanpa awak tiada disisi :(..genap 7 bulan perkenalan kita...bagi saya sudah 8 bulan :p... i always wait 4 u " D.A.H <3 M.W.A "    


Mengenalmu adalah suatu anugerah
  Menyakitimu adalah suatu perkara yg xdpt ak lakukan
   Mendampingi hidupmu adalah suatu kebahagiaan &
    Meninggalkanmu adalah suatu kebodohan 


August 1, 2013

Ihya Ramadhan with Facilitators, Clubs and Dato' President of MSU.

Assalamualaikum.

It might be late but previous week we had an event with Dato' President and I am so proud of my University for being able to held such enjoyable event. <-- mengampu much ?


Event ni dah naikkan sikit la nama University saya ni. Boleh tengok video di bawah ok! Walaupun tak ramai wakil facilitator yang hadir macam event-event lepas tapi kemeriahan tu tetap ada. Tengok muka Fawrid (last picture) pun dah cukup menggambarkan kemeriahan tu kan. At the end of this event, wakil facilitator ada bagi hadiah birthday utk Dato' Wira :) Mungkin tak terlambat untuk cakap....

HAPPY BELATED BIRTHDAY DATO' !!!!

Anyway, banyak jugak kelab yang hadir haritu. Cukup meriah... tak boleh komen lebih2 nanti tersasul. #chow


p/s : have fun.. btw, I've changed the banner and the song.. loike it or not ? :)

June 26, 2013

Entri ini tidak bertajuk.

Assalamualaikum.


Persinggahan ? Allahu.. fikir balik dan fikir kenapa

Pesanan seorang sahabat, tiada manusia yang sempurna di dunia begitu juga dengan pasangan kita. Jika ada permasalahan mungkin boleh diselesaikan dengan sebaiknya daripada mengambil jalan mudah. Ingat manusia tak lepas daripada kesilapan, tapi atas mereka sendiri untuk bebas daripada kesilapan itu atau sebaliknya.

Nobody is perfect and I am nobody... ihikihik..
Just don't be a knife to my heart.. ^^v

Innalillah.

Assalamualaikum..

Dua minggu lepas pada hari Jumaat, keluarga Haji Mahmood kehilangan seorang menantu lelaki; arwah Pak Cik Nazir yang telah pergi menghadap Illahi.

Banyak yang nak ditulis tapi demi menjaga hati semua.. cukuplah sekadar itu. Semoga kenangan manis bersama akan terus diabadikan.. InshaAllah segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga Kak Nor's family tabah menghadapi hari-hari mendatang.

Minggu lepas pula, pak cik di Besut menghidap kencing manis dan terpaksa potong jari kaki beliau. Allahu. Allah duga hambanya yang kuat.

Mama pun kuat sebab dia tak penat kehulur-kehilir. Dari Kemaman > K.Trg > Kemaman > K.Trg :) Tinggal Shah Alam je mama belum ziarah tahun ni. Mama kata dia yang tua kena jaga adik-adik yang sakit.. dah terbalik katanya :P Mama kuat macam Iron Mama!

Allah, janganlah jadi apa2 kat mama.. give strength to my family!



May 17, 2013

Selamat Hari Cikgu !

Assalamualaikum.

Selamat Hari Cikgu buat semua guru-guru/pensyarah-pensyarah yang pernah berbakti di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman (1998-2003) , Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek (2004-2006) , Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Razali Ismail (2007/2008), UiTM Kuantan (2009/2010), UiTM Bandaraya Melaka (2010) dan Management and Science University (2010-present). *sejarah pulak*

Kata Zizan Razak " Bakpe maroh cikgu, cikgu ni ibarat liling ". Tau liling ? yg bakaq diri sendighi sbb nak bui cahaya kat orang lain. Bagi saya sendiri, educators are the most noble job in this world.

My mother is an educator and same goes to my late grandfather. Thou we choose different area, but still we share the same thought.

-Facebook status-
Ini adik adik sek keb seri ketereh. Masuk kelas hari pertama, cikgu terus nak mengajar menyanyi lagu bhs inggeris. Besar cita cita cikgu. Adik adik kata, “cikgu, kami tak pandai bahasa inggeris. Lagu bm lah”. 
“lagu bm dah selalu, kita cuba lagu bi pulak, boleh?” .. tapi adik adik sgt bagus.ikut saje. Cikgu taw adik tak faham, tapi adik tetap ikut. 
Adik adik nak tahu, cita cita cikgu bukan nak jadi guru pada mulanya, tapi bila tgk muka adik adik, kesungguhan adik adik, cikgu rasa cikgu tahu apa yang cikgu mahu


My friend's status touched me.. InshaaAllah, towards a better nation fillah 


Kenangan bersama anak-anak di taska ROSSA, K.Trg!

                           




April 25, 2013

Hidup itu Indah :*

Assalamualaikum..

See... blog updated pepagi buta !

Sekadar memori untuk di kenang pada tahun-tahun mendatang :)

I just woke up from my beauty talaga sleep when I'm supposed to complete my Microteaching research yet I'm here updating my blog after several time edit - delete - edit - delete my FB status ! I really need to express something but then I think.. It's better I write it here <3 Right now, my new room mate is sleeping soundly in the living room and few hours ago I had a very pleasant conversation with Kak Na..

Kebelakangan ni byk kongsi masalah cerita hidup dengan Kak Na sebab sekarang kepercayaan saya........ *error* error* .. hurm .. herm... :) percaya pada naluri dan pemerhatian saya.

Apa yang sebenarnya sy nak luahkan cuma ni je :

Kawan yang saya sayang,

Sayang saya ni pada awak sampai saya sanggup tutup mata dengan perbuatan awak dan saya simpan rasa kepercayaan yang sebenarnya dah kosong untuk awak. Saya harap suatu hari nanti , awak akan panggil saya dan cakap yang awak menyesal dengan apa yang awak buat selama ni. Awak selalu nasihatkan orang lain dan saya harap panjangkan kebergantungan awak kepada Allah. Awak sekarang dah jadi orang lain. Saya nampak tu. Awak tulis di muka buku, kita harus pasrah bla bla bla. Tapi awak sendiri bagaimana? awak hipokrit sekarang sayang ;( u're not being yourself. 

Membebel over and over again.

Sebenarnya untuk diringkaskan saya ingin mengatakan ini

"Hey anda.. p cermin diri tu sikit and jangan jadi desperate sgt !"

Atau sebenarnya saya ingin katakan

"Kamu.. I care bout you"

atau sebenarnya lagi...


"Friends forever"


Bengong nya aku malam ni.. whatever sebab mata half ngantok half segar. Lusa akan cuba jadi individu yang lain untuk PMC dengan slogan :-

Saya individu yang terkawal dan sabar.. dan baik hati ..... uhuks!

April 13, 2013

Happy Birthday Budak Pengakap !

Assalamualaikum...



Last week , saya dan ksm celebrate birthday budak chipsmore dekat D'One Stick. it was a surprised simple birthday party for him. Nothing much can be given but I think he had received the precious birthday card from Mr. President of Kelab Penyayang.



Thanks to Kak Fyena and Abg Taufiq. Pasai pa... depa ni duk semangat p cari kek yang shedap tu :)

Kata Alip, ni sume rancangan beliau... ok romantik sangat !

Harap2 10 tahun nanti bila baca coretan ini, kami akan saling ingat each other. They were my best buddies. Walau saling menyentapi, gado2 manje tapi sayang tu tak kan pernah hilang.

Bersahabat kerana Allah.

Untuk Emeer, semoga berjaya di dunia dan di akhirat, selamat berLI semester depan dan teruskan perjuangan sebagai pengakap terhebat dengan chipsmore yang awesome.

U have a bright future bro !





Kawan 'bite' kawan.

Assalamualaikum.

Miss my belog so much !!! xoxoxoxoxoxo

Tak boleh stop myself from updating this lovely blog since the wifi sangat laju dan pantas macam arnab mengejar semut api. releven sgt?

Macam Harith Iskandar (Lawak ke der 2) said, perempuan ni ada macam benda yg bersarang dalam kepala, tetapi lelaki.... kosong... kosong... kosong (echo thp max).

At this moment, sepuluh jari ni nak sangat tulis isu kawan 'bite' kawan.. Ah, caketnya -_-' caket aty bila kena, caket mata bila pandang, caket telinga bila dengar, caket otak bila fikir.

Kawan 'bite' kawan pakai gigi besi made in China!

One of my sisters in Shah Alam always pesan Ain untuk sentiasa berhati-hati dengan semua orang dan this particular person yang digelar manusia-terhebat. Katanya naluri dia kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan manusia-terhebat ini. Ain ingat kata-kata kakak ni tapi bila dah rapat sgt dgn manusia-terhebat ni, kadang-kadang ain lupa untuk bersikap berjaga-jaga.

Baru-baru ni, ain TERASA macam dia nak tikam belakang. baru terasa dan macam ...belum tikam lagi ok, sebab pisau tak lut ! hehehe

Pastu kakak ni bgth " ko ni tak pnh kena 'kawan makan kawan' ke ?


It took me at least 3 days to think of it and I got the answer....

Yes.. when I was studying in secondary school... kelakar sebenarnya dan tak faham kena nak jadi macam tu. Rasanya macam jeles, sebab jenis kawan macam ni... dia tak suka tengok kawan dia lebih dari dia,, happy daripada dia,, bahagia daripada dia.

ANNOYING

Kenapa nak jeles dan iri hati ? Allah dah aturkan yang terbaik utk hambanya.. serah pada kita untuk usaha, berdoa dan tawakal. #sedih

"Jangan sedih kehilangan barang yang bukan hak kita" <-- dalam much kata-kata ni kan? So, segala perkara dalam dunia ni adalah pinjaman. Apa hak ain nak marah kamu untuk ambil ia dari saya. Saya tak marah dan tak layak nak menitiskan air mata sebab bagi saya persahabatan kita lagi baguih.

Tapi sekarang...di mana saya nak letak persahabatan kita ni ? :)

March 25, 2013

First day for my Fifth Semester.

Assalamualaikum.


It's my FIFTH semester.

What should I say ? Happy ? Grateful ? Sad ? Overwhelm ? Excited ? Well, its mixture of all these. Day first for my short semester, I have learnt a lot. I'm taking Microteaching and Counseling and Guidance with Madam Izlin and Madam Shabina separately. These two lecturers are very nice and I'm excited to gain knowledge from them thou I did feel a lil bit takuuuut *gaya Sara Syahira*. Within 7 months I will end up studying here. 
I WAS so excited to begin this new semester but as I each time I came back home, I feel  a lil bit sad. This is the first time I came back as the earliest person among my room mates. I miss to share stories with Ayu, miss to mengadu with Kak Na. 


House was so messy since we were so busy back then. Projects --> Final --> International trip --> Holiday --> New semester --> NO ONE !!

I don't want to go out. I came back earlier instead of spending time in MSU. I thought I will clean up this house but as I entered the room I feel lonely and I just hope either Kak Na or Ayu or Kak Ha were there. 

WHY I need them to this extend ? Sebab selalu bila start sem atau balik dari cuti yang panjang, perasaan homesick ni memang akan selalu ada. Selalu FA yang jadi tempat aku mengadu, tapi hari tu dia dah sound skali, so tak berani nak mengadu. 

Aku " FA, sedih la.. tak tau nape "
FA : "Aku rasa mu ni setiap kali balik dari cuti mesti jadi gini. Bukan sekali tapi sokmo dh"

Debuussshhhhhhh... 

Terasa tuh.. Kurang-kurang kalau homesick ada room mate tp kali ni apa pun tak ada. Nak pergi library amek past year question pun terasa lemah je kaki. So, I decided to go to my cousin's house. Tengok cerita korea yang episod akhir tuh. "STAY WITH ME, MY LOVE".


p/s : Jom jaga diri kita... hurm, terasa banyak pulak silap yang dah di buat. Off to kazen's house with love.

March 22, 2013

MSU International Edu-Expedition to Guangzhou,China

Assalamualaikum.. :)

Thanks for dropping by my belog.. ^_^

Last week , my friends and I went to Guangzhou, China for a community service event under Penyayang Club. It was a bout 4-5 days.

We are proud to be here ^_^
Most of the participants are among MSU facilitators including our beloved president and his ass ; Abg Taufiq and Kak Fyena. Glad to have them in this trip since Abg Taufiq has spend too much time in German.

There, we were accompanied with three tour guides (they're very nice except for Mr-so-called-Fathil). Abg Wan , Kak Rabiatul and Abg Harith. One thing I dislike about Abg Harith sebab dia punya perangai sijibik macam Fathil, pulak tu muka same and suka annoyingkan aku tak kira masa. *dush dush*.



Ada la satu ketika tu sibuk2 beli luggage ngan si Myka ni, dengan konfiden pergi kat tempat yang dah dijanjikan tu. Alih-alih sorang pun tak ada. Gelisah Allah je yang tau, nak nanges pun ada tapi sib bek si Myka ni macam cool sikit. Dah penat berjalan tu berenti kat kedai cina (nama pun kat China kan). Pastu Abg-muka-cam-Fathil ni pun muncul and sampai nak naik bus tu seronok dia duk marah aku.

HUH !!!!!!!!~ Kelakar pun ada sebenarnya, sebab dia ni memang sebijik cam Fath tu. Kasar ! Selamba badak tolak ak pegi seat tepi *masa tu duk seat blakang*. Kalau dia tu Fathil dah lama ak sepak skali (garang kan?)

Pemandangan dari cable car :)


But at the end of the day, we had so much fun! Kami pergi Yun Tai Garden, Guangzhou Ocean World, Masjid Sahaba Abi-Waqqas, naik cruise at Pearl River and macam-macam lagi tempat menarik kami pergi.

Moment yang paling best adalah bila Ain, Sab and Zuzu sama-sama menjejakkan kaki ke Makam sahabat nabi tu. Sayu sangat rasa hati. Kami ke sana untuk community service. yang paling kelakar bila Sara Syahira sakan main ngan anak-anak kecil. Dia dah boleh jadi mommy kut tp kalau keluar perangai budak-budak dia tu.. out :o

Banyak lagi story, tp tak terasa nak bercerita atas sebab-sebab tertentu.

Saya tak tau patut cakap or tak tapi saya tetap nak cakap,,hihi :B Saya ni bukan lah baik sangat and saya tak nak jadi jahat. Thanks sebab sentiasa prihatin and I appreciate having these kind of people in my life.

with my girls ^_^


p/s : Jgn pernah lupa saya dalam doa anda :D

  

March 6, 2013

Last peyper Semester 5 at #MSU.

Assalamaualaikum... !!!! ^_^

I'm so happy since I've reached Terengganu this morning. Thanks to Konsortium #Mutiara for the safe journey!

It's my third year in MSU and I can't wait to complete my degree within months from now on. amin amin amin ! *walaupun dah mula rasa berat hati sikit.

Everything being planned by Allah anyway, kita just berdoa saja! Doa yang terbaik untuk saya, awak dan mereka-meraka. amin!

#ksm

Tak ada apa pun nak bercerita just nak berkongsi gambar my #ksm... kawan sampai mati, yang agak lawak !! Oppsss, btw, what's KSM ? it's Kawan Sampai Mati.. who are in #ksm ? for me .. I can say that most of the facilitators in MSU are in #ksm since we are a big family.. and I love my family so much.

How it's being crated? Let me tell you guys, nama ni kononnya dicipta masa Ain, Sab dan Alif panjat daki naik Gunung Merembun Berembun kat Genting Highlands hari tu. Kami tiga orang being together through out the journey. Thanks sangat kat Kak Sab sebab layan Ain yang memang tak reti nak diam ni. Then masa hiking tu, kami sembang-sembang lah. Usik Kak Sab dengan Aliff, ingat lagi ayat Kak Sab "You, kalau I kawen dgn Alif, you cari la bomoh," hahahahahaha lawaks !!

Officer plak suka gossip2, so I can still remember cakap kat mamat 'kacuk' ni "Alip, kita kawan sampai mati eh!,".... "sebab tak nak kawen punye pasal rela kawan sampai mati," So, acam tu la #KSM terhasil ! Lepas tu ada pertubuhan kecik utk #ASM (ni bg Abg F je) "Adik-adik sampai MAMP**" hahahahaha

-these are all the story of #ksm.. enjoy the photos below-







Ni sume adalah picha Putera Aliff bin Kadar Maidin yang dah siap di edit oleh adik Sabrina binti Afandi... nampak tak kat situ ? hahahaha Aliff and Kak Sab forever..


p/s : suddenly rasa sakit2 kat tangan kanan.. pergh! lebam !! lebam !! Grrr !! :B

January 7, 2013

Grooming Future Leader with Sheikh Muszaphar

Assalamualaikum ...


Salam sejahtera my beloved readers~! 

I'm writing this article with a smile on my face ... kui99x :) Reading the caption gives you guys the clue right??? Yuuhuuu world !!! I've met my favourite one for the second time ever at my university; MSU.


Words can't describe my feeling when first I saw him walking to the hall.. I felt like screaming as I did years before. 


"Mussszzaaaaphaaarrrrrr", !!!!

Mama was so angry when she knew I call him that way. Erm, I was so excited back then. If I was able to hug him, I think I will do so~ Nasib baik akal masih waras masa tu.

This time, I call him...
 " Dato' ",

He dislikes people calling him Dato' cause it makes him feel much older. It's ok, no matter how old he is.. he'll still be my favourite dulu, kini dan selamanya ^_^


Hambek ko.. berdiri depan muka.. I just looked at him at this time.. but I don't really like him wearing that outfit.. :')


Our second date is on 5th Jan 2013 after about 5 years .. so I guess I'll be meeting him another 5 years.. ^_^ tak kisah pun but by that time ada plak anak2 ikot.. kesah ?~ hehe kdding je~


p/s : Dato' Sheikh Muszapahar Shukor Al-Masrie.