Dugaan 3rd Ramadhan.

Assalamualaikum Gif Animation assalamualaikum gif

Alhamdulillah, hari ke 3 Ramadhan dapat puasa penuh walaupun hari ini dugaan hebat sangat dari Allah. Nangis juga bila diuji. Sejak 1 Ramdhan tiba-tiba waktu bangun sahur, dapat rasa ada sesuatu tak kena dengan tekak. Hari pertama ingat selesema biasa. Masuk hari ke 2 , I knew it's gonna be tonsil tapi tak expect pula hari ke 3 dah jadi bengkak sampai macam ni. Maka, jadilah hari ni yang agak menduga.

Mungkin Allah bagi peringatan sebab bangga sangat konon dapat puasa penuh sebab breastfeeding(bf) baby... the mommies should know the reason behind it. Hambeeek kau.. sekali tuhan tunjuk sikit, terus goyang hati nak teruskan puasa. Jenuh nak berganti nanti dengan bf lagi. Astaghfirullah... 

Tadi pergi Klinik 1 Malaysia Tok Adis, lepas tu terpaksa keluar dengan hati hampa sebab nrse kata kami ada ubat kumur je. Alahai, tonsil saya ni dah nak tutup tekak rasanya. Tak jalan kalau kumur saja. Dalam 2 minit gerak, dengan hati yang sayu dan terfikir mana lagi nak cari klinik tiba-tiba terpandang Klinik Kumpulan Muslimah. Sebenarnya seminit je dari Klinik 1 Malaysia Tok Adis.

Mula-mula masuk takut juga, macam tak ada orang. Padahal baru pukul 2.15 ptg. Waktu rehat kot. Dulu siap tawaf Taman Tok Adis beberapa kali sebab nak cari klinik ni malangnya tak jumpa. Mama selalu cerita pasal doctor di klinik ni; anak kawan baik dia. Mama selalu kata dia baik. Tapi perlu ke aku ambil pusing? hehehe

Hari ni first time jejak kaki masuk, suka tengok staff dia baik. Bila jumpa doctor ; Doctor Fadhilah memang baik. Tersangat baik. Dah la masa masuk tengah bf baby. Ibu-ibu tahu lah kot kerenah anak kecil, mana nak lepas dari bf kalau duk bertepek dengan mama dia. (Moga-moga dapat bf sampai 2 tahun). 

Doc Fadhilah baik sangat, Dia entertained my baby girl siap ajar cara menyusu. ( malu tapi mahu belajar). Lepas tu memandangkan aku tak boleh cakap, dia layan je tahan telinga dengar perkataan demi perkataan yang aku nak cakap. Lepas tu baby terjeluak (apa istilah korang panggil la) dia yang cepat-cepat ambil tisu dan lap.

HUHUHUHU.. baby nangis.  SALAM !

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TANDA-TANDA BERSALIN