Teman Suami ke Tce Takle (Kedai Memancing Awek) Terengganu.

Assalamualaikum dan hai semua.

Sebelum ni iklan telekung lycra, bisnes tetap jalan tapi curhat hati tetap harus diteruskan supaya blog tidak mati dan tiadalah jiwa yang sepi. ( iiiiii... pak mat jual topi pi pi..)

Kelmarin teman hubby kesayangan pergi kedai Tce Takle di Bukit Bayas, Kuala Terengganu. Katanya nak beli mata kail. Yang cangkuk2 tu kan? Sat , nak google.
Thanks google.. i lap u after my hasben
Tengok luaran kedai tu macam.. gulp! sakai buruk je. Bila mana encik hasben tolak pintu untuk I (I kan princess), ternganga sikit mulut I and tercakap plak "WOOOOOWW'. Serius, dalaman dia memang unexpected. Meriah habis and exclusive gilak bak hang. 
Kalau dah decoration and arrangement meriah bagai,sah-sahlah harga satu-satu produk nak kena mark up. Tak gitu?? I sekarang jadi accountant keluarga so kena berhemat sket. Tapi enick hasben cakap kedai tu murah. Beriya dia kata murah. Iye lah tu gamaknya.

Yang menariknya kedai ni, pekerja dia perempuan. Mula-mula aku expect pompuan sume ni mesti hapa pun tak tau bab mancing. Well, tak pandai tak kerja lah sis. Hahaha... nasib baik aku pergi teman encik hasben. Fuh, pengantin baru.. cuak jugak takut la ada yang berkenan :p Tapi yang menariknya, pekerja Tce Takle ni tak gedik. I loike !!!

Harini, pegi lagi kedai tu.. nak diceritakan, pagi tadi encik hasben pegi mancing, tak sampai sejam dah balik dengan muak monyok.

Puan Isteri    : Kanda dah kenapa?
Encik Suami : Tak ada apa2 (senyum).
Puan Isteri    : Joran patah ke?
Encik Suami : Tak ada.
Puan Isteri    : Ye ke.. dah tu napa balik awal.
Encik Suami : hehehe...

Hehehehe... ggrrrr... Joran nye idok le patoh. Ni ha yang patah, apa tah nama dia. SIla rujuk rajah di bawah. Bila puan isteri yang agak comel ni tanye apasal boleh patah. Dia kata ada ikan besau.. hehe... helah je tu. Yang tak dapat memang besau je :p


So, untuk suami tersayang. Puan isteri pun belikan lah satu lagi ganti dengan menggunakan duit encik suami. Erk ?? 

Ehsan google
So encik suami beli lah jenama ajiking kaler putih. Cantik woo and bunyinya pun ala2 manja je masa nak tarik. Ada satu lagi jenama toman (eja ni ke?) ok jugak tapi encik suami kata bunyinya macam nak panggil 1 benua ikan.

Apa eh nama ni? Encik suami cakap machine.. huhu ye ke? OK la beli baru. Murah dan ada 8 bearings.. encik suami, betul ke isteri eja ni? Yang penting murah la compared kedai lain and sekali dengan daftar untuk ahli RM10 setahun dan lokasi kedai Tce Takle ni ada di merata riti include Shah Alam dan Petaling Jaya, Diskaun extra 5% untuk ahli. Fuh, lega mak.

So. Itu je pengalaman untuk harini. Si isteri dah tahu sikit2 pasal mancing. Tapi minat je belum kunjung tiba. Masa tengah tulis ni suami tengah mancing dekat laut belakang rumah. He's happy then I'm happy.. krooh kroooh krooooooh







Comments

myza said…
Hai samala hobby suami kita
Satu bilik kt rumah dh pun direserved as bilik "brg memancing abg" aptb
Bersediala ye mnjadi isteri kpd pemncing tegar ni hehe..the postive part is dia cr ikan bkn cr pompuan! Hoho

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TANDA-TANDA BERSALIN