Pengalaman Sebagai Pendidik. [Part 1]

MENCABAR.

Itu perkataan yang paling sesuai untuk saya ungkapkan dengan entri kali ini. Sekarang, sementara menanti bakal anak lahir ke dunia, saya saja menyibukkan diri di alam pekerjaan dan juga sebagai pendidik. Alhamdulillah masih ada institusi swasta yang sudi menerima saya yang hampir memboyot ini. Dan Alhamdulillah juga sebab tenaga itu masih ada walaupun usia kandungan sudah mencecah 6 bulan. Perut pun tidak lah besar mana, mungkin anak pertama. (cerita pasal anak entri lain ye)

Antara pengalaman yang agak syahdu sepanjang menjadi pendidik adalah apabila ibu bapa menelefon pihak institusi dalam keadaan marah. Kalau sesiapa yang rapat dengan saya maka tahulah mereka dengan perangai yang yang agak cepat baran kalau diusik. Namun sejak mengandung ni, saya pilih untuk lebih sabar. Agar bayi saya tak terikut-ikut dengan perangai negatif mamanya.

Saya bahasakan diri beliau sebagai Puan X. Waktu rehat kami, beliau menghubungi dengan nafas yang tercungap-cungap tanda menahan kemarahan. Sebelum saya menjawab panggilan tersebut, pihak pengurusan sudah terlebih dahulu cuba mententeramkan keadaan dengan menjelaskan apa yang terjadi namun mungkin kerana tenaga pengajar lebih arif dengan apa yang terjadi beberapa jam lalu, saya pilih untuk menjawab panggilan tersebut. Waktu inilah saya menggunakan kemahiran Communicaton Skill yang dipelajari sewaktu menjadi Facilitator di MSU yakni sewaktu berkomunikasi dengan ibu bapa dan keluarga pelajar-pelajar.

Permasalahan bagi kes ini adalah apabilan Puan X tidak berpuas hati apabila anaknya di masukkan ke kelas pelajar yang lebih besar iaitu kelas yang sama dengan anak sulungnya (si kakak) yang dua tahun lebih tua. Tambahan lagi, dia menjelaskan bahawa anaknya seorang yang slow learner dan tidak sesuai dimasukkan ke kelas begitu. Sebenarnya, point-point yang diberikan oleh Puan X agak bercelaru dan biarlah saya ringkaskan berkenaan si adik berkenaan yang diutarakan oleh ibunya sendiri:-

  • Perlu diberi perhatian sewajarnya
  • Cepat bosan dengan pelajaran di mana guru harus memberinya waktu untuk rehat/bermain
  • Agak slow learner (tidak mudah memahami pengajaran) hal yang demikian, Puan X sendiri menjelaskan bahawa anaknya perlu diajar lebih dari sekali mengenai sesuai hal *perkara ini agak beiasa bagi pelajar slow learner*
  • Anaknya tidak pandai menggunakan kamus, dan haruslah di ajar perlahan-lahan.
  • Anaknya tidaklah terlalu tidak pandai kerana latihan-latihan sebelum ini, pelajar ini mampu menjawabnya dengan baik (nyata Puan X dgn yakin). 


Setelah merujuk perkara ini dengan guru kelas pelajar berkenaan di dapati bahawa selama ini pelajar itu sering dibimbing oleh guru subjek berkenaan yang bermaksud bahawa pelajar ini masih tidak mampu menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sendiri. Dengan saya sendiri sempat melihat cara anak ini belajar, sangat mengecewakan. Kami agak terganggu apabila pelajar berkenaan sering mengganggu rakan-rakan lain sewaktu pembelajaran. Dan itu sebab utama kelas diasingkan untuk hari itu.
Malahan di institusi ni, kami mengamalkan individual learning iaitu pembelajaran secara individu jadi di mana saja pelajar berada tidak menjadi permasalahan kerana apa yang diajar adalah yang sepatutnya.

KONKLUSI

Kami bekerja di institusi swasta itu bukanlah untuk tempoh yang lama. Namun, sebagai pendidik kami mempunyai azam untuk memastikan setiap daripada pelajar kami mampu untuk lebih berjaya terutamanya dalam subjek yang di ajar. Dan alhamdulillah walaupun baru sebulan lebih kami di sana, peningkatan daripada setiap pelajar tidak dapat disangkal. Really hope it would be a great beginning for them,

Tetapi...

Dengan kehadiran insan seperti Puan X, tidak kan itu sedikit sebanyak akan menggugat profession perguruan? Bodoh sangatkan kami para guru dalam mendidik? Undang-undang tidak membenarkan sebarang perbuatan fizikal dengan para pelajar. Marah pun sudah dilarang? Jangan lupa, kami ini juga manusia, dan alhamdulillah kami bukan di antara guru-guru yang akan memilih untuk memukul kerana kami tahu itu bukan hak kami. Sedangkan adik sendiri tidak pernah kami pukul apatah lagi anak orang. Tapi kalau dimarah, itu sudah lumrah, tidak pernah marah anak dirumahkan?

Peristiwa ini antara pengajaran yang amat berharga bagi kami, rakan pendidik. Berkali-kali kami istighfar dan berazam untuk menjadikan peristiwa ini sebagai pengajaran. Ya, pengajaran dalam membesarkan anak kelak. InshaAllah. Segala yang baik datang dari Allah, yang tidak baik datang dari saya. Asif.

Comments

nabilah_2908 said…
Cabaran sebagai seorang pendidik..macam ni la..bukan sekadar kena hadap kerenah pelajar..mak ayah pelajar pun perlu.. :-)

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TANDA-TANDA BERSALIN