Alkisah Murid Tahun 3 dan Iphone

Assalamualaikum.

Smartphone dan manusia memang susah untuk tidak dikaitkan. Baik dewasa, kerjayawan mahupun kanak-kanak hatta mereka yang masih di alam hingusan sudah mengenal kegunaan smartphone. Salah ke ? Tak, banyak guna smartphone ni sebenarnya. Macam mak Ain sendiri, guna smartphone untuk berhubung dengan saudara mara terutama waktu-waktu sekarang dimana ada seorang mak cik Ain yang dah ditimpa musibah banjir. Nanti akan diceritakan.

Persoalannya sekarang, apa pendapat umum tentang sikap ibu bapa yang dengan entengnya memberi smartphone kepada anak-anak diawal usia 6 tahun (yang sudah bersekolah)?

Pemerhatian dari dalam keluarga terdekat dan juga pelajar-pelajar Ain sendiri, ada beberapa keluarga yang membenarkan anak-anak untuk bermain tablet/smartphone sekadar untuk bermain games dan melayari Internet di waktu lapang. Namun, ibu bapa mereka tidak terus menjatuhkan tablet/smartphone itu menjadi hak milik total anak-anak mereka. Sekadar menggunakan dikala perlu.

Pemerhatian kedua, ada ibu bapa yang merasakan lebih mudah jika si anak mempunyai smartphone atau tablet sendiri dengan alasan:

1. mudah untuk dihubungi pada bila-bila masa.
2. tidak kebosanan kerana waktu diisi dengan melayari Internet.
3. tidak perlu untuk keluar dari rumah untuk hiburan.
4. merasakan anak-anak lebih dekat dengan wujudkan group 'whatsapp'.
5. tidak berkongsi smartphone dengan anak.

Ada yang kurang bersetuju dengan alasan yang diberikan? Ain selitkan sedikit berkenaan alasan numbor 4. Tidak tahu ada betulnya atau tidak betul. Ibu bapa sekarang terlalu sibuk dengan kerjaya. Perlukah mereka dipersalahkan? Sedangkan mereka cuma berusaha mencari rezeki dan simpanan untuk anak-anak kelak. Namun, demi kesenangan dari sudut ekonomi, sesuatu dipertaruhkan. MASA. Masa bersama anak-anak yang memerlukan sepenuh perhatian. Dunia....... Betulkan whatsapp membantu mengeratkan hubungan ibu ayah dan anak? Tepuk dada tanya iman ^_^

Cerita yang Ain nak kongsikan adalah berkaitan seorang pelajar darjah 3 (pada tahun 2015) dan Iphone 5s. Ini bukan pelajar Ain, sekadar sebuah cerita realiti dan pengajaran pada semua terutamanya ibu bapa moden dan bakal ibu bapa *saya!!* yang masih merangkak dalam mengenal erti pendidikan anak-anak.

Ain namakan pelajar ini Zaza. Zaza seorang yang baik. Lemah lemut. Tidak terlalu aktif mahupun pasif di dalam kelas. Seorang yang sangat berpotensi dan pandai dalam akademik. 
Awal dulu, Ain pernah duduk semeja dengan beliau dan beberapa pelajar lain. Sekadar masa rehat dan mereka bercerita tentang keluarga, aktiviti harian dan hobi masing-masing. Yang menariknya tentang Zaza, dia menggambarkan ayahnya sebagai seorang yang 'addicted' dengan smartphone. Tambahan, ayahnya banyak masa di rumah kerana ayahnya itu seorang 'big boss' *pandai budak ni gambarkan*.  

Setiap hari, Zaza pasti akan bawa Iphone 5s dia ke tempat belajar. Ain tak ada masalah dengan itu, asalkan tidak digunakan waktu pembelajaran sudah dikira bagus. Tapi, hati Ain suatu hari terdetik nak tengok Iphone 5s ni macam mana. Maklumlah, nak beli Iphone, botak la kepala nanti. Handphone sekarang pun mak yang hadiahkan.. T_T sob sob sob.

Siap ada password lagi !!! Amboii, teacher dulu tingkatan 1 baru dapat rasa pegang handphone 'butterfly' tu pun mak punya. Cemburu sangat. Lepas je dia masukkan password, tiba-tiba terbukalah aplikasi Youtube. Masa tu, jantung ni rasa nak berhenti setengah saat. Tak percaya dengan apa yang Ain nampak. Apa yang budak ni tengok? Video apa ni?? Video bukan-bukan !!!!

Masa tu Ain rasa kaku sangat. Rasa macam orang tak betul pun ada. Ain ada berbincang dengan seorang kawan, macam-macam Ain tanya. Ain sendiri tunjuk video tu kat dia. Persoalan dalam kepala Ain:

1. betulkah apa dia tengok ni?
2. budak darjah 3 dah ada perasaan ke tengok benda-benda macam ni?
3. kalau mak ayah dia tahu apalah rasa hati mereka?

Ain pulangkan balik Iphone 5s dekat pelajar tu tanpa sebarang soal. Tapi Ain tanya dia beberapa 'hidden questions' :

1. Selalu dekat rumah Zaza buat apa?
Main handphone je.

2. Main handphone kat mana? Tak ada aktiviti lain ke?
Tak ada apa nak buat sebab cuti sekolah. Selalu main handphone dalam bilik atau ruang tamu. 

Ada beberapa soalan lagi tapi rasanya tak penting. *asif asif asif*. Conclude la sendiri cerita ini. Bukan niat di hati nak memburukkan pelajar sendiri ataupun keluarganya tapi sekadar pengajaran buat semua terutamanya diri ni yang masih daif dalam memahami pembentukan keluarga. Tepuk dada tanya iman. Sebagai hamba yang lemah. Doa senjata yang terbaik. InshaAllah.

Comments

sadizezagami said…
SlotyCity - Casino Near Me
View 군포 출장마사지 the reviews, hours, directions, coupons and more for SlotyCity, a 영천 출장샵 Casino Near Me in 오산 출장안마 San Francisco, CA. 거제 출장안마 Find reviews, hours of 광주 출장마사지 operation and phone #'s of restaurants

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TANDA-TANDA BERSALIN