May 25, 2016

MY baby girl Wirdatul Aiesyah

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Dah lama tak menulis karya di blog usang ni. Pagi ni, inshaAllah berkesempatan mencoret sedikit cerita. Alhamdulillah harini Wirdatul Aiesyah dah berusia 1 tahun 2 bulan 22 hari. Baby girl mama dah besar, dah nak jadi kakak! 

We have going through ups and downs in our life and mama is feeling great to have brilliant girl like you as my daughter. Alhamdulillah and thanks Allah for giving me the mommy title at my early age.

Nak kongsi sikit perkembangan pembesaran Aiesyah:-

Aiesyah pandai pegang botol masa umur dia dalam 4-5 bulan. Masa tu mula-mula mama nak hantar Aiesyah belajar kat Taska Rossa. Syukur sangat. Sekurang-kurangnya ada satu perkara dah buat mama lega.

Aiesyah pandai merangkak umur 10 bulan. Sebelum tu, mengengsot je. Runsing jugak mama, Sebab mama harap anak-anak pandai merangkak. Biar aktif sikit muscle tu, hihi. Masa pergi beraya di Melaka, sedara-sedara yang lain 6 bulan dah merangkak alih-alih Aiesyah duk ngengsot. Kelakar sebenarnya. Kenangan~

Masa raya kat Melaka ada sorang sedara Aiesyah ni sama umur dah ada enam batang gigi, masa tu Aiesyah tarak gigi lagi. Masa tu rasa, kesiannya anak mama ni. Budak lain dah boleh ratah carrot, Aiesyah makan bubur lagi. Balik dari Melaka, Aiesyah terus demam. Tumbuh 2 batang gigi woooo !! Sekarang, saat ni Aiesyah dah ada 8 batang gigi !! so cute ~

3 bulan je Aiesyah merangkak, lepas tu dah mula berdiri. Masa tu dah setahun sebulan. Teruja sangat !! Suka tengok baby kedek-kedek jalan. Tapi tak sampai berapa minggu Aiesyah kena warded. 

Masa setahun dua bulan, Aiesyah kena bertih (loghat kelantan) or known as chicken pox. Aiesyah kena warded sebab kuman dalam paru-paru. Kesian anak mama masa ni, doktor letak dekat wad High Dependency Unit and kita duduk bilik paling belakang. Aiesyah tak boleh keluar, takut jangkit. Masa tu, dengan termos tak elok, mama curi-curi keluar bawak Aiesyah sebab nak ambil air panas. 4 hari kita berkabung dalam tu. Tv tak boleh tgk sebab dekat luar, nak keluar jauh sekali. Tetamu Aiesyah mama atau nenek je. Kadang-kadang abang and kakak misi and doktor. They treated you well. Thanks Allah and thanks to all the doctors in HSNZ, Badan Aiesyah penuh bulat-bulat hitam, dekat muka ada dalam 6 biji, besar-besar belakang kepala, paling banyak belakang badan dan ada 2 di tapak kaki, Seminggu Aiesyah tak dapat jalan. Sedih sangat bila ingat.

Now Aiesyah dah boleh berlari kehulu kehilir tapi sejak balik dari HSNZ, Aiesyah tak boleh kena tinggal langsung. Manja ye kakak! 

Masa mama tulis ni Aiesyah tengah tidur dalam buai. Love you sayang!

No comments :