Pengalaman Bersalin Ketuban Darah


Harini nak kongsi dengan mommy-mommy and mommy-to-be tentang pengalaman saya bersalin anak kedua. Alhamdulillah, 1hb September 2016, my baby boy MAW was born at Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Easy breezy beautiful experience. 

Estimate Due Date (EDD) sepatutnya pada 29 Ogos tapi bersyukur sangat baby nak duduk lagi kat dalam masa tu sebab tepat pada tarikh tu mama ada satu event. Terengganu Assessment Center (TAC) untuk menjadi Pegawai Perkhidmatan Siswazah DG41 di bawah SPNT. InshaAllah kalau ada rezeki, yang penting mama dah put a step forward in achieving my dream.

TAC berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam tapi alhamdulillah mama dapat balik lepas maghrib sebab dah siap mock teaching awal. To be honest, risau jugak takut tiba-tiba baby nak keluar sebelum siap TAC.

Hari esoknya baby masih tak nak keluar, masa ni mama dah risau sikit sebab doktor dah bagi surat untuk admit wad pada 5 September, kalau boleh mama tak nak induce sebab Aiesyah dulu mama dah kena induce, nak rasa pengalaman tanpa induce pulak. Mama try squat 10 kali dari semalam lagi. Orang kata induce sakit, tapi mama dulu induce sakit jugak tapi bearable so konon-konon kalau tak induce mungkin lagi ringan sakit ni.

HARI MERDEKA- 31 Ogos 2016. Harini pun squat lagi walau badan berat macam tong dram. Alih-alih petang tu, keluar lendir + darah. 

"Ini tanda ni",

Tapi contraction/ sakit nak beranak langsung tak ada. Lengah-lengah sebab sebelum tu dah ada false contraction and dah discharge dari wad. Jadi, malas nak bersungguh sangat. Mama pergi dengan nenek dan hantar Aiesyah dekat rumah Uncle Bob (kawan baik papa). Terima kasih sangat, keluarga sendiri tak ada nak tolong, nasib ada kawan baik. 

Mama daftar masuk dalam jam 8 malam, solat maghrib pun dekat hospital masa ni. Dapat masuk wad jam 10 malam. Kesian nenek, tunggu mama betul2 masuk wad. Padahal boleh je nenek balik tapi mama minta nenek tunggu. Rasa tak sedap hati sangat. Tapi bila dah tak ada apa, doktor pun tak kata apa. Nurse macam rilex je bila kata keluar tanda macam tu. Bukan apa, sebab tanda tu biasa je, lain la kalau air ketuban dah keluar atau contraction datang 3 minit sekali.

Allah duga lagi mama dengan nenek malam tu. Mama cuba call nenek nak suruh dia balik (nenek tunggu kat lobi hospital) tapi handphone nenek tak ada line. Mama minta dengan mak guard nak turun and nasib baik mak guard baik teman turun. Jumpalah nenek tengah melangut tunggu. MasyaAllah, kesian sangat.

Pukul 10 lebih dah balik ke wad dan dah siap landing atas katil yang empuk tu. Dapat pulak bilik air cond, apa lagi tidur la dengan mata yang memang dah tak nak bukak ni. Tiba-tiba...... rasa contraction, 2x contraction then.. ZZzzzzz (TERTIDO KO!! )

Zupppp!!!

1.00 pagi - Celik terus mata, terfikir. Mama ni kencing ke apa atas katil ni. Malu kat orang aih! Tengok katil, penuh darah !!!! Masa ni memang nak pengsan sangat rasa, Dah tahu dah diri ni memang tak boleh tengok darah terlalu banyak, lepas tu pergi toilet tukar pad dulu then jalan p kat nurse bagi tahu...
"Saya dah leaking,"
"Ye ke? Keluar air ke?,"
"Darah," lepas tu tunjuk kat baju dan kain yang penuh darah.

Masa tu rileks sangat, nurse pun tanya tak sakit ke. Memang tak sakit, Tiba-tiba pulak rasa takut sebab tak sakit. Lepas tu doktor cek jalan, dah 3 cm dan doktor suruh siap-siap barang ke labour room. Sementara tunggu nurse iring ke labour room, sempat tawaf satu wad dan baca surah maryam.

Call mama, mama cakap tak boleh datang sebab tak ada tempat nak letak anak sulung (mama tak tahu dia boleh masuk labour room, ingat tunggu kat luar. If not, she'll try her bestest to be by my side).

Jam 2.00 pagi, berjalan la mama ke wad dan panjat katil sebelum nurse pasang CTG. Serious memang tak sakit. Sampai la an hour lepas tu nurse masukkan air. Setengah jam lepas tu memang sakit yang amat. Dalam pukul 4.30 macam tu, sakit dah memang tak boleh tahan. Terasa pinggang nak tercabut. Terus panggil nurse and nurse pun dtg sbb dia tak dapat bacaan jantung baby. Haruslah, mama ni dah rasa nak lompat dari katil. Sakit tak berhenti tau. Siap merayu lagi "Tolonglah nurse, sakit sangat ni. Tak berhenti pulak tu." Nasib dapat nurse baik "Sabar Ain, saya tahu. Tapi nak buat macam mana" Kalau selalu baca ada yang terkena "Hah, dah buat pandai nak beranak memang lah sakit. Tahan lah," nauzubillah dapat nurse macam tu. Setakat ni semua nurse kat HSNZ memang baik layanan dengan mama even JM kat KK pun. Salute!

Lepas tu nurse cek bukaan dah 3, pastu dia tolong dapat bukaan 5cm pastu 8 cm terus mama cakap " Ya Allah nurse, saya tak tipu betul-betul rasa nak berak (padahal beranak)," Tergelak nurse tu dengan doktor pun geleng kepala. Nurse cakap memang nak berak pun, tahi paling besar nak keluar. Banyak kali jugak teran, yang stress bila doktor kata "Awak ni teran tak, kepala baby tak keluar pun ni," Serious cuak gile bila doktor cakap macam tu sebab sebelum ni pernah baca ada mommy tak pandai teran. Terus ketap bibir and teran segala mak nenek (nasib tak membuang macam kawan baik Iols tu). Alhamdulillah baby pun keluar dengan pipi paunya.

Nurse pesan, lepas ni anak-anak seterusnya kalau sakit sikit terus admit ward sebab mama antara orang yang cepat. Macam Kak Aiesyah dulu, dalam labour room dapat 2cm lepas tu doktor suruh proceed czer sebab dah lama dan baby dah berak dalam perut. Tapi, boleh pulak mama bersalin normal dalam bilik bedah tu. Siap nurse call terus doktor cakap tak payah datang, patient dah beranak. 

Kalau ada orang kata induce sakit gile, trust me. It's not. Sakit ketuban darah lagi teruk dari sakit induce. Itu pengalaman saya. 

Comments

Intxnn said…
Saya dah merasa dua-dua sekaligus. Sakit kena induce plus ketuban darah. Sakit dia, Allah je yang tahu.

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

TANDA-TANDA BERSALIN