KELAHIRAN ANAK KE-3, SETIAP ANAK BERBEZA

Assalamualaikum.

Special hi to all especially to all my students who always stalk me and always threaten me with my blog. 😉

Semoga penulisan kali ini memberi manfaat kepada yang memerlukan.

Alhamdulillah 11/10, saya dah selamat melahirkan anak ke-3. Sesungguhnya kehamilan dan proses kelahiran setiap anak berbeza. Penulisan kali ini saya akan fokus kepada 'proses kelahiran' sahaja (reminder for me as I might blabbering something nonsense)

Due date atau tarikh jangka bersalin sepatutnya 12.10. Selepas 39 minggu, normal pada saya kalau ibu-ibu risau dengan proses kelahiran yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

9 Oktober 2019
* I was texting with my best buddy when she told me she needed to undergo Caesarian delivery* Sebab terlalu sedih, kawan baik dah ulang-alik ke hospital tapi tiba-tiba air ketuban dah tak ada dan doctor emergency c-ser sebab jantung baby dah lemah.
Saya yang baca surah maryam, doa untuk semek tu dipermudahkan proses bersalin. Ajaibnya, lepas je habis baca, tiba-tiba CONTRACTION datang. 

10 minit sekali - rasa kram perut tapi tak sakit langsung
5 minit sekali - pun sama.. masa ni dah text sepupu untuk hantar ke hospital takut lambat-lambat dia tidur pulak. Tak pasal-pasal beranak di Gombak Batu 10.
3 minit sekali - masa ni dah sampai Hospital Selayang. Sakit sampai ketar lutut. Sakit sangat tapi doktor lepaskan balik sebab bukaan sikit dan belum ada tanda.

*CONTRATION ni bermula jam 10 malam hingga 6 pagi esoknya

10 Oktober 2019
Balik dari HS, terus qada' tidur, bangun jam 12.30 pergi toilet dah keluar tanda lendir n darah. Banyak, sebab masa anak kedua dulu keluar sikit je. Pergi HS, doktor suruh balik dulu sebab dia kata bukaan tak banyak lagi baru 2cm. Doktor nak tahan tapi wad penuh dan ada 20 pesakit tengah tunggu atas kerusi menunggu di luar wad. Masa ni rasa give up sangat. Give up dengan HS dan rindu sangat nak beranak di HSNZ, Terengganu. 😢
Malam tu terjaga, Racam baby tak cukup aktif tapi lega setiap kali baby menendang bila saya tolak-tolak lembut. Masa ni terasa macam, mainan perasaan pun ada.

11 Oktober 2019
Pagi tu cari makan dengan mama dan memang dapat rasa pelik. Baby tak aktif macam biasa. Tak macam anak-anak sebelum ni, baby ni jenis kuat menendang kecuali waktu dia tidur. Jadinya pagi tu byk kali jugak trigger baby, ada juga rasa dia menendang tapi lembut sangat.
Suami semalam sampai dari KB pagi tu terus bawa ke Hospital Putrajaya.

HOSPITAL PUTRAJAYA
Masa daftar dekat kaunter, saya bagitahu setiap kronologi dan bagitahu juga baby macam tak aktif sangat pagi ni. Bergerak tapi tak aktif macam biasa. Masuk dalam untuk cek bukaan dan ctg. Suprisingly !!!! Baby brady .. Allah, nanti lah saya sambung. Tapinya anak ke-3 ni memang saya C-zer. Bersyukur sempat sampai tepat pada masa di HOSP. PJY. Thanks to Dr Dhanaraj yang sangat pantas and other doctors whom I don't know their names. 

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TANDA-TANDA BERSALIN