October 10, 2014

Best ke kahwin.

Puas fikir nak tulis apa dekat entri kali ni. Bukak tutup je dashboard ni dari tadi. Tangan gatal nak menaip tapi tak ada idea. Ada idea tapi rasa tak sesuai, so simpan dululah jawabnya. Bukak folder kat laptop dan terjumpalah gambar-gambar kenangan sekitar bulan Mac-April tahun ni. Jeng jeng jeng...

Alhamdulillah.. rasa macam baru semalam kenal MWA. Kadang-kadang bila tak da kerja sambil golek2 boleh teringat first trip kami ke Johor dalam kumpulan. Taip tu lah !! time tu lah tau!!

Padahal few months sebelum tu (Sept, 2012) baru je saya menjadi antara facilitator yang handle orientasi beliau. Ada lagi gambar kami ramai-ramai. who knows kan dalam ramai-ramai tu ada bakal laki kite rupanya... *gelak sorg3* Sebab tu orang kata, jangan pandang sebelah mata atau jangan remeh pada sesiapa. Mungkin hari ni dia bukan siapa-siapa kita, esok-esok? siapalah yang tahu. 

Kalau zaman sekolah dulu memang ramai frenemy (gaduh bagai nak rak). Saya pun dah tak inigat dah siapa tapi dulu asal gaduh je dengan sape-sape cikgu2 atau kawan2 mesti cepat je sound "Elok lah gaduh, nanti besar-besar kahwin". Bagi aku, dah gaduh maknanya betul-betul tak suka. Amit-amit lah oi nak kawan ngan orang kite tak suka. Tiap kali orang cakap macam tu aku doa je dalam hati.. mintak jauh wei mintak jauh!

Dengan MWA ni , tak gado pun. Baru bercinta sikit dah kawen. Alhamdulillah. Thanks to my mama and family-in-law sebab memudahkan segalanya.


Kongsi gambar sket. Masa ni slim la jugak walaupun mmg saya ni mmg tak slim. Sekarang?? Buncit!! Tapi buncit berisi ok. Hari-hari sembang dengan baby. Tapi sembang nak in English aje. Kasi anak kuar-kuar terus speaking. (berangan!) Mama mesti bengang sebab dia apa pun tak faham English tapi Arabic jangan nak compete sangat lah. Siap ugut nak ajar bakal cucu dia bahasa Arab. Memang terNGANGA lah mommy ni nanti!!
 

Marry you bestfriend !! Tengok gambar, hari sanding pun boleh gosip pot pet sana. MWA layankan aje lah. Masuk bulan ni kami dah kenal dalam 1 tahun 8 bulan. Kejap je kan? EDD I 3th March 2015. Kan best kalau betul-betul baby lahir 3/3/15 nnt anak ke2 4/4 pastu 5/5... *berangan*

Anyway masa mula-mula kahwin (sekarang pun) ramai orang tanya :

S :  BEST KE KAHWIN????
J : Alhamdulillah.. bahagia. Just make sure you're marrying the right one. *betulkan*

S : APA PERASAAN ADA BABY DALAM PERUT??? *since ada yang tau saya dah ngandung*
J : Haa?? Rasa pelik tapi syukur. *mommy2 yang first time mesti macam ni kan*

Sekarang dah nak masuk 5 bulan, rajin sangat godek-godek forum baca pengalaman ibu-ibu mengandung. Maklumlah kte tak ada kakak nak kongsi-kongsi cerita. Mak cik-mak cik pulak dah nak timang cucu. Kawan-kawan pula fresh lagi. *auuww*

BEST KE KAHWIN???

Act, memang ramai yang tanya soalan ni. Mungkin sebab waktu nikah tu, belajar pun tak habis lagi (tgh intern) dan umur pun baru 23 tahun. MWA yg tua 2 tahun tu pun kawan-kawan kata nikah muda. Muda ke? Tak ada la. Mak mertua I nikah umur 16 thn, mak cik sulung I pun nikah umur 16 tahun.  Best ke nikah muda, waktu belajar. Kerja pun tak ada lagi. Ada sikit-sikit bisnes buat sara hidup berdua.

*****
Alhamdulillah, lepas kahwin, rezeki tu akan datang. Jangan bimbang. Jangan tak kahwin alasan sebab nak tunggu kaya. Kaya tu skop dia luas. Rumah sebijik? Kereta sebijik? Tu kira kaya? Atau nak specific lagi kereta merc *paling kurang* , rumah banglo *paling kurang* , gaji nak tunggu 5k baru kahwin. Oh lupa hantaran nak bagi pihak perempuan RM20,000 tak termasuk kenduri nak jemput 5,000 tetamu terhormat. *melampau pulak Iols*

Cuma kadang-kadang bila ada kawan-kawan yang tak sabar nak kahwin tapi pada masa yang sama mengharapkan yang melampau-lampau. Nak doktor-doktor aja, anak orang kaya aje. *kalau ada rezeki la kan*

Saya kahwin dengan MWA, tak pandang pun semua tu. Tulus ikhlas dari hati. Bersyukur sebab family banyak support walau ada mulut-mulut yang berbunyi. Ye la, mulut tempayan boleh la tutup, mulut orang nak pakai plaster pun belum tentu.


Mula-mula dia kata segan nak solat sunat banyak camera. Tapi apa boleh buat...

SALAH KE BILA SINGLE SAAT SAHABAT-SAHABAT SEMUA DAH MENDIRIKAN RUMAH TANGGA???

Tak salah dan tak ada sebab pun nak rasa bersalah. Sekarang memang ramai kawan-kawan dah kahwin even junior-junior I pun dah ada yang timang anak. Tak perlu pun nak rasa tercabar. Tak perlu nak rasa sunyi sebab Allah kan ada. Jangan cakap saya ni tak tahu apa rasa SINGLE. Masa ramai-ramai kawan saya kahwin 2-3 tahun lepas, saya pun SINGLE tau. Tapi tak pernah terdetik nak paksa diri suka dekat mana-mana lelaki. Tak perlu jual diri. Pasrah. Allah tu ada. Bila tiba masa, perkahwinan tu akan jadi milik kita.
Sebab tu dulu, selalu rapatkan diri dengan sahabat-sahabat PMI (Persatuan Mahasiswa Islam). Sekarang semua dah pergi jauh dari masing-masing. *tp ttp kekal diingatan* Plus, saya pun busykan diri dengan tugas sebagai fasilitator. *rindduuuuu*

Tak perlu menyerah diri untuk si lelaki dengan sewenangnya. Andai hati kita betul2 suka pada seseorang. Solat. Itu yang pertama. Istikarah. Biar Allah tolong suluh jalan kita. Dan, tetap pendirian. Jangan pernah bersikap seperti anak-anak. Baik lelaki mahupun perempuan. Kematangan bukan pada usia.

Dan saya tak tahu kenapa saya sangat membebel kali ini, mungkin rasa sedih bila ada rakan-rakan yang merintih merayu untuk mengakhiri zaman single. *saya betul-betul sedih*

With le cousins. Semua kecik2, I ols je plg besau.. ikut bapak katekan diorang semua ikut belah mak.

See... mak cik2 I.

No comments :