CERITA TANPA TAJUK.

There was a story...

Seorang wanita, awal 30-an yang merantau jauh ke negara orang demi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, hanya setahun setengah diperlukan dan dalam tempoh itu dia terpaksa meninggalkan suami serta dua orang anak tersayang yang masih kecil. Hidup di bumi orang tidaklah begitu menyenangkan. tambahan sewaktu hatinya tertinggal di bumi Malaysia.

Setahun berlalu, dan di saat dia bersedia untuk menamatkan pelajaran dengan sisa-sisa semester yang ada, sesuatu yang tak diduka berlaku. Peristiwa dia jatuh sewaktu mendaki gunung mengubah segalanya. Hilang dari sekelompok sahabat-sahabat. Eric, Susan, Fatimah dan Husna semuanya tidak berjaya menjejak wanita itu. berita sedih itu disampaikan kepada si suami.

Terduduk, terpaku, bagaikan jiwa terhenti berdetap. Itu yang dapat dihgambarkan dengan perasaan si suami. Dipandang wajah anak-anak kecil yang rindu akan belaian ibu mereka. Bagaimana untuk menjejak? Keluar dari negara pun dia tidak pernah. Pelbagai usaha dilakukan. Polis. Sahabat-sahabat. Semua memainkan peranan namun hamoir tiga tahun tetap menemui jalan buntu. Sahabat-sahabat seperjuangan juga telah lama kembali ke tanah air.

Tiga tahun berlalu bukanlah tempoh yang singkat untuk wanita malang itu. TIga tahun dia bertarung dengan jiwa sendiri. Bagai ada yang membelenggu. Tinggal bersama sebuah keluarga yang terlalu menyanyanginya namun bahagia itu jauh pergi. Bagai ada sesuatu yang kurang. Tiga tahun dulu, keluarga itu yang menemuinya. Kata mereka, dia jatuh di kaki bukit. 

Malas dan bosan untuk dia berfikir. Setiap kali cuma mengingat. Kepalanya akan berdenyut menggila minta dilapangkan. Abang angkatnya, Micah menyayanginya persis adik sendiri. Mungkin kerana lelaki itu tidak pernah beradik.

Tiap kali diperkenalkan Micah tidak pernah tersasar untuk memperkenalkan wanita itu sebagai adik. Adik? Rambut pun sudah berbeza apatah lagi hidung wajah kacuk Eropah-Korea Micah, langsung tidak diturunkan pada adiknya itu, terlalu Asia bagi mereka.

Micah tidak pernah cuba merungkai asal usul wanita itu. Tiga tahun bersama, cukup membuat dia sayang pada wanita itu. Rasa ingin melindungi itu terlalu menebal. Adik? Mungkin rasa itu sebenarnya lebih mendalam. Namun, Micah tidak pernah melampaui batasan kerana dia yakin ada sesuatu pada wanita itu. Selagi ingatannya tidak pulih, Micah berjanji pada diri sendiri untuk terus menjaga wanita itu.

"Fin, I have something to give you," sapa sahabat baik Fin. FIn memandang wajah wanita muda itu, mungkin lima tahun muda darinya. Wanita berbangsa Irish itu menghulurkan sesuatu kepadanya. Beg galas dihulurkan. Fin memandang Rabeca keliru. Rabeca memberi isyarat mengarahkan wanita itu untuk merungkai isi beg galas itu. Dompet? Perlahan Fin membuka dompet berwarna pink lembut itu. Kad pengenalan? passport? semua tertera wajahnya. Shafina binti Arzali. Itu diakan? Selama ini yang dia ingat cuma nama pendeknya 'Fin'.

Selama tiga tahun ini, dia tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. Dia pernah berfikir untuk melaporkan kepada pihak berkuasa namun, ibu angkatnya melarangnya. Alasan? Dia bimbang nyawa anak angkatnya itu terancam dan dia percaya Fin akan mengingati segalanya bila tiba masa.

Fin memandang Rabeca dengan mata yang bertakung. Seribu persoalan bersarang di benaknya. Dari mana beg ini ditemui? "Where....," belum sempat Fin mlengkapkan soalannya Rabeca bangun dan mengintai sekeliling. "Actually, I found this in Aunty Dana's room. I found it years before but she didn't allow me to tell you. I was in between Fin. But now, I think I need to do this. I need you to go. Go to the reality. I love you Fin but I love Micah more. I hope by doing this, he will realize the love that I have for him," Rabeca mula menangis. Rasa hati Rabeca bukan lagi satu rahsia bagi Fin. Sedari dulu dia tahun gadis sunti itu sangat mencintai abang angkatnya itu.

Fin memeluk Rabeca " It's ok Rabeca, thanks for doing this. I really appreciate it. I love you too sis. Never feel regret about this. I never blame you". Fin mengorak langkah menuju ke dalam rumah bersama beg galas itu. Dia ingin menyelongkar rahsianya sendiri. Agar ingatannya kembali.

Sebulan berlalu, kali ini Fin tekad. Tekad untuk menjejakkan kaki di bumi Malaysia.Walaupun ingatannya masih belum kembali, dia percaya, di sana nanti pasti ada sesuatu untuknya. Micah akur dengan keputusan Fin. Dia harus cuba untuk mengerti, jasad gadis itu bukan miliknya untuk terus dikongkong.

"Shafina?," seorang wanita berusia akhir 20-an menegurnya. "Yes, I am. You are...,"ujar Fin. "I'm Dayana," balas wanita itu lembut. Dayana dengan ringan tulang membantu menolak troli Fin.

"So, how do you know Micah?," soal Shafina kerana pada pengetahuannya Micah tidak pernah menjejakkan kaki ke bumi Malaysia apatah lagi untuk mengenali gadis Melayu. "He's my brother's friend. He studied there years ago. I don't really know Micah bout I know about you.. like this much," ujar Dayana menunjukkan menjarakkan sedikit ibu jari dan jari telunjuknya menunjukkan tiada apa tentang Micah yang diketahuinya melainkan sedikit sebanyak cerita wanita malang itu.

Sudah dua hari Shafina berada di rumah Dayana, tidak banyak yang dilakukannya. Masih terlalu awal untuk terus berani menjejak kaki ke merata tempat. Selama dua hari ini pun, Dayana yang sering menemaninya bersama dua anak tirinya. Dayana sedikit sebanyak menceritakan perihal kehidupannya. Sudah hampir dua tahun dia mendirikan rumah tangga dan suaminya pernah bernikah sebelumnya tapi isterinya telah meninggal dunia. Tika ini, suaminya ke outstation dan menurut Dayana, suaminya akan pulang lusa, bermakna selepas itu, Fin nekad untuk menginap di hotel meskipun dihalang Dayana. Tinggal diluar negara tidak bermakna dia lupa tentang privasi orang lain.

"Assalamualaikum".
"Waalaikummussalam. Abang dah balik? Awal sehari ya," balas Dayana sambil menyalami tangan suaminya itu.
"Budak-budak mana? Kawan awak tu ada sekali?," soal lelaki itu.

Mendengari perbualan dalam bahasa yang tidak difahami memeningkan Fin. Namun, suara lelaki itu seperti dikenalinya. Dia cuba mengintai dari dapur. Tiba-tiba pandangannya berpinar. Dia kenal lelaki itu. Seolah dunia ini berputar laju, Shafina tidak mampu mengawal dirinya. Ada sesuatu pada lelaki itu. Shafina pantas mengorak langkah ke biliknya yang terletak di bahagian dapur rumah itu. Tidak pernah dia merasa sakit yang teramat sangat. Siapa lelaki itu?

Shafina duduk termanggu dibucu katil sambil memegang kepalanya. Saat dia terpandang cermin dihadapannya, dia terasa seperti.......

"Fin.. wake up.. Ya Allah," Dayana meluru berlari ke arah Shafina sewaktu melihatnya terjelupuk di atas lantai. Hasratnya untuk memperkenalkan Shafina dengan suaminya namun dia yang terkejut melihat wanita itu terkulai layu tidak sedarkan diri.

"Abang.... abang datang sini," jerit Dayana dari dalam kamar tamunya. Akif berlari menuju ke arah isterinya dan terlihat akannya seorang wanita berambut perang terbaring layu dalam rangkulan isterinya. Dia cuba membantu isterinya mengangkat wanita itu ke atas katil namun saat terpandang wajah wanita itu hatinya terasa seperti ditusuk duri. Mustahil! Akif cuba mententeramkan diri dan menyembunyikan riak dari terlihat oleh isterinya. Saat itu Dayana pantas menghubungi nombor Dr Rafiq yang disimpan dalam telefon bimbitnya.

"Alhamdulillah, dari pemeriksaan saya dapati dia tidak mengalami sebarang permasalahan. Mujur kamu cepat hubungi saya," ujar Dr Rafiq.

"Nombor Dr sentiasa ada dalam telefon saya. Abang angkat Shafina selalu hubungi saya untuk bertanya tentang keadaan Shafina, tiap kali tu juga dia ingatkan saya untuk hubungi Dr jika ada sebarang masalah," balas Dayana. Rafiq tersenyum. Dia kenal rapat dengan Micah. Micah, pemuda kacukan Eropah itu pernah menjadi sahabat sebiliknya sewaktu dia menyambung pelajaran di University of Colorado sebelum dia akhirnya memilih untuk kembali ke bumi Malaysia dan meneruskan minatnya dalam bidang kedoktoran.

Shafina memandang sekeliling. Persekitaran itu asing baginya. Hospital? Kenapa hatinya sakit? "Shafina... finally you woke up," ujar Dayana sawaktu melangkah masuk ke kamar Shafina bersama suaminya.

"Kenapa abang ada dengan perempuan ni? Kenapa abang? Abang kahwin dengan dia ke? Siapa dia yang boleh rampas tempat saya?," bertubi-tubi soalan ditujah pada lelaki di sebelah Dayana itu. Terlepas bakul buah-buahan yang dibimbit Dayana seraya memandang wajah suaminya. Kaget. Akif terkejut mendengar kata-kata itu. Bermakna dia tidak bermimpi dan benarlah isterinya yang berada di hadapannya. Wanita yang selama ini dirinduinya siang dan malam. Ibu kepada dua anak kecilnya.

"Sayang..," Akif mendakap wanita itu erat. Rindunya terlalu mendalam. Dia seakan lupa bahawa ada insan lain yang mengharapkan penjelasannya tika itu. Saat itu, dunianya hanya ada Shafina dan dia. Wanita yang dia cintai bertahun lamanya. Wanita yang dinikahinya atas dasar sayang sama sayang, cinta sama cinta. Wanita yang telah merobek hatinya saat dia pergi tanpa berita.

"Abang buat apa ni?!," jerkah Dayana sambil cuba meleraikan pelukan suaminya itu. Kurang ajar! Sanggup suaminya berpelukan dengan wanita lain saat dia teguh berdiri di sisi. Mujurlah Shafina ditempatkan di kamar perseorangan.

"Keluar!," jerit Akif sambil menepis tangan Dayana. Siapa wanita itu untuk meleraikan pelukan rindu antara dia dan Shafina. Dayana sungguh tersentap. Dia lari. Lari sejauh mungkin dan sebolehnya dia ingin lari dari realiti.




.......................................................................................................................................................................




Comments

Unknown said…
Salam..crita yg best tp xpuas bc..hehe.
Izza Jay said…
Mana nak baca sambungan?

http://mrsjaysblog.blogspot.com/

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TANDA-TANDA BERSALIN