Day 2 He went to Pulapol

20 Ogos 2016, ada lagi kurang dua minggu mama patut lahirkan anak kecil mama ni. Harap-harap kita dua-dua kuat ye sayang, supaya kita boleh teman dan main dengan kakak Aiesyah dan nenek.

Harini hari sedih, lepas solat Zohor, tak tahu kenapa, air mata yang cuba ditahan beberapa harini macam air paip bocor mengalir. Rindu sangat. Sebab sebelum ni papa terlalu dekat. Sokmo ada disisi mama. Nak makan apa terus keluar pergi beli. Kalau bosan boleh sembang macam-macam topik. Dari topik kerja sampailah topik entah apa-apa. Kalau rasa nak jalan malam mesti keluar, start enjin berdesup kesana kesini. Dari semalam nak minum air kelapa tapi bila drive pergi home tuition tadi betul-betul malas nak berhenti. Selalu papa yang akan turun. Me??? Never.

Alhamdulillah dapat mengajar dan harini hari terakhir dengan anak-anak lelaki si Adam dan Afiq. Bila balik, cuba on phone dengan papa tapi papa dah busy sikit coz dah sampai Rawang, apa ntah nama tempat tu. Kubu2 gitu. Bila sampai rumah, park je kereta, air mata bocor lagi. Serious aku tak kuaddd weyh!! 

Aiesyah pulak dari semalam papa papa papa. So since today perkataan yang dilarang dalam rumah ni adalah papa. Biar lama sikit, takut nanti anak kecil mama ni demam rindu kat papa dia. Rapat sangat dengan papanya pun. Salah mama jugak sebab since perut dah memboyot habis ni perasaan malas tu dah jadi raja. Malas betul. Aiesyah banyak mengempeng pun dengan papa dia je. Papa dia yang banyak layan kerenah dia.

I miss you a lot, my best friend, kawan gosip semua topik, only you know everything bout me. 

Tadi baru request kat dia, I'll text him thou he'll off his phone. Terpaksa sebab selama ke harini dia sorang je sahabat baik saya yang saya mengadu segala mak nenek punya cerita. 

Gu gu pale botok!

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TANDA-TANDA BERSALIN