Bertudung atau Berfesyen.

Sekadar catatan untuk diri sendiri yang tidak perfect ini.

Kenapa saya bertudung?
Mungkin ke sebab semua family saya bertudung..
Mungkin ke sebab dari kecil dah dididik bertudung..
Mungkin ke sebab adat.. NAUZUBILLAH


Tidak ! tapi saya pun tak perfect. Cuma sedang sibuk study untuk mid sem ni, rajin pula berfikir tentang itu dan ini dan terlintas pulak pasal bertudung bila tengok gambar Kak Siti kita yang cun sangat tu. Dekat kampus Ain, ramai yang tak bertudung and ramai jugak yang bertudung. All of them are my friends.

Ada antara mereka yang permanently bertudung. Means kemana pergi pun tudung kat kepala memang tak akan tinggal, alhamdulillah. Ada antara mereka yang bertudung bila ke kelas sahaja dan kat luar terus free hair. =_=' Menghormati lecturer mungkin atau mereka-mereka ni baru nak berjinak dalam dunia bertudung,alhamdulillah. Ada antara mereka yang....... ala-ala bertudung. Baru berjinak jugak kot, macam kak siti saye.

Ok, saya pun tak perfect tapi saya memang suka cuba-cuba dengan fesyen terbaru tapi still saya bertudung bukan kerana fesyen. Nauzubillah. Susah-susah mak saya anta saya p sekolah belajar agama, tak akan sekali saya fikir macam tu. *niat!!!

Actually apa yang ain nak cakap cuma satu rasa yang tak puas hati dengan few manusia di kampus Ain *mati saya kalau incik presiden baca ni. Tapi kenapa manusia tu boleh mengeluarkan statement..

"Wearing tudung might affect your listening skill. But I'm not saying to you guys. Just wearing the very nipis one. Don't wear tudung yang tebal-tebal"

Apa reaksi ain bila manusia ni cakap macam tu.... OF COURSE la terbuntang bijik mata ni tau. Sumpah sedih bila dia cakap macam tu. Dah lah muslim ='( Saya hormat awak sebab awak .............. saya. Awak pun Islam, kenapa tak nak pakai tudung. Sebab pekak ke ? Selama ni saya dapat je jawab soalan yang awak tanya saya, tak adalah pekak pun. Kawan saya pakai tudung lilit lilit 40 kali tapi dengar saja bila saya cakap, tak pekak pun. =_='


***
Apakah hukum tidak bertudung bagi wanita?

Jawapan : Wanita Islam wajib menutup aurat sebagaimana maksud Firman Allah SWT:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka ( daripada memandang yang haram), dan memelihara pandangan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya".



nota hati : harus berubah ! ^_^

Comments

Unknown said…
Hmmm.. Tak terfikir pulak pasal niat perempuan pakai tudung selama ni.. :/.. haizz.. nice post.. :)

Newest Entry, Saya Bodoh! Saya Hodoh!
Adeq Aien said…
@Arif Azmi

^____^
thanks junior akak !

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TANDA-TANDA BERSALIN