Ukhwah Fillah.. Kerana Allah

Sahabat yang baik sukar dicari.. sahabat yang sentiasa bersama kita terutamanya saat kita dalam kesusahan sangatlah tidak seramai sahabat yang hadir waktu kita gembira dan ketawa :)

Tapi.. one thing you should know

Kalau kita nak jadi baik, kita kenalah jadi sahabat yang baik dan berkawan dengan orang yang baik-baik <-- someone told me this and I think it's 100% true.

Sahabat ..
Part I
Part II

Visit here *sila klik* , then ain terbaca tentang 7 cara bersahabat kerana Allah. Perhaps I can practice it :)


1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Jika seseorang kasih kepada seseorang makan hendaklah dia memberitahu temannya'
(HR Abu Daud)

2.Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'
(HR Muslim)

3.Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun , sekalipun   dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria'
(HR Muslim)

4.Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah'
(HR Abu Daud)

5.Amalan ziarah-menziarahi
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambas kasih sayang antara kamu'

6.Memberi Hadiah
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang'
(HR Thabrani)

7.Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan'
(HR Hakim)


InsyaAllah.. bagi ain dalam bersahabat ni kita jangan pentingkan diri, bertolak ansur, saling bermaafan dan ikhlas. Janganlah berkawan dengan seseorang kerana harta , pangkat atau kedudukan. Sebab bagi ain, tak melimpah pun kat kita. Mungkin ain pun tak perfect dalam menyayangi setiap sahabat ain but truly I do care and love each of my friend ... walaupun ada antara kita yang pernah bersengketa.

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TANDA-TANDA BERSALIN