kalau BINATANG sibuk berFESBUK . . .

Hari ni tak la bosan sangat , sebab contact lens yang aku order tuh dah sampai. HAZEL giler! Thanks to GeoLens. Ok, berbalik pada tajuk entry ni. Tadi aku sibuk-sibuk menziarah link kat FB macam biasa. Then aku jumpa satu notes yang mampu buat aku tergelak. Perhaps aku ni memang senang gelak. No doubt !


Aku pick yang menarik bagi aku je ni. Tak leh aku bayang macam mana binatang nak handle laptop nak nak lagi dengan FACEBOOK yang banyak gossip tuh. Ntah-ntah ayam pun takut nka bertelur, siput babi pun dah tuka nama. (aku melalut sket)


Bile siput menyiput
Status binatang-binatang kesayangan korang . . .


Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa
Ayam: Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...
Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!! 
Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."
Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.
Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi
Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Ikan parang: Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok
Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah


* Ada persamaan tak dengan post korang? *



Yang paling tak ley bla adalah post dari Burung Kakak Tua
Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!


Agak kejam untuk aku cakap yang aku tak pernah terfikir dengan keberadaan Burung Kakak Tua Jantan. Dah nama pun kakak kan... ;)

Comments

izuddinrahim said…
bila siput menyiput?
apakah?
hahahahahaha
Adeq Aien said…
@kembatolo™

haha... sgt suka sebut
siput menyiput ;D
arizWanmerahs said…
hahahaa.. memang macam lawak tapiiii wahai manusia2 difacebook, sila renung2kan.. kurangkanlah gossip.. :) :)

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TANDA-TANDA BERSALIN