November 10, 2010

10 Tabiat Merosakkan Otak

Macam best aje 10 tabiat yang aku baca ni. Agak menarik. Credit to Facebook User yang langsung aku tak kenal sebab sudi share sal tabiat ni. Kawan-kawan and Lawan-lawan aku sila baca dengan mata yang bulat keyh -0-o-
1. Tidak mengambil sarapan pagi
  • Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif. -Selalu skip breakfast kalo kelas kul 8 pagi :)
2. Terlebih makan
  • Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.-kalau balik umah mmg terlebey makan :(
3. Perokok
  • Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’. -Sy tak smoke tp kawan2 ske smoke depan saye!! BENCI la gila !! :\
4. Penggunaan gula yang berlebihan
  • Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat. - Gula hati ok tak? :D
5. Pencemaran udara
  • Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak. -Oh dunia.. ape la aku nak komen :D
6. Terlebih tidur
  • Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati. -Ni pun blh rosak otak ke? 000OOoooo000oooOOo
7. Menutup muka ketika tidur
  • Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak. -Wat pe nak tutup muka.. 
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
  • Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak. -Dah assignment melambak.. wut tu do :]
9. Kurang berimiginasi
  • Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun. -Ni saya memang bagus !!!! 
10. Jarang berfikir
  • Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita. -Saya seorang yang pemikir.. sgt sgt sgt sgt sgt ;D


So, renung-renungkan dan selamat beramal...
 

Sila usha gambar ni betul-betul ya ! :D

4 comments :

Wan Gerrard said...

nice info ^_^v

ada mokhtar said...

thanx for share...

Epy Ain said...

thanks Wan Gerrard :D

Epy Ain said...

ada mokhtar...;D
welcome