Bukan cuma perempuan lelaki pun nangis jugak.

Air mata tu sahabat dikala susah.

Kenapa pulak nak cakap pasal air mata hari ni. Mungkin sebab ain dah lama tak nangis. Tak nangis tapi mata still bengkak dah macam zomba 0-0. Apa nak buat nanti lepas final exam , duk rumah qada' tidur la jawabnya.

Tapi betul ke perempuan mudah menangis? Yes, I am ! Dengan bangganya mengaku. Ain akan menangis
• bila kena marah dengan semua orang kecuali my bonda tu pun kalau ain tak buat salah.
• bila permintaan tak dapat ditunaikan.
• bila berpisah dengan family lepas habis cuti.
• bila berpisah dengan kawan-kawan.
• bila rindu dekat bonda dan hometown.
• bila terkenang zaman-zaman indah asasi.
• bila tengok movie sedih-sedih.
.... mcm benda akan buat ain nangis ....

ain pernah nangis sebab BOSAN and kadang-kadang just sebab rasa NAK NANGIS.


Tapi lelaki bernama MALE ini pun nangis jugak tau. Ain selalu nampak lelaki nangis, terutamanya sepupu ain yang masih sekolah tu. Pantang kacau sikit nak nangis. Gelak evil. Tapi betul la, ain pun pernah nampak adult nangis. Please don't remind me of him. Gelak evil lagi. Lelaki menangis ada sebab kan.

1. Tengok Movie/Drama.
Mungkin lepas tengok movie touching macam one litre of tears, air mata tu akan mengalir macam air paip. Tu belum tengok Nur Kasih The Movie lagi. Adib Akram kalau tgk mesti mencurah-curah air mata kan.

2. Putus Cinta
Dah selalu jumpa ni ! Sedih gila la konon putus cinta alih-alih minggu depan dah couple ngan orang lain pulak. It happens to some girls also. Not me la \o/

3. Kehilangan Orang Tersayang
Tulis ni pun dah buat ain ingat macam mana pak cik air menangis bila tengok jenazah arwah nenek. Sigh. Hilang sahabat handai pun dah cukup membuatkan lelaki sedih berbulan-bulan. It happens to some of my friends dekat Melaka bila one of our friends meninggal. =/

4. Team favourite kalah.
Tak pernah pulak nampak dia. Selalu kalau kalah diorang mesti mengamuk sambil hon-hon tepi apartment ni. Pekak kejap kami-kami ni.

5. Gagal dalam hidup
Mungkin gagal nak dapatkan DEAN LIST atau mungkin gagal untuk belajar betul-betul setelah sakan bercinta. (statement macam nak hentam orang).

6. Menangis kerana-Nya
Ni la yang paling molek baik lelaki mahupun perempuan. Mengenang kembali dosa-dosa yang pernah dilakukan. Terlalu khusyuk didorong rasa kehambaan dalam zikir-zikirnya.

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TANDA-TANDA BERSALIN