homo sapien senang mempengaruhi dan dipengaruhi.

Fuuu~

Homo sapien? What the fish ball is that thing? Kemon.. (mementang tahu ni kan, blagak sikit). Dulu masa sekolah rendah, selalu main-main ngan kawan. homo sapien tuh manusia la. Betulkan bila ain cakap manusia senang mempengaruhi dan dipengaruhi.

I choose to take me as the example. Ain memang mudah terpengaruh tapi ain tak fikir ain ni mempengaruhi sebab, siapalah diri ni nak mempengaruhi orang lain. Kehadiran pun tak disedari. (ayat mau tacing punya). Ain pernah terpengaruh dengan perkara-perkara yang tak sihat dan ain pun pernah terpengaruh dengan sesuatu yang pada dasarnya mampu merubah ain ke arah yang lebih baik. (aiyoo ayat dah berbelit-belit ni).

Tapikan, ain tak pernah salahkan orang lain dengan apa yang terjadi dalam hidup ni. Sebab, pandai-pandai la kita nak muhasabah diri. Masing-masing dah besar as ain percaya most of my friends sebaya dengan ain. 'Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri sendiri'. =)

Kita tak cuba nak dekatkan diri kita dengan Allah macam mana hidup nak berkat. Perintah Allah senang-senang kita langgar. Larangan Allah tu lah yang kita nak buat sangat. Lahir dalam keluarga Islam, bukan kita tak diajar yang mana halal yang mana haram tapi kita sengaja membutakan hati kita. (Buta betul-betul baru tahu)

Ada setengah manusia ni, lebih suka menyalahkan orang lain dalam setiap apa yang terjadi. Suka tuding jari kat orang lain. Diri sendiri tak nak muhasabah. Entah-entah maksud muhasabah pun tak faham kot. (statement kejam sikit).
Cuba kita berdiri depan cermin. Tengok orang dalam cermin tu, sesungguhnya 'orang dalam cermin' tulah yang mengetahui siapa diri kita sebenarnya. Kita mungkin boleh tipu 1 dunia dengan perangai kita yang palsu, tapi kita tak boleh tipu diri sendiri. Kita tak boleh tipu Allah.

Manusia senang terpengaruh. Sangat-sangat senang, sebab tu kita ni sepatutnya bergaul dengan orang-orang yang baik. Ni ain nak kongsi sikit pesan Imam Syafie dalam panduan bersahabat.

1.Sahabat Yang Baik
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku
hidup ataupun setelah aku mati. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.
Jenis ain, ain memang suka berkawan. Aritu dah kena sound dengan classmate; Adib sebab mana je pergi ada je orang kenal. (jgn la jeles :p) InsyaAllah, semua sahabat ain adalah sahabat yang terbaik.
2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah
Bagi ain, orang yang meninggalkan kita saat kita susah tak lebih dari KAWAN. Kawan dan sahabat adalah berbeza. Hidup kita ni tak selalu di atas dan alhamdulillah, hidup ain ni tak pernah hilang dengan kehadiran sahabat-sahabat. Sayang korang ketat-ketat.
3.Pasang-Surut Persahabatan
Ada orang tak boleh melihat kita gembira. Dulu ain selalu dgr kawan-kawan ckp mcm tu. Sekarang ain dah alami sendiri. So pesan ain hati-hati je la. Manusia ni luar lain dalam lain.
4.Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada
Bergaul Dengan Orang Jahat
Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada. Jahat bagi ain adalah orang yang sering melanggar perintah Allah. Mak ain selalu pesan "jangan bersahabat dengan orang yg tinggal perintah Allah dan yang bersahabat dengan kejahatan." Boleh menjalinkan persahabatan tapi mungkin sekadar seorang yang tak lebih dari KAWAN. (I ni suka mmg degil tak ikut cakap bonda)
5.Sukarnya Sahabat Sejati
Sahabat sejati sukar dicari. Sampai mati pun belum tentu berjumpa. Ain pun tak tahu apa sebetulnya erti sahabat sejati tp ain rasa mcm ramai je ^_^ (mungkin satu hari nanti ain akan tau)
6.Sahabat Sejati Di Waktu Susah
Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.
7.Rosaknya Keperibadian Seseorang
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Faham kan..
8.Menghormati Orang Lain
9.Menghadapi Musuh
Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.
10.Tipu Daya Manusia
Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup
sendiri.
11.Tempat Menggantungkan Harapan
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.
12.Menjaga Nama Baik
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.

Dalam hidup ni, kita tak lari dari kesalahan. Kesalahan dalam menjalinkan persahabatan.


and this is special to all my SAHABAT who always be with me =)


nota hati : kalau boleh nak je ain list kan setiap dari korang. nak sangaaat tapi tak cukup space. Tak pe, dalam hati ni InsyaAllah, tak kan pernah lupa. Moga ukhwah kita kekal selamanya. (nanti ada la tu pm saya kat fesbuk.. hehehe)

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TANDA-TANDA BERSALIN