Hakikat yang pahit ditelan... I'm 20 =)

6 May 1991, on Monday a baby girl was born in HB Kuala Terengganu and named Durratul Ain binti Hamzah. Alhamdulillah that baby girl is still alive until this moment and she is so grateful for what she had in her life. And 'she' is me !

Since semalam ain happy sangat dan sangat-sangat terharu when my phone keeps ringing. Kawan-kawan dari SHAMS (sekolah menengah) ada yang telefon dan wish birthday dan jugak kawan-kawan dari UiTM. Tak lupa buat kawan-kawan yang hantar MMS yang lucu sangat. Tergelak sorang-sorang semalam. (gila kejap)

I know, my friends will always be there for me. And ain tak tahu kenapa ain happy pulak bila dah masuk 20 ni. Mungkin sebab ain rasa it's time for me to do something meaningful in my life. Ain tanya bonda ain "ma... masa ma umur 20 sedih tak?" Bonda jawab ...

"Kalau ma ada pilihan pun ma tak nak balik umur dulu"

I realized, kita hidup ni sementara je. Tapi alhamdulillah, ain tak lambat untuk sesal kembali semua kesalahan ain selama ni. Dosa ain banyak sangat, ye la siapa pun tak lepas dari dosa. Banyak pengajaran hidup yang ain kutip selama ain bernafas atas muka bumi ni.

Asal eh ayat macam skema je skarang? Aiyooo.. ain pun tak perasan la. Just menulis dari hati. Terserah pada setiap individu untuk nilai macam mana.

Semalam ! Semalam pergi bowling dekat ole-ole dengan kawan-kawan mimie tapi mimie tak ada sebab detink ngan abang Jepun =) Saya nak mengadu !!!!!!! Lane dekat ole-ole tuh tak bagussssss ! Orang dah baling betul-betul asal masuk longkang banyak kali ha =_=' kaw-kaw kena kutuk ngan Sapek. I got the lowest pin ! kihkihkihkihkih..
gambar dari ihsan cik google aje.
Lepas tu g makan dekat Kolam, tatau tempat tu nama apa tapi siap ada pertandingan memancing ikan. Tak leh tahan bila ada sorang peserta nama dia "mat hensem". *Tangan ke dada mata ke atas. "Hensem ke masalahnya?" ni Kak Nina yang cakap.

Semalam borak dengan Azim lama sangat sampai empty bat hp saya tau ! I love u so much la azim !!! Good luck for ur final 


Ok, Let's come to the saddest part. Ye la, dalam gembira pasti ada something yang mendukakan. Kita tak boleh lari dari masalah. Yang mampu kita buat, hanyalah berdoa. Dan sebagai seorang yang mampu berfikir dengan waras, kita pasti akan mampu ikhtiar suatu jalan penyelesaian. Ain mengaku, ain orang yang tak sabar. Ain cepat melenting. Ain cepat menitiskan air mata. Ain tak pandai menipu. Ain seorang yang mudah tersentuh. Ain mengaku ain tak baik, tapi alhamdulillah. It opens my eyes. Change to become a better person.

Ain akan face dengan masalah tu tak lama lagi. Bukan ain tak nak face sekarang cuma ain cari kekuatan ain yang hilang. InsyaAllah masih mencari. Tapi satu je ain nak tegaskan kat sini, ain tak pernah terlintas walau sekilas untuk tuduh bukan-bukan tentang kawan ain. Apa yang ain tulis di blog ni, siapa yang terasa cepat-cepat bagitahu sebab ain pun manusia biasa tak lepas dari kesalahan. Seingat ain, apa yang ain tulis dalam blog ni setakat ni semuanya general dan sekadar satu cara untuk muhasabah diri ain.

Ain tak nak tulis apa-apa lagi pasal ni selagi ain tak face mereka-mereka yang telibat. InsyaAllah... ain banyak berdoa agar Allah bukak pintu hati ain dan kawan-kawan. Cuma satu ain nak ingatkan.

والفتنة أشد من القتل / والفتنة أكبر من القتل


" FITNAH itu lebih dahsyat dari pembunuhan " dan "FITNAH itu lebih besar dari pembunuhan" (Al-Baqarah 191 dan 217)

Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah Al-Hujurat: 6)


"Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Comments

bella hamzah said…
im 20 too huhuhu kiter sebaya!heheh tp sy lagi tua :( lahir bulan feb...
welcome to 20 beb!

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TANDA-TANDA BERSALIN