Hati Manusia Yang Beriman.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (Surah Al-Anfal 8: Ayat 2)

Orang yang beriman akan sentiasa bersama orang yang benar-benar mentaati Allah. Mereka tidak akan suka untuk bersama dengan golongan yang menderhakai Allah, apatah lagi yang merendah-rendahkan agama. Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar". (Surah at-Taubah: 119)

Hadith Rasulullah s.a.w yg bermaksud.."Apabila Allah menghendaki seorang hambaNya mendapat kebaikan, Ia buka kunci hatinya dan menjadikan dalam hati itu rasa keyakinan dan kepercayaan yang kukuh, dan Ia menjadikan hatinya sentiasa sedar tentang liku-liku hidup yang dijalaninya dan Ia jadikan hatinya sihat sejahtera, lidahnya bercakap benar, tingkah laku, gerak geri dan perangainya lurus. Juga Ia menjadikan telinganya mendengar kebenaran dan matanya melihat hakikat kenyataan"
Sukarnya mendidik hati.... kadang-kadang kita sebagai manusia terlupa dengan tujuan kita hidup di muka bumi. Mungkin dunia terlalu membahagiakan. Mungkin kita terlalu alpa ! AIn jumpa di blog "HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID" tentang tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah.

1. Hatinya sentiasa terbuka menerima cahaya keimanan. Hatinya sentiasa cuba mengenali Allah dan menjadi tadahan wahyu bahkan dia bersedia menerima kebenaran.

2. Hatinya penuh kecintaan kepada Allah. Hati yang percaya bahawa apa yang ada di tangan Allah adalah lebih terjamin, mantap dan kukuh daripada apa yang ada di tangan kita sendiri.

3. Hati yang penuh keimanan. Hatinya terselamat dari melakukan sebarang dosa dan noda, tidak tunduk kepada hawa nafsu, tidak menyeleweng dari landasan dan ajaran Allah.

4. Hatinya penuh dengan keyakinan. Dalam hatinya tidak bertapak hasad dengki, rasa riak, sombong, takbur, dendam, marah, rasa permusuhan dan perseteruan terhadap sesama Islam.

5. Lidahnya tidak menawarkan janji kosong, kata-kata manis tapi penuh kepalsuan. Kebenaran sentiasa diamalkan meskipun tidak disenangi oleh sebilangan orang. Lidahnya yang tajam itu tidak digunakan untuk menikam, untuk menjatuhkan maruah saudaranya sesama Islam dengan kata-kata fitnah, keji atau maki hamun.

6. Memiliki akhlak, keperibadian watak, tingkahlaku, adab sopan, budi pekerti yang luhur, lurus mengikut garis panduan yang diatur oleh Allah s.w.t melalui aqidah yang benar, ibadat yang tepat, pemikiran yang luas dan emosi tenang.

7. Tetap menggunakan telinga bagi mendengar pengajaran-pengajaran, nasihat-nasihat yang benar , tidak mudah menerima berita-berita palsu dan khabar-khabar angin atau berita-berita fitnah yang disebarkan oleh tukang-tukang fitnah.

Itulah tanda-tanda orang yang disayangi Allah. ISTIQAMAH !!!!!! ='( Ain mengaku sangat susah untuk kita istiqamah. Tapi cuba dan jangan pernah berhenti cuba. Pesan Ukhti Wahyu jangan kita tinggal SOLAT dan AL-QURAN.

reference : iluvislam.com

nota hati : i'm so happy being home ! and I love meeting that person.... currently enjoy Hotel Mogul game >.<

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TANDA-TANDA BERSALIN