May 1, 2011

Kedekutnya awak ni.

Al-kisah manusia yang kedekut. Sekadar coretan untuk blog ain sebabnya semalam sebelum tidur ain ngan bonda borak macam-macam. Sampai pagi ni benda yang paling melekat dalam kepala adalah tentang sikap manusia yang kedekut.

Manusia 1
Ini al-kisah dimana seorang lelaki yang mempunyai anak 8 orang dan alhamdulillah memiliki kekayaan yang amat banyak. Tapi, keluarga lelaki ni tak pernah aman. Sering ada bencana yang menimpa keluarga lelaki ni. Anak-anaknya pernah mencuri harta ayah sendiri (kantoi). Setelah disiasat, rupanya kesalahan lelaki ini sendiri. Terlampau lokek. Anak nak beli jam tangan pun dimarah. Pernah sekali, anak bongsu lelaki ni meminta untuk dibelikan baju kelab tapi lelaki ni terus cakap tak boleh. Kerana malu dengan kawan-kawan kat sekolah anak lelaki ni nyelinap masuk bilik si ayah dan curi buku bank dan keesokannya dah cash out RM200 (kantoi). Belanja anak-anak pulak tak lebih RM1.50 sehari untuk yang sekolah rendah dan RM3 untuk sekolah menengah. Ya Allah, cukup ke kalau si anak tu sekolah dari pagi sampai petang kul 5. Hakikatnya memang tak cukup sampai sanggup si anak tu berlapar... fikir-fikirkan ya.

Manusia 2
Kali ni cerita seorang wanita yang terlampau berkira dalam hidupnya. Nak kata tak reti berbudi mustahil sebab mak sendiri dah didik dari kecil + mak pulak selalu pesan ngan anak-anak hidup jangan kedekut. Tapi hakikatnya, dia tak pernah tergerak hati pun untuk hulur kat saudara-saudaranya. Pernah sekali, waktu wedding anak dia. Tengah syok kira duit boleh bagi RM1 je kat anak saudara yang tengok dari tadi. Apa salahnya hulur lebih sikit, bukannya luak pun harta yang melimpah tu.

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Al-Imran ayat 92)

Banyaklah kisah orang yang berkira aka kedekut ni. Kalau kedekut dengan orang lain boleh la tahan macam manusia 2 tu tapi kalau untuk keperluan diri sendiri pun berkira. Nak bersedekah pun payah. Arwah nenek ain pernah cakap dengan bonda "Berkira-berkira la jugak tapi tau la guna akal. Tahu bila kita nak bersedekah. Tahu bila nak hulur. Tahu bila nak berbudi". Tu lah yang arwah nenek pernah pesan. =_=' rindunya..
dun't kedek kedek ok.
***
Bonda pesan semalam cari suami jangan cari yang jadi hamba duit.... kihkihkihkih. Jangan cari yang kedekut nanti terseksa. ^^ Walaupun saya ni agak boros. InsyaAllah lepas ni nak cuba kikis sikap boros tu. Tapi tak mau la jadi kedekut. Dalam hidup ni pun ah banyak jenis yang ain jumpa.

Manusia 1
Tak lokek langsung untuk belanja. Bukan kita yang mintak tapi dia sendiri seikhlas hati nak belanja. Tapi ingat jangan selalu orang belanja kita. Kadang-kadang kita belanja la jugak. ^^ (bonda tak suka)

Manusia 2
Ya Allah, teringat kat seorang makhluk ni. Lokek benoonye. Beberapa kali pergi makan, air segelas pun tak pernah dibelanjanya apatah nasi sepinggan. Bukan mintak dibelanjakan tapi kat situ pun dah boleh nilai tahap kedekutan dia. =] kawan-kawan ain selalu cakap dia ni kedek.

Ciri-ciri lelaki yang mesti di jauhi wanita.
sumber SINI

1) Terlalu kedekut
2) Hipokrit
3) Perasan hensem
4) Playboy
5) Tak gentlemen

nota hati : hikhikhik... semua ciri-ciri ni ada kat sorang makhluk tu. ^^ kecian sape dapat dia =]

4 comments :

warsito said...

comen apa ya bingung maaf ga ngarti melayu nih

Shalan ^^ said...

haha sume diatas mcm aku je .. :D

Epy Ain said...

warsito : comey .. cute

Epy Ain said...

shalan : xkan ko la..
ko kwn ak yg baekkk ;D