April 15, 2010

balasan tuhan CASH

Ini kisah benar...

Satu hari, ada seorang mak cik yang dah terlantar sakit dikatil hospital. Sudah lama mak cik itu berada di situ akibat penyakit kansernya. Pernah di tanya oleh seorang jururawat kepada mak cik itu "Mak cik ada anak tak? Kalau ada saya boleh tolong mak cik hubungi mereka."  Mak cik tu hanya tersenyum dan membuka diarinya yang tersimpan kemas di bawah bantalnya itu. Informasi tentang ketiga-tiga anaknya jelas tersimpan di dalam diari tuanya itu. 

Namun, bila dihubungi tiada seorang pun yang muncul untuk menjemput ibunya itu. Lantas si ibu berpesan kepada jururawat tersebut "Anak telefon balik anak-anak mak cik boleh tak, cakap kat diorang mak cik ada lagi duit RM 9o00 dalam bank." Tersentap dan pelik dengan perucapan si ibu yang uzur itu, jururawat tersebut terus menghubungi anak-anak diorang.
Berbekalkan duit RM 3000 serang, mereka menjaga ibu mereka dengan giliran yang ditetapkan. Segala perbelanjaan adalah menggunakan duit berkenaan. 
Lampin, makanan dan pelbagai keperluan.
http://emo.huhiho.com
Sehinggalah duit RM 9o0o itu habis mereka menghantar kembali si ibu berkenaan ke hospital kembali.

Si ibu langsung tidak berkata apa dengan perbuatan anak-anaknya itu.
Jururawat terbabit menitis air mata mengenangkan nasib ibu berkenaan.

"Kenapa anak-anak mak cik sanggup buat mak cik macam ni?," soal jururawat itu.
Jawabnya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Mak cik tak kisah, dah balasan mak cik, dulu pun mak cik buat macam ni kat ibu bapa mak cik," jelas ibu tersebut dengan linangan air mata.

4 comments :

chenta said...

tuhan tu maha adil

ainhamzah said...

betol3x..

asy.z said...

trsentap bace last line tu.. good story~~ huhhuuh

ainhamzah said...

masa mama cite pun ak sentap jugak